03 Januari 2011

Kelantan hadiah rumah untuk Khairul Fahmi


28 Muharam 1432H.
Oleh : Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 3 Jan: Penjaga gol skuad Harimau Malaya yang berjaya membantu negara menjuarai Piala AFF Suzuki, Khairul Fahmi Che Mat dihadiahkan sebuah rumah oleh kerajaan negeri Kelantan hari ini.

Pengumuman mengenainya dibuat sendiri oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika meraikan kepulangan beliau ke Kelantan di Chabang 4, Cherang dekat sini hari ini.

Bagaimanapun tidak dinyatakan apakah nilai rumah berkenaan. Pengumuman itu dibuat di majlis yang dianjurkan oleh pejabat Anggota Parlimen Kota Bharu dan juga kerajaan negeri Kelantan.

Sebelum ini kerajaan negeri Kelantan pernah menghadiahkan rumah kepada Nik Madihah, pelajar Kelantan yang berjaya menjadi pelajar terbaik Malaysia dalam peperiksaan SPM.

Khairul Fahmi berjaya mempertahankan gawang Malaysia dari ditembusi semasa Indonesia bertandang ke Malaysia yang membawa Malaysia menang 3-0 dalam pusingan pertama perlawanan akhir piala itu di Bukit Jalil.

Beliau juga berjaya menjaga gawang Malaysia dengan baik apabila pasukan negara itu berkunjung ke Jakarta termasuk menyekat sepakan penalti oleh Indonesia.

Malaysia menang dengan agregat 4-2 walaupun kalah di Jakarta dengan 2-1.

Media hari ini melaporkan, sebuah laman web menyiarkan berita kononnya Mancester United berminat dengan Khairul Fahmi apabila pengurusnya, Sir Alex Ferguson mengarahkan lamaran ke atas Khairul dibuat selepas dua jam perlawanan akhir di Jakarta itu.

Tuanku Titah Perbincangan Selangor-SPA Untuk Penyelesaian Terbaik

28 Muharram 1432H.
KENYATAAN MEDIA MB SELANGOR

Saya telah mengadap DYMM Sultan Selangor hari ini bagi membincangkan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

DYMM Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan.

DYMM Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik. Saya mengucapkan terima kasih kepada DYMM Sultan atas nasihat dan pandangan baginda.

Justeru itu, demi kebaikan Negeri Selangor dan menjunjung titah Tuanku, Kerajaan negeri akan menulis surat kepada SPA bagi membincangkan semula calon yang layak, sesuai dan berkebolehan untuk mengisi jawatan tersebut.

Sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan SPA, maka kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Dato’ Khusrin Munawi tidak akan hadir pada sebarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor sebagai ex-officio.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri akan mencadangkan kepada Dato’ Speaker untuk mengadakan sidang Dewan Negeri Selangor tergempar bagi meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR.

Mahkamah bebas Md Sabu dan 9 yang lain


28 Muharam 1432H

SEBERANG PRAI, 3 Jan: Mahkamah majistret Jawi hari ini membebaskan ahli jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Sabu dan sembilan yang lain tanpa perlu membela diri dari tuduhan menghalang tugas pejawat awam.

Majistret Mohd Izaham Ali melepaskan mereka selepas ditangkap di susur keluar Bukit Tambun di Lebuhraya Utara Selatan pada 9 Disember 2007.

Menurut majistret, terdapat percanggahan antara kenyataan polis dan juga saksi ketika mereka memberikan keterangan.

(Gambar fail: Mohamad Sabu dan tertuduh ketika dibicarakan sebelum ini di Mahkamah Majistret, Jawi)

Pihak pendakwa, katanya, gagal membukti kes mereka ekoran wujudnya keraguan dalam kes pendakwa.

Antaranya, wujudnya keraguan dalam waran tangkap yang dikemukakan pendakwa di samping pencanggahan keterangan antara saksi pendakwa.

Majistret juga berkata, tiada keterangan yang diberikan berhubung dengan dakwaan saksi pendakwa kononnya mereka mengganggu tugas polis seperti menolak polis atau enggan membuka pintu kenderaan seperti yang didakwa saksi pendakwa.

Menurut kertas pertuduhan, kesemua mereka telah dituduh menghalang anggota polis berpangkat Superitenden Mohd Nasir Salleh daripada menyerahkan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret, Jalan Duta, Kuala Lumpur terhadap Mohamad Sabu.

Kesalahan tersebut didakwa telah dilakukan di hadapan Plaza Tol Bukit Tambun, Seberang Perai Selatan, lebuhraya PLUS berhadapan susur keluar lebuhraya dari arah Kuala Lumpur ke Pulau Pinang pada jam 7.45 malam 9 Disember 2007.

Kesemua mereka juga dituduh menurut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang mana membawa humuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali sekiranya disabit akan kesalahan.

Dalam perbicaraan yang diadakan tadi, kesemua yang dituduh terdiri dari Mohamad Sabu, Fauzi Saharat, Abd Rahim Md Ariff, Zairun Azrul Zainal Abidin, Zamarul Aini Abdul Malek, Mohd Bunyamin Ishak, Md Lazim Osman, Abd Razak Ramli, Mohd Sabri Said dan Mohamed Salleh hadir.

Mohamad Hanipa Maidin bersama-sama dengan Aminuddin Zulikifli dan Yusnita Yusoff mewakili kesemua tertuduh.

Khalid menghadap Sultan

28 Muharram 1432H.

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika di sini hari ini.

Kenderaan rasmi Menteri Besar itu dilihat memasuki Istana Mestika pada jam 10.50 pagi dan keluar kira-kira 12.20 tengah hari tadi. Pihak media yang berkumpul di hadapan pintu utama istana itu sejak jam 10 pagi hampa apabila tidak mendapat sebarang komen daripada Menteri Besar yang terus beredar dari situ. Kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki Abdul Khalid tidak berhenti walaupun dikerumuni wartawan dan jurugambar.

Difahamkan Abdul Khalid menghadap Sultan Selangor bagi mengemukakan nama tiga calon yang dipilih sebuah panel kerajaan negeri yang dipengerusikan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Teng Chang Khim, bagi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru, Datuk Mohamad Khusrin Munawi, telah hadir di pejabat barunya di Tingkat 19 Bangunan Sultan Salahahuddin Idris Shah di sini sebelum jam 8 pagi tadi.

DEBAT : Pemuda Umno Bacul !


“ Kami di pihak yang benar ! “ laung pimpinan Pemuda PAS Larut disambut dengan laungan takbir oleh para hadirin "

SELAMA | 1 JAN
Kebaculan pemuda umno bahagian Larut kini telah terbukti apabila program debat antara Ketua Pemuda PAS Larut, saudara Nazri Din dengan Ketua Pemuda UMNO Larut , saudara Anwar Arifin tidak menjadi kenyatan disebabkan Ketidakhadiran ketua pemuda umno larut dan telah membuatkan orang ramai yang hadir berasa kecewa dengan sikap Ketua Pemuda UMNO Larut itu.

Setelah menerima berbagai halangan dari pihak tertentu ,program debat yang akan diadakan di Dewan Padang Astaka, Batu Kurau dipindahkan ke Dewan Majlis Daerah Selama. Orang ramai, Wakil Pemuda PAS Larut, Penganjur Program serta Perantara Debat menunggu hampir tiga jam, namun kelibat Ketua Pemuda Umno Larut tidak kelihatan.

Sementara itu, setelah Akmal Kamarudin selaku Naib Ketua Pemuda PAS Larut berjaya menghubungi sudara Anwar untuk bertanyakan dan mendapatkan penjelasan darinya. Namun, seperti lazimnya yang menjadi amalan pemimpin umno beliau memberikan berbagai alasan kuno untuk tidak hadir ke dalam Debat tersebut.

“Anehnya, Pemuda umno yang ajak kami berdebat, tapi mereka memberi banyak alasan yang tidak munasabah untuk tidak hadir sekalipun kami menawarkan untuk berdebat di pejabat umno Batu Kurau atau Pejabat umno di Selama ianya tetap ditolak” Kata Akmal.

“Kami rasa amat kesal dengan sikap mereka kerana kami telah menyediakan pelbagai isu tempatan berkaitan kepentingan rakyat,Melayu dan Islam untuk diketengahkan dalam debat,”

“Kita komited untuk terus memperjuangkan hak rakyat, Islam dan Melayu dengan konsep “Islam Adil untuk semua” dan menolak topeng ketuanan Melayu yang dicanangkan umno demi kepentingan politik murahan umno semata-mata” katanya lagi

Cubaan Kerajaan Pusat rampas kuasa di Selangor

3 Jan | IPOH
Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, menyatakan isu perlantikan SUK Selangor merupakan suatu lagi petanda diberikan Allah kepada rakyat Malaysia bahawa kerajaan Umno BN wajar ditolak dalam pilihanraya akan datang.

