
6 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada hari ini dengan meminta rakyat memberikan kemenangan kepada BN untuk satu lagi penggal supaya pihaknya dapat membawa lebih pembangunan kepada negara ini, dilihat sebagai satu tindakan terdesak sebelum menjelang PRU 13 tidak berapa lama lagi.
Najib dipetik sebagai berkata "Percayalah saya, kerajaan akan terus menjuarai negara membangun dengan sokongan rakyat," katanya.
Najib yang juga pengerusi BN berkata, sekiranya diberikan mandat baru, lebih banyak perkara yang dapat dilakukan.
Beliau berkata demikian di hadapan 1,000 orang dalam pelancaran Pusat Transformasi bandar di Kuala Lumpur pagi tadi.
Beliau berkata demikian di hadapan 1,000 orang dalam pelancaran Pusat Transformasi bandar di Kuala Lumpur pagi tadi.
Sedangkan pada realitinya rakyat sebenarnya telah menunggu selama 55 tahun , dimana setiap kali pilihanraya pemimpin BN menjanjikan sesuatu yang terbaik tetapi sentiasa diabaikan begitu sahaja.
Bila PRU sudah menjelang tiba mereka mula menjanjikan sesuatu yang terbaik kepada rakyat.
Saya melihat tindakan terdesak Najib pada hari ini adalah dalam keadaan BN yang sudah sedia ditumbangkan oleh gelombang rakyat. Nyawa BN yang sudah berada ditahap nyawa-nyawa ikan nampaknya sudah tidak dapat diselamatkan.
Kekuasaan BN selama 55 tahun yang berada dihujung tanduk nampaknya mendorong Najib untuk melakukan sesuatu diluar jangkaan sebagaimana janji manisnya pada hari ini.
Drs. Khalil Idham Lim
ADUN Titi Serong.


Justeru,
beliau yang juga Menteri Besar Kelantan meminta pihak berkenaan supaya
menyenaraikan barang-barang yang perlu diboikot itu.
5 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
Hidangan
ubikayu bercampur kelapa parut berlaukkan ikan tamban 'kiat' dan gelama
masin mungkin bagi yang agak berusia merupakan menu yang cukup lazat
tetapi bagi golongan muda belum tentu dianggap resepi yang baik bahkan
pasti ada yang mengatakan ia adalah makanan ketinggalan zaman.






5 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
