21 September 2013

'Larang abu Chin Peng, jadikan kita bahan ketawa'

azlan
14 Dzulka'edah 1434 H.

  • Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor mengingatkan bahawa Malaysia akan menjadi bahan ketawa jika kerajaan tetap enggan membenarkan abu Chin Peng dibawa pulang ke negara ini.

Mukhriz dapat restu ibubapa tanding naib presiden

14 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata beliau mendapat restu ibu dan bapanya untuk menawarkan diri bertanding jawatan naib presiden Umno dalam pemilihan parti itu bulan depan.

    
"Saya dah jumpa mereka (ibu dan bapa). Tun (Dr Mahathir) serah pada saya untuk buat keputusan namun dia ada beri pandangannya berdasarkan pengalaman dia yang pernah bertanding naib presiden.

Najib, Muhyiddin serah borang pencalonan

14 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Borang pencalonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahan jawatan Presiden Umno dalam pemilihan parti bulan depan, diserahkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pukul 8 pagi.

Borang itu diserahkan Setiausaha Politik beliau Datuk Khairun Aseh (kiri) yang hadir mewakili Najib di Bilik Labuan, tingkat 5, PWTC semasa proses penamaan.

Syed Rosli ibaratkan kepimpinan Pemuda Umno seperti 'warga Bangla'

14 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Seorang daripada calon jawatan Ketua Pemuda Umno memulakan kempennya hari ini dengan mengkritik kepimpinan sedia ada pergerakan itu yang diibaratkannya seperti "warganegara Bangladesh kerana tidak pernah bersekolah di Malaysia".

Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Selangor, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail tanpa menamakan sesiapa, membuat kenyataan itu selepas menyerahkan borang pencalonannya pagi tadi.

"Saya hanya ingin dikenang sebagai seorang manusia yang baik'

14 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Sejarah mungkin ditulis oleh pihak yang menang, tetapi bagi bekas pemimpin komunis Chin Peng, tidak kisah sama ada beliau menang atau kalah.

"Pada hakikatnya, saya hanya ingin dikenang sebagai seorang manusia yang baik, yang sanggup mengisytiharkan kepada dunia bahawa dia berani menghabiskan seumur hidupnya demi cita-cita yang dipegangnya, iaitu mewujudkan satu dunia yang lebih baik kepada rakyat jelata.

Ibu tunggal tiga anak maut

14 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Seorang jurujual kosmetik yang juga ibu tunggal kepada tiga orang anak maut dalam satu kemalangan di Kilometer 153.7, Jalan Jerangau Jabur berhampiran Balai Pemeriksaan Hutan Cheneh Baru, dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, mangsa, Asbalela Kamarudin, 34, berasal dari Bachok, Kelantan, maut apabila kereta Perodua Kancil dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lori treler membawa muatan bijih besi yang diletakkan di bahu jalan.

19 September 2013

Isu pakej bumi: Najib perlu yakinkan pembayar cukai

13 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Pakej Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera berjumlah RM30 bilion sebagai habuan orang Melayu dan anak kelahiran Sabah dan Sarawak kerana memilih Umno-BN nampaknya bertentangan dengan perlembagaan.


Sebagai satu dasar, ia sememangnya mendiskriminasi khususnya ke atas bukan Melayu. Ini sama sekali bertentangan dengan hak untuk kesamarataan yang dijamin kepada kesemua rakyat Malaysia bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

NGO desak MB S'gor jelas permukiman di Bangkok

13 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Dua NGO di Selangor mendesak Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim memberi penjelasan berhubung tindakan kerajaan negeri mengadakan mesyuarat exco dan permukiman di Bangkok, Thailand bermula semalam.

Yang Dipertua PERKASA Selangor Abu Bakar Yahya berkata Khalid perlu memberi penjelasan berhubung maksud tersirat program 'retreat' yang bermula semalam dan hari ini, lapor Berita Harian hari ini.

Anwar: Jangan salahkan Dr M saja

13 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Jarang-jarang berlaku, hari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan bekas mentornya Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu pemberian kad pengenalan terhadap warga asing di Sabah.

"Saya lihat laporan media, semuanya menyalahkan Dr Mahathir. Ini tidak betul.

Mukhriz tidak boleh ikut cara bapanya

13 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Tun Mahathir Mohamad mahukan yang tua itu hanya untuk beliau dan yang muda pula adalah anak dan generasi keluarga beliau sahaja, tulis blogger politik, Aspan Alias. 

“Bagi saya Umno biarlah dibina oleh ahli-ahlinya sendiri dan bukannya oleh mereka yang mempunyai agenda untuk keluarga dan peribadi mereka sendiri. Tidak ada pihak yang ingin menyekat kenaikan Mukhriz kerana ini demokrasi. Tetapi Mukhriz tidak akan terlepas dari bersalah-salahan dengan ahli-ahli Umno yang ramai dan beliau wajar menerimanya dengan terbuka,” tulisnya. 

Saksi dakwa nampak anggota SPR kira undi dalam lokap

13 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
SUBANG JAYA: Saksi ketiga yang tampil memberi keterangan dalam prosiding Tribunal Rakyat berkait proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, membuat pendedahan mengejutkan.

Abu Hussin Tamby, wakil calon Dun Air Limau, Melaka ketika memberi keterangan berkata beliau nampak anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat kiraan undi awal biarpun pengundian awam belum berlangsung.

Gimik bakar Obama tanda bantah TPPA

13 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Sekumpulan aktivis yang bergabung dalam NGO Bantah TPPA malam tadi membakar patung Presiden Amerika, Barack Obama sebagai gimik pelancaran program Jelajah #BantahObama #TolakTPPA anjuran mereka.

Pada majlis yang berlangsung di Taman Melati, Wangsa Maju malam kelmarin itu mereka turut membakar bendera Amerika Syarikat di hadapan ratusan hadirin yang hadir.

Adlin kekal Yang Dipertua PAS Lembah Pantai

13 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: PAS Kawasan Lembah Pantai mengekalkan hampir 90 peratus kepimpinan sesi lalu pada mesyuarat agung tahunan kawasan itu yang diadakan pada 15 September lepas.

Jawatan Yang Dipertua PAS kekal disandang Adlin Salleh, manakala Timbalan Yang Dipertua diamanahkan kepada Hazmi Mamat.

Cacat rapuh tulang tak halang Ermiza Rozana cemerlang

13 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
BESUT 19 Sept. - Walaupun pernah dinafikan peluang untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di peringkat awal kerana kecacatan fizikal namun ia bukanlah penghalang buat seorang insan kurang upaya (OKU) untuk mencapai impian.

Dengan kegigihan dan keazaman yang kental, Nik Nor Ermiza Rozana Mustaffa, 32, akhirnya menggenggam segulung ijazah undang-undang dan syariah dalam tempoh enam tahun apabila diberikan peluang kedua belajar di UIAM dari tahun 2005 hingga 2010.

13 peserta Ops Bantah dilepas dengan ikat jamin

13 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
TAIPING: Hakim Mahkamah Tinggi Taiping menerima permohonan peguambela untuk menangguhkan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap 13 peserta Ops Bubar.

Keputusan ini dibuat selepas Hakim Datuk Ahmad Nashfi berpuas hati dengan penghujahan oleh barisan peguambela yang terdiri daripada Asmuni Awi, Mohamed Hanipa Maidin, Aminuddin Zulkapli, Agustine dan beberapa orang lagi.