Beliau menyatakan, Kes perlantikan tersebut jelas menunjukkan kerajaan Umno BN memberi amanah bukan untuk kepentingan rakyat tapi untuk kepentingan peribadi mereka.

Memetik ucapan beliau “ Dalam satu hadis Rasulullah s.a.w. digambarkan bahawa kemusnahan akan berlaku sekiranya amanah diberikan kepada orang yang bukan ahlinya. Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w., bertanya tentang " bilakah terjadi kiamat ". Rasulullah s.a.w. menjawab : yang bermaksud :" Apabila hilang amanah, tunggulah kiamat itu. Orang itu bertanya lagi : Bagaimanakah keadaan itu berlaku ? jawab Rasulullah s.a.w. : " iaitu apabila sesuatu urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamatnya (kerosakan)”.

Menurut beliau lagi, tujuan utama perlantikan SUK kerajaan negeri, di mana-mana negeri sekalipun, adalah supaya SUK dapat membantu menggerakkan pengurusan kerajaan negeri berkhidmat kepada rakyat.

Menjalankan tugas mentadbir sesuatu negeri bukan suatu yang mudah malah memerlukan kelayakan dan kerjasama daripada pelbagai pihak baik Adun yang dilantik oleh rakyat ataupun kakitangan kerajaan, jelas beliau.

Dalam kes di Selangor, perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK sepatutnya tidak berlaku kerana beliau telahpun mempunyai masalah yang kritikal sebelum ini dengan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor sewaktu beliau masih menjawat jawatan Pengarah JAIS. Jelas ini menunjukkan beliau tidak boleh bekerjasama dengan kerajaan negeri seterusnya menjalankan amanah yang diberikan dengan baik.

Beliau jjuga menyatakan, Datuk Mohd Khusrin Munawi jelas dilihat sebagai agen yang dihantar Umno Barisan Nasional untuk mengganggu pentadbiran Pakatan Rakyat di Negeri Selangor, hal ini kerana Umno Bn tidak dapat menerima kenyataan bahawa kerajaan Selangor kini dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Beliau juga menyatakan bahawa umno bn sememangnya cuba untuk mendapatkan semula negeri Selangor dengan apa cara sekalipun dan buktinya umno bn sudah Berjaya mendapatkan Perak dengan cara rampasan kuasa sebelum ini.

Pesuruhjaya PAS Perak itu juga menyeru agar rakyat Malaysia menolak kerajaan BN kerana perlantikan ini menunjukkan kerajaan BN tidak meletakkan khidmat kepada rakyat sebagai misi utama mereka sebaliknya berkhidmat memenuhi kepentingan dan kehendak nafsu mereka.

Menurutnya lagi, jika sebelum ini rakyat tercari-cari apakah buktinya bahawa kerajaan pusat BN sering menindas kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat, kes perlantikan SUK inilah bukti yang kukuh. Inilah perangai yang ditunjukkan kerajaan BN iaitu mengutamakan kepentingan peribadi berbanding amanah berkhidmat untuk rakyat.

Ustaz Abu Bakar Hussain juga mengajak semua pihak untuk bertakwa kepada Allah. Semua pihak harus ingat bahawa berkhidmat untuk rakyat bukan sekadar membantu rakyat menghadapi kehidupan dunia, sebaliknya membantu rakyat menghadapi kehidupan dunia dan akhirat yang kekal abadi.

sumber : ustazabubakar.wordpress.com

Bloggers : Majlis Makan Malam dan Dialog Bersama MB Kelantan

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Kelantan akan mengadakan Majlis Makan Malam dan Dialog bersama para Blogger Pro Pakatan Rakyat pada 15 Januari ini di Hotel Grand Seasson, berdepan Hospital Kuala Lumpur. Ia sebagai persiapan dan persediaan menghadapi Pilihan Umum ke-13 tidak lama lagi.

Menurut Editor Harakah, Tarmizi Mohd Jam yang diamanahkan untuk urusan pendaftaran blogger dari luar Kelantan, program yang akan bermula jam 8.30 malam itu mempelawa semua blogger pro Pakatan Rakyat daripada negeri Kelantan dan luar Kelantan.

Dalam dialog dengan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ini, pelbagai isu dijangka akan dibangkitkan selain dari sama-sama mengemukakan syor dan pendekatan terkini untuk memasyarakatkan blog dan laman sesawang lainnya sebagai media baru yang efisyen menghadapi PRU-13 nanti.

Menurut Tarmizi, semua blogger pro-Pakatan Rakyat boleh MENDAFTAR diri sekarang dengan menghantar emel kepada beliau dialamat editorxkutif@yahoo.com.my serta memaklumwajibkan NAMA dan NAMA BLOG yang sedang beroperasi. INGAT DAFTAR SEKARANG dan sebarkan berita ini dalam blog, Facebook, twitter, website dll yang anda boleh capai.

Semua blogger akan diberi pass masuk ke majlis ini. Tarikh tutup penyertaan sebelum atau pada 6 Januari 2011. Tarmizi mengharapkan mana-mana blogger yang mendapat maklumat ini, boleh memanjangkannya kepada rakan-rakan blogger lain secepat mungkin.

Utusan macam nasi goreng basi

28 Muharam 1432H
Oleh : Mohd Sabri Said

TASEK GELUGOR, 2 Jan: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan Utusan Malaysia umpama 'nasi goreng basi' kerana terus memainkan isu walaupun tahu isu yang dipaparkan tidak lagi relevan pada masyarakat.

Katanya, akhbar tersebut terus menabur fitnah yang boleh dikatakan semua isu sudah dijawab dan ada antaranya telah memakan diri Umno sendiri.

Tambahnya, isu wang judi sampai kini menjadi mainan bibir pemimpin Umno dan Utusan Malaysia sebagai lidah rasmi parti itu sengaja memaparkan isu berkenaan walaupun tahu ia telah selesai.

"Utusan Malaysia macam nasi goreng basi senantiasa ulang cerita yang sudah selesai. Mereka terus sebut isu yang berulang walaupun tahu telah menikam Umno sendiri dengan harapan menyerang Kerajaan Pakatan Rakyat secara bertalu-talu," ujarnya ketika berucap di majlis Jubli Perak PAS Kawasan Tasek Gelugor di Dewan Besar Sungai Dua malam tadi.

Beliau sebagai peneraju Negeri Pulau Pinang berharap rakyat tidak termakan dakyah jahat Umno dan Barisan Nasional (BN) sebaliknya memberi kepercayaan pada Pakatan Rakyat yang sedang memerintah agar terus melaksanakan berbagai program menjana perubahan pemikiran rakyat.

Kerajaan berhati rakyat tambahnya, melakukan berbagai perencanaan untuk meningkatkan sosio ekonomi, kebajikan dan seterusnya memberikan kemudahan terkini seperti Wifi pada rakyat mulai tahun ini.

Selain itu, ujarnya kerajaan berkonsepkan Cekap, Akautabiliti dan Telus (CAT) mahukan pembelaan rakyat dijadikan amalan apabila memberikan RM100 kepada ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya (OKU) sebagai rangkaian bantuan kepada warga emas dan miskin tegar.

"Negeri berkebajikan menjadi amalan kerajaan bukan macam Umno dan BN asyik memenuhkan poket sendiri dan sanggup melihat rakyat menderita dan sengsara," tegasnya yang juga Setiausaha Agung DAP.

Khusrin: BN Kian Terdesak Sabotaj Kerajaan Selangor

2 JAN: Tindakan Putrajaya melantik terus Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri adalah petanda jelas Umno-Barisan Nasional(BN) semakin terdesak untuk mengsabotaj kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Mantan Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata jawatan SUK akan membolehkan Khusrin membocorkan maklumat sulit kerajaan negeri kepada Umno sebagaimana yang berlaku dalam kes rampasan kuasa di Perak.

Ahli Parlimen Bukit Gantang dan ADUN Pasir Panjang ini diwawancara oleh Pakar Undang-undang Profesor Dr Abdul Aziz Bari dalam program 'Terus Terang' terbitan Tv Selangor, Nizar menceritakan pengalamannya ketika menerajui kerajaan Pakatan Rakyat di Perak setelah menang pada pilihanraya umum 2008.

Beberapa bulan selepas menubuhkan kerajaan negeri, Nizar menyedari Setiausaha Kerajaan Negeri Perak mengambil arahan secara terus daripada Umno.

"Setelah tiga empat bulan, perjalanan kerajaan negeri tidak lancar kerana adanya unsur-unsur sabotaj. Contohnya, apa sahaja yang kami lulus atau batalkan dalam mesyuarat mingguan disampaikan ke ibu pejabat Umno di Ipoh," katanya.

Nizar berkata Setiasaha Kerajaan Negeri berkenaan bertindak untuk melengkapkan persiapan Umno bagi melancarkan rampasan kuasa.

Akibatnya pegawai-pegawai daerah mula mendapat arahan yang berbaur politik daripada SUK Perak.

"Apa yang diarah tidak dibuat, apa yang tidak diarah dia buat. Surat-surat yang diterima dari daerah-daerah mendapati ia telah ditandatangi oleh SUK, tetapi bila masa pula kami buat keputusan ini? soalnya.

Nizar berharap pengalaman Pakatan Rakyat di Perak akan memberi petunjuk penting kepada kerajaan Selangor dalam berdepan dengan tindakan Putrajaya melantik Khusrin sebagai SUK. Seperti dalam kes Perak, penggerak utama Umno di Selangor adalah juga Datuk Seri Najib Razak sendiri.

"Salah seoraang dari prime mover ambil kuasa di Perak ialah Najib, yang menjadi Pengerusi Umno Perak, kini di Selangor. Keduanya, ialah SUK yang menentang Pakatan Rakyat. Ketiga ialah peranan institusi istana seakan-akan sama.

Nizar menjelaskan rampasan kuasa di Perak berlaku apabila elemen seperti Ketua Setiausaha Negara, Suruhanjaya Pilihan Raya dan individu yang rapat dengan Istana bersekongkol.

"Pada awal Jun, saya bertemu Raja Muda, menceritakan masalah yang saya hadapi. Saya beritahu kerajaan patik diganggu gugat. Saya jawab kerajaan patik digugat Datuk SUK dan Datuk Seri Anuar Zaini. Dia ini adalah 'major player' dan amat rapat dengan istana. Tuanku dengar dan dia amat memikirkan suasana itu.

"Saya terus berjumpa Ketua Setiuasaha Negara, meminta orang nombor dua digantikan dengan individu yang boleh bekerjasama dengan saya. Maka lebih lancar pentadbiran kerajaan negeri. Namun kedua-dua rayuan ini tidak membawa kesan yang diharapkan," jelasnya.

Akhirnya perlembagaan Perak dicabul untuk menobatkan Zambry Kadir dari Umno sebagai Menteri Besar walaupun Nizar tidak meletakkan jawatan atau tidak ada sebarang usul di kemukakan di Dewan Undangan Negeri Perak.

"Saya cukup-cukup yakin kerajaan Pakatan Rakyat Selangor harus berhati-hati, bahkan ambil tindakan lebih drastik dari yang kami ambil di Perak," katanya. (sumber :TVSelangor News)

Tenang: PAS Pulau Pinang mahu pastikan menang

28 Muharam 1432H
Oleh : Mohd Sabri Said

TASEK GELUGOR, 2 Jan: Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man berkata, jentera PAS negeri pastinya akan bekerja secara bersungguh-sungguh di Dun Tenang seperti mana jentera negeri lain yang datang memenangkan calon PAS ketika Pilihan raya Kecil (PRK) Permatang Pasir.

"Insya Allah saya akan pastikan semua jentera PAS Pulau Pinang bergerak ke Tenang, Johor. Saya sendiri akan berbincang dengan Pengarah Jabatan Pilihanraya (JPN) PAS Negeri bagi melihat strategi dan lokasi yang PAS Johor cadangkan untuk Pulau Pinang bertapak," jelasnya.

Beliau yakin kedatangan jentera PAS Pulau Pinang akan memeriahkan keadaan sekaligus membantu jentera PAS di Tenang yang barangkali kekurangan pengalaman berbanding jentera yang dihantar oleh negeri.

Budaya politik di Johor, katanya sama sahaja dengan Pulau Pinang di mana orang Melayu masih sayangkan Umno walaupun tahu ia adalah parti yang tidak boleh diharapkan.

Apa pun, katanya sebagai parti yang diamanahkan bertanding mewakili Pakatan Rakyat, PAS perlu mencari di mana kelemahan Umno sebelum merencanakan gerakan bersepadu untuk menghalang kemaraan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada PRK itu menjelang pilihan raya umum ke-13 kelak.

"Memandangkan senario politik di Johor sama dengan Pulau Pinang menyenangkan jentera kita mencetuskan perancangan yang lebih berkesan," tegas beliau.

Beliau yakin dalam masa terdekat surat perkeliling mula dikeluarkan oleh JPN bagi menyenangkan penghantaran petugas mengikut kawasan seperti mana lazim dibuat sebelum ini.

'Peraturan untuk Wali Band sama dengan Jom Heboh'

28 Muharam 1432H

Konsert kumpulan terkenal Indonesia Wali Band yang dibantah Pemuda Umno Kelantan tidak melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 negeri, sama seperti yang dikenakan terhadap aktiviti lain, seperti Jom Heboh anjuran TV3 suatu ketika dahulu.

Sehubungan itu, menurut Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, perkara itu merupakan pendirian kerajaan Kelantan sejak dasar
Membangun Bersama Islam diperkenal dan tidak "timbul soal mengubah pendirian untuk menarik golongan muda".

"Dalam enakmen kawalan hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998, sudah disenaraikan bentuk-bentuk larangan yang dikenakan terhadap semua aktiviti persembahan hiburan di Kelantan dan persembahan konsert Wali Band tidak langsung melanggar enakmen tersebut.

"Manakala penganjur konsert, Anjung Tulus Corporation Sdn Bhd telah diberikan syarat agar memastikan tidak berlakunya percampuran di antara penonton lelaki dan perempuan bukan mahram sepanjang persembahan berlangsung," kata ketua penerangannya Ahmad Fadhli Shaari.

Kelmarin Pergerakan Pemuda Umno Kelantan mempersoal kewajaran kerajaan Kelantan membenarkan Wali Band mengadakan persembahannya, yang didakwa semata-mata bermotifkan politik.

Ketuanya Anuar Safian dilaporkan berkata memang menghairankan Kelantan yang dahulunya langsung tidak membenarkan konsert seumpama itu diadakan, tetapi kini demi mendapat sokongan golongan muda, parti itu sanggup melakukan apa sahaja.

Dalam satu kenyataan, Ahmad Fadhli yang juga setiausaha kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat juga berkata, sebarang kelemahan dalam penguatkuasaan enakmen itu tidak sama sekali boleh menafikan hasrat positif yang terkandung dalamnya.

"Pemuda PAS Kelantan ingin menasihatkan Pemuda Umno Kelantan, khususnya ketuanya sendiri agar membaca dan memahami dahulu Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang hanya menampakkan kedangkalan semata-mata," kata Ahmad Fadhli lagi.

SUK baru Khusrin masuk pejabat 6.45 pagi hari ini

3 Jan | MI
Bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohamad Khusrin Munawi hari ini secara rasmi memulakan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri seawal 6.45 pagi tadi.

Minggu lalu Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan Khusrin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru selepas mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan, Sultan Sharifuddin Idris Shah. Khusrin dijadual akan mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor pada 6 Januari ini.

“Saya sudah masuk kerja, saya datang ke pejabat untuk jalankan tugas pada pukul 6.45 pagi tadi. Setakat ini tiada apa-apa masalah mengenai kerja,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.


Namun ketika ditemui di pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Khusrin bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen perhubung tugas baru beliau. “Saya akan keluarkan kenyataan dalam tempoh terdekat,” katanya kepada wartawan di pejabatnya. Hanya jurugambar sahaja yang dibenarkan masuk ke pejabatnya dengan dikawal ketat pengawal keselamatan.

“Kita tidak dibenarkan untuk halang beliau (Khusrin) tapi saya nak tahu kepada siapa beliau laporkan diri untuk bertugas.

“Sepatutnya beliau melaporkan diri kepada Menteri Besar,” kata sumber yang rapat dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. Difahamkan Khalid akan menemui Sultan Selangor pada pukul11 pagi ini di Istana Mestika di sini.

Khusrin sebagai ketua Jabatan Agama Islam Negeri sebelum ini juga dilihat menentang pentadbiran kerajaan negeri dalam beberapa siri isu.

Pelantikan kontroversi Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dilihat menuju krisis perlembagaan jika istiadat mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, yang dijadual akan berlangsung 6 Januari ini, diteruskan.

Kerajaan negeri Selangor sebelum ini menegaskan ia mempunyai kata putus dalam menentukan calon Setiausaha Kerajaan Negeri selepas Sultan Selangor memberi perkenan kepada nama yang disyorkan Putrajaya untuk melantik Khusrin.

Khalid yang bercadang untuk menghadap Sultan Selangor Rabu lalu tetapi terpaksa menangguhkan hasrat beliau sebab baginda bercuti sehingga awal minggu depan. (sumber:Malaysian Insider)

02 Januari 2011

Pasar raya tanpa plastik.

28 Muharram 1432H.
Drs. Khalil Idham Lim.

Saya amat menyokong langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menetapkan semua pasar raya besar (hypermarket), pasar raya, farmasi, restoran makanan segera, rangkaian nasi kandar dan kedai serbaneka (termasuk kiosk stesen minyak) diminta melaksanakan "hari tanpa beg plastik" setiap hari bermula kelmarin

Walaupun pada masa yang sama Kerajaan Pusat cuma menetapkan sehari dalam seminggu kepada pelanggan pasar raya, pasar raya besar dan premis terpilih seluruh negara yang tidak membawa beg sendiri akan dikenakan caj 20 sen bagi setiap beg plastik yang dibekalkan premis berkenaan jika membeli-belah pada setiap Sabtu. Namun langkah yang dilakukan oleh Pulau Pinag lebih ke hadapan dan mempercepatkan langkah memulihkan masalah alam sekitar akibat dari pembuangan sisa platik.

Hasil yang dikumpul itu akan disimpan dalam dana khas bagi melaksanakan program kepenggunaan serta kemasyarakatan menjurus ke arah pemuliharaan alam sekitar.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kepenggunaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Abdul Majid Abdul Rahim, berkata pengguna tidak akan lagi dibekalkan beg plastik percuma ketika membeli belah setiap Sabtu di premis perniagaan terbabit. “Kita minta orang ramai kurangkan penggunaan beg plastik untuk memulihara alam sekitar selain menyemai budaya hidup lestari selaras kempen setiap Sabtu sebagai Hari Tanpa Beg Plastik,” katanya ketika menyerahkan risalah sempena Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik dan Hari Tanpa Beg Plastik.

Kempen itu juga diharap mampu mengurangkan kesan penggunaan plastik terhadap alam sekitar, ekonomi dan kesihatan pengguna.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata "hari tanpa beg plastik" itu adalah langkah negeri ini untuk menjadi negeri hijau yang pertama di Malaysia. Kerajaan negeri akan menghebahkan program itu melalui pelbagai pendekatan seperti mendirikan papan iklan dan mengedarkan 500,000 risalah untuk menerangkan kepentingan 'hari tanpa beg plastik'," kata dalam sidang DUN Pulau Pinang akhir tahun lepas.

Menurut Guang Eng semasa membentagkan Bajet 2011 itu, 73 pengusaha yang menandatangani deklarasi pengurangan penggunaan beg plastik menunjukkan bahawa mulai 1 Julai 2009 hingga 26 Oktober 2010, Pulau Pinang berjaya menjimatkan 32,508,418 beg plastik.

Hari tanpa plastik cuma bermasalah kepada yang baru mengalaminya, namun selepas pembeli tahu tempat yang dikunjunginya tidak menyediakan plastik percuma berarti dia bebes membawa apa sahaja jenis beg yang disimpna dirumah untuk mengisi barangan yang dibelinya.

Ataupun kalau terlupa apalah salahnya dengan membayar wang sebanyak RM 0.20 yang saya kira cukup kecil nilainya dan sudah tidak boleh membeli sebiji gula-gulapun.

Awas, Teh timbang berbahaya: Jabatan Kesihatan

28 Muharram 1432H.

JELI: Teh timbang atau teh sukat yang amat digemari penduduk di negeri ini sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan mereka.

Ketua Penolong Pengarah Kanan (Keselamatan dan Kualiti Makanan) Jabatan Kesihatan Kelantan (JKK), Ahmad Nadzri Sulaiman, berkata teh berkenaan yang sering digunakan peniaga kedai kopi sebenarnya mengandungi bahan pewarna sintetik (bukan semula jadi) yang berbahaya kepada kesihatan. "Teh berkenaan tidak mempunyai label dan dijual secara timbang di kedai runcit di negeri ini. Ia berbahaya kepada kesihatan pengguna dalam jangka masa yang lama," katanya. Beliau berkata, penjualan teh perlu mengikut Peraturan-peraturan Makanan 1985 iaitu tidak membenarkan serbuk teh ditambah bahan pewarna.

Katanya, sesiapa yang didapati menjual, mengimport, mengguna dan menyimpan teh timbang ini, jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun.

Beliau berkata, berdasarkan rekod JKK dari Januari hingga Oktober 2010, sebanyak 1,858 kilogram serbuk teh timbang bernilai RM22,296 dirampas dalam operasi yang dijalankan JKK.

Peniaga restoran, Meriyam Sholah, 45, berkata beliau tidak mengetahui bahaya penggunaan teh itu dan telah menggunakannya sejak sepuluh tahun lalu.
"Makcik memang suka guna teh timbang ni, pekat molek untuk buat air teh terutama teh susu, kalau guna yang uncang tu nampak pucat dan tak sedap, pelanggan pun bising," katanya.

Katanya, harga teh timbang juga lebih murah berbanding teh uncang dan perkara itu penting bagi perniagaannya.

Puad Zainudin, 50, pula berkata beliau pernah mendengar mengenai bahaya penggunaan teh timbang bagaimanapun tetap menggunakannya.

"Saya beli yang harga RM12 sekilo, yang murah RM7 sekilo...yang murah aroma teh tak kuat," katanya. - BERNAMA

Flat Ladang Gemilang Rintihan Penghuni Bandaraya Warisan Pesisir Air




28 Muharram 1432H.
Oleh: Dr Azman Ibrahim

Status penghuni Bandaraya Warisan Pesisir Air yang dimiliki oleh penduduk Bandaraya Kuala Terengganu bukanlah suatu kemegahan andai suasana kehidupan semakin menekan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Sepatutnya pengistiharan Kuala Terengganu sebagai Bandaraya pada pada 1 Januari 2008 daripada Majlis Perbandaran ketika itu akan membantu mempertingkatkan kualiti kehidupan penduduk, menambahbaik segala kemudahan, , meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk dan seterusnya membentuk ke arah kehidupan bandar yang lebih sejahtera.

Bukanlah perkara yang patut berlaku andai kemegahan dengan status Bandaraya akhirnya memangsakan rakyat bawahan. Tambahan pula Ahmad Said meletakkan slogan ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ sebagai motto Kerajaan Negeri.

Mudah difahami, kepentingan rakyat tentunya menjadi keutamaan bagi setiap agenda pentadbiran dan pembangunan. Disokong dengan Bajet tahunan negeri yang melebihi RM1.8 bilion, tentunya tidak sukar bagi Ahmad Said untuk memastikan janji mampu dikota.

Jangan sampai rintihan rakyat kecil di kesampingkan, nanti slogan akan tinggal slogan. Lebih malang kalau rakyat mula menyindir benarkah ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ atau lebih tepat ‘Mengkronikan Pentadbiran dan Pembangunan’?

Dilema yang dihadapi penghuni Flat Ladang Gemilang, Kuala Terenggganu adalah antara siri retetan rintihan rakyat berpendapatan rendah yang rata-ratanya terdiri dari nelayan, peniaga kecil dan pemandu teksi.

Sebahagian besar dari penduduk yang menghuni Flat yang dibangunkan oleh Terengganu SEDC (Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu) ini adalah penduduk yang dipindahkan ekoran pengambilan balik tanah oleh kerajaan di Kampung Ladang Tok Pelam dan Ladang Mengabang, Kuala Terengganu dengan kadar bayaran pampasan yang tidak seberapa. Keseluruhan penduduk amat menyesali kadar pampasan yang diterima hanya sebanyak RM6,000.00 sahaja apatah lagi dengan lokasi tanah mereka terletak di pusat bandar dan mereka telah mendiaminya semenjak turun temurun.

Faktor pertimbangan kemanusian juga mungkin tidak diambil kira apabila arahan supaya penduduk berpindah serta merta sebelum hari raya puasa yang lalu, seolah-olah bagaikan ada projek penting dan mustahak perlu didirikan segera di atas tanah tapak rumah yang telah begitu lama menyimpan suka duka memori kehidupan mereka sekeluarga. Rayuan penduduk agar diberikan sedikit masa untuk berpindah sekurang-kurangnya selepas menyambut hari raya tetap tidak diendahkan. Malangnya sehingga hari ini belum ada sebarang projek yang bermula.

Walaupun menyedari beban yang dipikul untuk berpindah amat berat, penduduk secara paksa rela berpindah juga ke Flat ini dengan janji kadar bayaran sewa sebanyak RM126 sebulan secara sewabeli. Sekurang-kurangnya suatu hari nanti unit-unit Flat ini akan menjadi milik mereka dan mereka akan memiliki sebuah kediaman.

Kelegaan penghuni nyata tidak berpanjangan apabila baru-baru ini mereka mendapat sepucuk surat dari Terengganu SEDC memaklumkan bahawa semua penduduk perlu membayar sewa bulanan sebanyak RM300 dan status sewabeli flat hanya akan dilaksanakan selepas berlalu tempoh tiga tahun mereka menduduki flat, bukannya serta merta sebagaimana yang dijanjikan sebelum ini.

Penduduk sebelumnya amat berharap, dengan duit bayaran pampasan itu, walaupun tidak seberapa akan membantu sedikit sebanyak mereka memiliki kediaman sendiri tetapi segalanya hampa apabila janji dimungkiri dan mereka kini hanya berstatus penyewa dengan kadar sewa melebihi dua kali ganda dari yang dijanjikan.

RM300 mungkin murah bagi yang tinggal di Bandaraya Kuala Lumpur, Shah Alam, Georgetown, Kuching atau Bandaraya-Bandaraya lain tapi bukan bagi Bandaraya Kuala Terengganu yang sehingga kini masih terdengar suara-suara yang mempertikaikan kelayakkannya dari segi kemudahan infrastruktur, bilangan penduduk dan jumlah perolehan hasil tahunan untuk melayakkannya bergelar Bandaraya. Sesiapa pun yang pernah berkunjung ke Kota Bharu dan Kuala Terengganu tentu dengan mudah, tanpa ragu-ragu boleh menyatakan bahawa Kota Bharu lebih besar dan lebih ketara pembangunannya walaupun cuma bertaraf Majlis Perbandaran.

Apatah lagi penghuninya adalah rakyat bawahan ditambah lagi dengan peningkatan kos sara hidup yang mencengkam di segenap sudut kehidupan. Tolonglah Dato’ Seri dengar rayuan dan rintihan rakyat. Jangan ulangi kesilapan sama yang dilakukan Idris Jusoh.

Perak : Saya cadang bonus awal tahun .

28 Muharram 1432H.
Drs. Khalil Idham Lim.

Penghujung tahun 2010 membawa sejuta keperitan kepada seluruh rakyat malaysia khususnya di Negeri Perak. Saya mengira semua poket dan simpanan habis dibelanjakan demi meneruskan kehidupan pada tahun 2011 khususnya dalam soal penyediaan dan persiapan bagi anak-anak yang masih bersekolah dari peringkat tadika sehingga di pusat pengajian tinggi.

Sebagai menghargai jasa dan hasrat supaya semua kakitangan Kerajaan negeri Perak berkerja dengan lebih kuat untuk membangunkan negeri yang kita cintai ini maka saya cadangkan :-

1.Pemberian bonus awal tahun RM 500 kepada kira-kira 7,000 kakitangan Kerajaan negeri Perak sebelum berakhir Januari ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM3.5 juta.

2. Bonus RM500 tersebut dicadang diberikan kepada semua kakitangan awam sehingga gred 54 termasuk pesara.

3. Cadangan ini mengambil kira kemampuan Kerajaan Negeri Perak seperti yang digambarkan dalam pembentangan bajet 20111 pada sidang DUN Perak dari 30 November hingga 3 Disember yang lepas.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN TITI SERONG

Dr Asri: Jangan 'guna agama untuk cari makan'

28 Muharram 1432H.

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengingatkan golongan agama supaya tidak "menyempitkan Islam dalam batasan yang terhad", dengan melupakan 'kerakusan' sesetengah golongan atasan, seperti dalam isu kenaikan harga barang.

"Jangan hanya ceramah agama di media elektronik dan cetak sekadar menekan orang bawahan semata, tetapi melupai 'kerakusan' sesetengah golongan atasan.

"Ceramah (disampai) dalam isu yang remeh temeh tetapi membiarkan rakyat hidup dalam (suasana) keadilan sosial yang tidak seimbang.

"Para penceramah jangan sekadar 'guna agama untuk cari makan', tetapi hendaklah agama berfungsi dalam menegakkan hak dan keadilan," katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, ulama muda yang terkenal dengan kelantangannya itu turut mengingatkan golongan peniaga supaya beretika dalam perniagaan.

"Kerakusan peniagaan akan merosakkan merosakkan negara dalam jangka masa panjang dan akhirnya tiada pihak yang dapat hidup senang. Bagi yang muslim, hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dalam urusan perniagaan mereka," katanya sambil menyeru media massa turut aktif menentang kenaikan harga barang.

Mengulas peranan rakyat pula, Dr Mohd Asri berkata, jika golongan itu tidak memprotes dari awal, tahun baru ini bakal menyaksikan kenaikan harga barang yang membimbangkan.

"Kesannya akan dirasai oleh rakyat bawahan terutama mereka yang berpendapatan rendah. Para peniaga di pelbagai peringkat akan mengambil kesempatan dalam hal ini."

Beliau juga menekannya beberapa perkara dalam kenyataannya itu, antaranya:

•Jika kerajaan tidak mengambil langkah yang berkesan dalam mengawal kenaikan harga barang, bererti slogan 1Malaysia: "Rakyat didahulukan" bermaksud rakyat didahulukan menanggung beban hidup, sedangkan pembesar negara dan istana terus kemewahan.
•Rakyat juga mesti menjadi pengundi yang bijak dan bersedia menghukum pihak yang membiarkan kenaikan harga barang dan 'mengumpulkan' kekayaan negeri atau negara dalam kalangan mereka sahaja.
•Rakyat mesti menjadi pembeli yang bijak memilih kedai atau pasaraya.

Malaysiakini/-

Pulau Pinang akan bina universiti di Penanti

28 Muharram 1432H.
Fakhri Ali

PENANTI, 2 Jan: Sebagai sebuah kerajaan yang berjiwa rakyat, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mewujudkan sebuah universiti di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti dalam tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr. Mansor Othman berkata demikian selepas menyerahkan bantuan keperluan persekolahan kepada golongan yang tidak berkemampuan di Yayasan Aman, Penanti pagi tadi.

Ketika ditemui beliau berkata, adalah menjadi aspirasi utama kerajaan negeri memberi peluang pendidikan yang terbaik bagi masyarakat negeri ini untuk meningkatkan taraf pendidikan mereka.

"Lokasi kawasan telah pun dikenal pasti. Segala perkara berkaitan dengan penubuhan insititusi tersebut sudah pun berada pada peringkat terakhir. Kita sekarang berada dalam proses pembangunan sahaja.

"Selain dari universiti dalam kawasan Penanti yang juga berada dalam Parlimen Permatang Pauh, kerajaan negeri juga akan mewujudkan sebuah lagi institusi yang akan memberi fokus kepada pembangunan ummah yang dikenali sebagai Yayasan Islam Pulau Pinang," tegasnya lagi.

Tambahnya, dengan kewujudan institusi tersebut, ia membuktikan kerajaan negeri tidak meminggirkan nasib orang Melayu di Pulau Pinang.

Difahamkan, yayasan yang akan beroperasi awal tahun ini, akan memberi penekanan kepada keperluan masyarakat Islam seperti pendidikan, ekonomi dan sosial.

“Kita bukan saja mahu masjid berperanan sebagai tempat ibadah, tetapi juga merangkumi semua aspek kehidupan masyarakat yang menitikberatkan ilmu agama semata-mata, tetapi juga membuka ruang sebagai tempat untuk meningkatkan ekonomi dan membentuk peribadi atau pembangunan insan, " katanya lagi.

Beliau yang juga Adun Penanti, optimis apa yang termaktub dalam manifesto pilihan raya yang lalu bagi mewujudkan institusi ini ternyata berjaya direalisasikan sepertimana yang dinyatakan dalam pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.Harakahdaily/-

2011: Padamkah cahaya kebebasan media?

Amran Ahmad | MReview |

Menutup tirai 2010 dan membuka lembaran baru 2011 tidak sarat dengan maknanya bagi sesetengah orang walaupun banyak perkara menarik dijangka berlaku tahun 2011 dengan pelbagai ramalan tarikh pilihanraya umum ke-13 bagi Malaysia, kemungkinan berlakunya gelembong pasaran hartanah, berita baik untuk pekerja sektor swasta, prospek pertumbuhan ekonomi negara dan sebagainya.

Hal-hal sedemikian mungkin antara acara atau perkara baru yang dijangka berlaku, namun jangan pula dilupakan banyak isu-isu tertunggak yang turut sama terheret ke tahun 2011 kerana masih ada yang membelenggu, belum diselesaikan dan mengalami evolusi berterusan terutama kebebasan media yang masih menjadi duri dalam daging kerana rakyat dahagakan berita yang seimbang dari media arus perdana dalam usaha mewujudkan masyarakat yang kritis lagi kritikal menjelang tahun 2020 dengan Malaysia mencapai status negara maju.

Walaupun hari ini adalah lebih baik berbanding semalam dengan kewujudan beberapa portal berita dan akhbar bersaiz tabloid yang mengamalkan keterbukaan dan keseimbangan pemberitaan terutama hal-hal berkaitan politik Malaysia, namun kebebasan sebenar masih belum tercapai kerana parti-parti politik masih menguasai media arus perdana.

Selagi parti-parti politik menguasai media terutama akhbar arus perdana, maka selagi itulah rakyat pelbagai kaum akan disajikan dengan berita-berita yang tidak seimbang, jumud dan kadang-kala menyemarakkan api perkauman yang jika terus ditiupkan, maka bencananya akan menghancurkan negara atau setidak-tidaknya menarik negara terkebelakang.

Apa yang terngiang-ngiang di telinga penulis sehingga menyebabkan bulu roma meremang ialah bertiup kencang khabar angin yang membawa pengkisahan seorang lagi pejuang kesatuan sekerja dalam industri media negara yang begitu lantang dalam memperkatakan mengenai isu kebebasan media akan dikenakan tindakan oleh syarikat di mana beliau bekerja pada masa ini.

Beliau mungkin mengalami nasib yang sama seperti penulis yang bukan sahaja kehilangan pekerjaan ekoran mengeluarkan kenyataan sebagai pemimpin kesatuan sekerja, malah bakal mengalami trauma dan bahana dalam mendapatkan pekerjaan baru untuk menyara kehidupan dengan segala kesukaran dan keperitan akibat status buang kerja yang diraih.

Jika ini berlaku, maka negara boleh mengisytiharkan tarikh itu sebagai hari hitam kebebasan media kerana pemimpin kesatuan sekerja tidak lagi dibolehkan untuk bercakap tentang kebebasan media sedangkan antara asas perjuangan kesatuan sekerja dalam industri media ialah memperjuangkan isu kebebasan media sejak sekian lama dan demi profesionalisme kerjaya kewartawanan.

Apa gunanya ada kesatuan sekerja yang memayungi ribuan ahli-ahlinya jika mahu ia bergerak ala-ala persatuan tanpa mampu untuk membicarakan isu-isu nasional yang melibatkan kepentingan rakyat pelbagai kaum di negara ini terutama kebebasan media selain hanya bercakap mengenai kebajikan dan gaji ahli-ahli semata-mata.

Jika ini berlaku, satu lagi episod hitam dalam kebebasan media negara ini bakal berlaku buat kali kedua selepas 50 tahun semenjak peristiwa mogok Utusan tahun 1961 yang dikepalai oleh Said Zahari (gambar kiri) bagi menghalang penguasaan parti politik dalam akhbar keramat masyarakat Melayu itu yang menjadi ingatan dan kenangan buat pendokong kebebasan media.

Justeru, sebagai membuka tirai baru 2011, penulis ingin mengulangi peringatan mengenai keperluan untuk meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, supaya para penerbit tidak perlu lagi memohon lesen penerbitan akhbar dan majalah bagi memberi lebih ruang dan keterbukaan dalam penerbitan akhbar arus perdana.

Dalam semangat untuk terus berjuang ke arah kebebasan media yang lebih terbuka dan seimbang, sesekali wajarlah untuk terus menjenguk kepada aspek terpenting kalau bukan utama mengenai pemilikan akhbar-akhbar arus perdana oleh parti-parti politik, seperti UMNO memiliki Utusan Melayu (M) Berhad dan Kumpulan NSTP, MCA pula menguasai The Star manakala MIC menguasai saham dalam syarikat yang menaungi akhbar Tamil Nesan.

Rakyat Malaysia harus terus memujuk semua parti komponen BN untuk melepaskan pegangan dalam semua akhbar-akhbar arus perdana ini bagi merealisasikan impian kalau bukan angan-angan untuk melihat kebebasan media yang lebih seimbang, terbuka, bukan berteraskan perkauman dan mendapat perhatian oleh kebanyakan rakyat "atas pagar".

Pada masa yang sama, pemimpin kesatuan sekerja di negara ini perlu terus dilindungi dari segala bentuk ancaman, ugutan serta tindakan yang boleh menamatkan kerjaya mana-mana individu kerana perjuangan murni ke arah kebangkitan bangsa yang lebih dinamik harus dipertahankan walaupun realitinya, setiap perjuangan itu ada risikonya tersendiri.

Bagi orang kebanyakan seperti penulis yang sedang menghadapi perbicaraan kes buang kerja oleh Utusan Melayu (M) Berhad yang baru mula didengar pada 21 Disember yang lalu dan bakal memasuki pusingan kedua pada 24 Januari akan datang, tahun 2011 tidak lebih dari sekadar kesinambungan untuk mencari keadilan untuk diri sendiri, kesatuan sekerja yang pernah dianggotai dan dunia kewartawanan tempatan secara amnya.

Jika diambil beberapa kes buang kerja sebelum ini yang biasanya mengambil masa sehingga tiga tahun melibatkan lebih 10 pusingan kesemuanya sebagai penanda aras, maka tahun 2011 ini hanya perjalanan seterusnya untuk mendapat pengadilan sewajarnya sebelum menjengah tahun berikutnya.

*Amran Ahmad ialah bekas Pengerusi NUJ Utusan Melayu.

Najib jumpa Ahli Parlimen BN, Pakatan Rakyat bagaimana ?

28 Muharram 1432.

Drs. Khalil Idham Lim.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diberitakan akan mengadakan pertemuan dengan Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional Nasional (BNBBC) minggu depan bagi membincangkan pelbagai isu nasional termasuk insiden membabitkan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat baru-baru ini dan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Permukiman atau `retreat’ bersama BNBBC itu walaupun sudah menjadi kelaziman setiap kali sidang Dewan Rakyat berehat panjang bagi mendapatkan pandangan, buah fikiran serta laporan daripada semua ahli BNBBC. Namun ianya tetap istemewa dalam keadaan hangat diperkatakan bahawa pilihan raya umum yang bakal berlangsung dalam tempoh terdekat seperti digembar-gemburkan.

Perjumpaan itu akan membabitkan Perdana Menteri, Timbalannya , Tan Sri Muhyiddin Yassin dan semua menteri Kabinet bersama Ahli Parlimen BN.

Bagi saya pertemuan yang bakal diadakan adalah langkah Najib untuk menyakin orang bawahannya apabila banyak kemelut dan masalah yang langsung dikaitkan dengan namanya yang banyak mencalar keyakinan rakyat kepada kepimpinannya.

Najib dilihat perlu memberi arahan terbaru memastikan semua Ahli parlimen BN untuk terus berkerja kuat disaat akhir sebelum piliharaya menjelang. Tidak mustahil ada beberapa peruntukan tambahan secara langsung dan tidak langsung untuk melicinkan pergerakan semua Ahli Parlimen.

Selain itu saya melihat Najib sangat terdesak dengan gencarnya berita yang mengaitkan seorang menteri kabinetnya yang dikaitkan dengan tuduhan merogol seorang pembantu rumah dari Indonesia. Berita ini semacam sengaja dibocorkan untuk mengaibkan Najib dan tertuduh berkenaan.

Apapun banyak rahsia yang tentunya tidak dapat kita tahu dalam banyak perbincangan yang dilakukan, namun yang penting Pakatan Rakyat mestilah telah pun bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan bagi mengahadapi gelombang BN sebelum PRU ke 13.

Kerana itu program yang perlu disegerakan saya cadangkan ialah satu pertemuan antara Ahli Parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat dalam bentuk yang sesuai dan difikirkan wajar bagi memastikan gerak kerja mereka terancang dan terarah disaat rakyat memerlukan sesuatu bukti nyata bahawa Pakatan Rakyat mampu mengambil tempat BN di Putrajaya dan semua negeri yang masih dikuasai oleh BN.

Presiden Wanita Pertama Brazil angkat sumpah.

28 Muharram 1432H.

BRASILIA : Dilma Rousseff mengangkat sumpah sebagai presiden wanita pertama Brazil pada Sabtu (1/1/2011), menggantikan presiden yang sangat populer di Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva.

Rousseff (63) yang merupakan bekas ketua kabinet Lula, mengangkat sumpah sebagai presiden di Parlimen Brazil setelah upucara perarakan ringkas sambil dia melambaikan tangan ke arah 70.000 rakyat yang berbaris di sepanjang jalan.

Ia bersumpah di depan para anggota parlimen sebelum menandatangani dokumen resmi yang menjadikannya ketua negara Brazil. Pemimpin baru itu kemudian memberi ucapan kenegaraan pertamanya sebagai presiden.

Ia juga menyampaikan rasa hormatnya kepada bekas Presiden Lula, seraya mengatakan ia telah merasa sangat dihargai semasa berada di bawah pemerintahan presiden Lula dan berjanji untuk meneruskan "masa kemenangan" pendahulunya itu.

Rousseff yang mengenakan pakaian putih dan terlihat ceria dan gembira , bergegas dari bangunan Parlimen menuju istana presiden, di sana bekas Presiden Lula menunggu untuk secara simbolik menyerahkan selendang presiden berwarna hijau dan kuning emas kepadanya, serta meraikan para presiden dari negara-negara Amerika Latin.

Lula, yang wajib mengundurkan diri setelah mencapai umur pencen menurut Perlembagaan Brazil iaitu setelah dua penggal memegang jawatan presiden, ia meninggalkan kegemilangan dan populariti serta karismanya untuk memberikan peluang bagi Rousseff agar terpilih menggantikannya.

Ia belum mengumumkan tentang rencananya di masa pencennya, namun beberapa bulan lalu ia pernah memaklumkan bahwa ia tidak akan mengabaikan peluang untuk kembali ke kursi presiden setelah mandat empat tahun Rousseff berakhir.

Batal naik harga minyak, bolehkan kalau di Malaysia?

28 Muharram 1432H.

LA PAZ , BOLIVIA 1 Jan. – Presiden Bolivia, Evo Morales semalam membatalkan arahan menaikkan harga minyak petrol dan diesel selepas menerima kecaman dan bantahan kuat daripada penduduk.

Morales dalam satu ucapan selama 90 minit sebelum tengah malam berkata, selepas mendengar daripada kesatuan dan kumpulan sosial, beliau membuat keputusan ‘menuruti kehendak rakyat’ dengan memansuhkan arahan menaikkan harga petrol dan diesel serta pendekatan yang berkaitan.

Kerajaan Bolivia pada Ahad lalu mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 73 peratus kepada 92 sen seliter (AS$3.48 satu gelen) bagi petrol biasa, peningkatan daripada 50 sen (AS$1.89)

Harga diesel meningkat kepada 97 sen seliter (AS$3.67 satu gelen) daripada kira-kira 50 sen. Harga minyak lain meningkat dua kali ganda.

Kenaikan harga bahan api tersebut menyebabkan pemandu bas dan teksi menghalang lalu lintas dan mengadakan demonstrasi di jalan-jalan raya pada Khamis lalu menyebabkan sekurang-kurangnya 15 cedera.

Penduduk terus buru buaya baham imam

28 Muharram 1432H.

SAMARAHAN 1 Jan. - Seekor buaya sepanjang 3.6 meter berjaya ditangkap di Sungai Batang Samarahan di Kampung Reban, dekat Serian hari ini selepas tragedi Imam Ketiga, Masjid Darul Ihsan, Sidi Samad, 66, dibaham oleh reptilia itu pada 18 Disember lalu.

Bagaimanapun, buaya yang ditangkap kira-kira pukul 9 pagi itu dengan menggunakan pancing berumpankan anjing dan ayam ternyata bukan reptilia yang dikatakan membaham mangsa tersebut.

Penghulu Ladang Samarahan, Boh Sabeli, 70, memberitahu, penduduk kampung telah membelah perut buaya berkenaan, namun hanya menemui bulu ayam dan bangkai anjing sahaja.

Katanya, ia menjadi bukti buaya itu bukan reptilia yang membaham mangsa lalu bangkai buaya itu dibuang semula ke dalam sungai.

"Setakat ini, penduduk kampung telah menangkap dua ekor buaya dan membelah perutnya, namun kedua-duanya bukan reptilia yang mengganas dan membaham Allahyarham.

"Maka, operasi memburu buaya terbabit akan terus dijalankan bersama Sarawak Forestry Corporation (SFC) serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) memandangkan kita telah mendapat kebenaran untuk berbuat demikian (menangkap serta membunuh buaya)," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini hari ini.

Penangkapan buaya tersebut di tebing Sungai Batang Samarahan hari ini turut menarik perhatian apabila ratusan penduduk berpusu-pusu menyaksikan proses membelah perut buaya terbabit bagi mendapatkan balik dua kaki, dua tangan dan kepala mangsa yang dibaham itu.

Dalam kejadian pada 18 Disember lalu, Sidi maut dibaham buaya kira-kira pukul 6.30 pagi ketika menjala udang galah bersendirian di sungai berkenaan yang dikenali sebagai habitat reptilia tersebut.

Difahamkan, seorang penduduk yang turut serta dalam operasi memburu reptilia berkenaan sebaik mangsa dilaporkan hilang telah melihat seekor buaya sebesar perahu berada kira-kira 30 meter dari tebing sedang timbul dan bergerak mengikuti arus sungai dengan rahangnya terdapat sesuatu benda yang dipercayai sebagai kaki mangsa.

Boh memberitahu, pada hari ini juga, penduduk kampung telah berjaya menangkap seekor lagi buaya menggunakan pancing, namun tidak dapat membawanya naik ke darat pada petang ini disebabkan lokasinya agak jauh.

Dalam pada itu, beliau berkata, Sungai Batang Samarahan sememangnya mempunyai banyak reptilia berkenaan bahkan jika seseorang menyusuri sungai terbabit dari Kampung Reban ke Kampung So, pasti akan terserempak dengan hampir 40 ekor buaya.

Katanya, kejadian dibaham buaya di Kampung Reban baru-baru ini merupakan kes yang kedua selepas kejadian seorang pelajar dibaham buaya di sungai yang sama pada 1992.

"Tidak dinafikan bahawa Sungai Batang Samarahan ini memang terdapat banyak buaya dan penduduk sentiasa berwaspada menggunakan sungai ini sama ada sebagai pengangkutan atau menangkap ikan dan udang.

"Justeru, kita berharap penduduk kampung akan berjaya menangkap buaya yang mengganas itu supaya keluarga mangsa dapat semula bahagian-bahagian anggota badan mangsa untuk disemadikan dengan sempurna," ujarnya. UM/-

01 Januari 2011

Gempa bumi 5.2 gegarkan wilayah Xinjiang, China

27 Muharram 1432H.

BEIJING: Gempa bumi sederhana pada magnitud 5.2 melanda barat jauh China di wilayah Xinjiang, hari ini, kata ahli seismologi.

Jabatan Kajiselidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS), berkata gempa yang melanda jam 10 pagi tadi (waktu tempatan) pada kedalaman 10 kilometer dengan catatan pusat gempa 68 kilometer barat Kashi. Menurut agensi berita China, Xinhua, tiada laporan kecederaan atau kematian diterima sehingga kini. - AFP

Industri Kereta Api Berkembang dengan Pesat

27 Muharram 1432H.

Sidang Kereta Api Laju Dunia Ke-7 yang dianjurkan oleh Kementerian Kereta Api China dan Persekutuan Kereta Api Antarabangsa (UIC) diadakan di Beijing Awal Disember tahun lepas. Sidang tersebut dimulakan pada tahun 1992 oleh UIC untuk memperlihatkan dan bertukar-tukar hasil pembangunan kereta api laju di dunia. Inilah kali pertama sidang ini diadakan di luar Eropah.

Para pakar berpendapat, beberapa tahun terakhir ini, China telah mencapai banyak hasil inovasi teknologi dalam industri kereta api laju, dan banyak antaranya yang telah mencapai tahap yang paling maju di dunia. Inilah sebabnya sidang kali ini diadakan di China. Naib Perdana Menteri China, Zhang Dejiang berkata,

"Sidang Kereta Api Laju yang diadakan di Beijing ini memperlihatkan sokongan UIC, pertubuhan antarabangsa yang berkenaan dan industri kereta api sedunia terhadap pembangunan industri kereta api di China, khususnya kereta api laju, dan mencerminkan perkembangan pesat industri kereta api di China, khususnya kereta api laju yang telah mendapat perhatian dan pengiktirafan yang meluas dari masyarakat antarabangsa."

Kini, China telah membentuk sistem pengurusan operasi kereta api laju yang sempurna yang dapat menjamin operasi yang berterusan dan selamat, pendapatan yang memuaskan, dan menyediakan perkhidmatan yang selamat, cekap, mesra dan juga murah, di samping mendorong pembangunan sosioekonomi yang pesat. Sekarang ini, setiap hari terdapat lebih 1000 buah kereta api laju "Harmoni" yang membawa kira-kira sejuta penumpang untuk bergerak di seluruh negara. Dengan beroperasinya sistem kereta api laju yang khusus membawa penumpang, kemampuan sistem landasan kereta api China mengangkut barang juga turut meningkat secara besar-besaran.

Menteri Kereta Api China, Liu Zhijun telah menjelaskan tentang hasil yang dicapai oleh China dalam pembangunan kereta api lajunya dalam majlis perasmian itu. Beliau berkata,

"Kini, landasan kereta api laju di China sudah mencecah 7,531 kilometer. Di samping itu, masih terdapat lebih 10 ribu kilometer lagi yang sedang dibina. Dalam uji cuba landasan kereta api laju Beijing-Shanghai yang diadakan pada 3 Disember yang lalu, kereta api laju baru yang dibuat oleh China telah membaharui rekod kelajuan kereta api dunia untuk kegunaan awam dengan mencapai kelajuan 486.1 kilometer sejam. China merupakan negara yang mempunyai teknologi kereta api laju yang paling lengkap. Kemampuan integerasi teknologinya paling tinggi, landasannyag paling panjang, kelajuannya paling pesat dan program pembinaan juga paling besar di dunia."

Perkembangan kereta api laju di China sesuai dengan keperluan pembangunan zaman. Sebagai sejenis alat pengangkutan yang baru, kereta api laju mempunyai kelebihan yang ketara dan telah menjamin pembangunan sosioekonomi China. Naib Perdana Menteri, Zhang Dejiang berkata,

"Perkembangan kereta api laju yang pesat telah memodenkan sistem kereta api China, meningkatkan kemampuan pengangkutan landasan kereta api, mengurangkan halangan terhadap pembangunan sosioekonomi akibat kurangnya kemampuan pengangkutan. Ia juga menggalakkan perkembangan pembuatan kemudahan, penyelidikan bahan baru serta pelbagai sektor perkhidmatan yang telibat. Perkembangan kereta api laju juga memainkan peranan penting dalam menggalakkan inovasi teknologi, penyusunan semula struktur industri, mengurangkan penggunaan tanah, menjimat tenaga, mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan memperbaiki kehidupan rakyat, dan telah memberikan keuntungan yang memuaskan dari segi ekonomi dan sosial."

Hu Lun Tun Zao : Menelan Buah Kurma Bulat-Bulat

27 Muharram 1432H.

Asal Usul:

Pada suatu masa dahulu, ada seorang pemuda "kutu buku" yang sangat suka membaca buku dengan lantang halaman demi halaman. Namun, dia tidak pernah memikirkan makna dan maksud yang tersirat dalam ayat-ayat yang dibacanya. Walaupun begitu, dia tetap menganggap dirinya orang yang berilmu dan berpengetahuan luas.

Pada suatu hari, si kutu buku yang menganggap dirinya pandai itu pergi ke pasar untuk membeli buah-buahan. Di pasar itu, seorang tua penjual buah pir memberitahunya,

"Buah pir ini memang amat baik untuk gigi, tetapi ia juga boleh merosakkan perut jika dimakan terlalu banyak."

Seorang tua penjual buah kurma di sebelah penjual buah pir itu pula memberitahunya,

"Buah kurma ini amat baik untuk perut, tetapi ia juga boleh menjejaskan kesihatan gigi jika ia dimakan terlalu banyak."

Mendengar kata-kata dua orang penjual itu, si kutu buku itu terus berkata tanpa berfikir sedikit pun,

"Itu senang sahaja! Bagi buah pir ini, kita kunyah sahaja, tidak perlu ditelan. Bagi buah kurma ini pula, kita boleh terus menelannya tanpa mengunyah. Dengan cara ini, gigi dan perut kita akan dapat dijaga dengan baik."

Sebaik sahaja habis bercakap, dia pun terus memasukkan sebiji buah kurma ke dalam mulutnya, dan cuba menelannya bulat-bulat. Akibatnya, dia nyaris tercekik.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Hu Lun Tun Zao" atau "Menelan Buah Kurma Bulat-Bulat" ini, digunakan untuk menyindir orang atau golongan yang malas berfikir ketika belajar. Mereka sudah biasa menerima bulat-bulat semua maklumat yang diberikan tanpa mencernanya, atau hanya belajar dengan cara menghafal tanpa memahaminya. Cara belajar ini sebenarnya tidak membawa sebarang kebaikan kepada mereka. CRI/-

Kawasan Makam Kuno Pendakwah Islam Guangzhou

27 Muharram 1432H.


Lebih 40 orang pendakwah Islam yang terkemuka termasuk Allahyarham Abu Wagas dikebumikan dalam Kawasan Makam Kuno Pendakwah Islam Guangzhou. Kawasan makam ini sudah bersejarah selama lebih 1,300 tahun.

Allahyarham Abu Wagas datang ke Guangzhou untuk menyebarkan agama pada zaman Dinasti Tang (iaitu kira-kira tahun 626).

Sebuah dewan sembahyang yang baru telah siap dibina dalam kawasan makam tersebut pada September tahun ini. Dewan sembahyang yang dapat menampung 3,000 jemaah ini akan digunakan untuk menyediakan perkhidmatan bagi umat Islam dari pelbagai negara Asia sempena Sukan Asia ke-16 yang berlangsung di Guangzhou.

Sebuah dewan sembahyang yang baru telah siap dibina dalam kawasan makam tersebut pada September tahun ini. Dewan sembahyang yang dapat menampung 3,000 jemaah ini akan digunakan untuk menyediakan perkhidmatan bagi umat Islam dari pelbagai negara Asia sempena Sukan Asia ke-16 yang berlangsung di Guangzhou.

Allahyarham Abu Wagas datang ke Guangzhou untuk menyebarkan agama pada zaman Dinasti Tang (iaitu kira-kira tahun 626). CRI/-

Markaz PKR Tambun terbakar.

27 Muharram 1432H.
Cina Islam.

IPOH, 1 Jan.:-Puat Kegiatan PKR Tambun di Jalan Pemimpin Majoi telah terbakar pagi ini. Kejadian yang tidak dingini itu dikatakan berlaku sebelum jam 8.00 pagi tadi dan telah berjaya dipadamkan oleh Pasukan Bomba dari balai bomba yang berdekatan.

Setakat ini menurut sumber tidak dapat disahkan siapakah yang betanggug jawab membakar bangunan tersebut.

Bangunan yang lebih dikenali dengan markaz PKR itu merupakan tempat yang sentiasa diadakan kegiatan khsususnya ceramah Pakatan Rakyat di sini.

Tinggal kerangka, Markaz PKR Jalam Pemimpin Manjoi yang terbakar pagi ini.

Tenang : Beri semangat bukan lemahkan semangat !

27 Muharram 1432

Saya sangat menyokong sebarang pandangan yang boleh memberi motivasi dan semangat yang jitu kepada petugas PAS untuk bergerak ke Tenang bagi membantu Jentera Pakatan Rakyat bagi memenagkan Calon PAS. Bercakap untuk menang setiap kali bertanding itulah yang dikatakan seorang juara sebelum menang. Namun sekiranya ada yang sudah bercakap tidak ada harapan dan sebagainya saya kira itu pandangan yang tidak bertanggung jawab dan melemahkan semangat jentera untuk ke Tenang.

Beberapa hari lepas ramai yang menalifon saya meluahkan rasa tidak puas hati bila ada ucapan yang melemahkan petugas untuk ke Tenang.

"Sudahlah beratus-ratus kilometer dari utara hendak ke tenang ini dia kata PAS tidak menaruh harapan tinggi untuk memenangi pilihan raya kecil DUN Tenang" mana boleh dia kata macam tu, jelas seorang yang talifon saya.

Kerana itu saya rasa tulisan sahabat lama saya yang merupakan wartawan senior Harakah, Sdr. Zulkifli Sulong amat menetapi dengan hasrat supaya ramai jentera PAS turun ke Tenang. Beliau telah mampu meniupkan semangat kepada petugas untuk turun ke Tenang dengan bayangan itulah hasrat dan itulah peluang yang ada di Tenang.

Kerana itu saya kira siapapun pun berhak mengeluarkan pandangan namun mestilah cukup berhati-hati dan dalam konteks PRK Tenang pastikan ianya tidak menyentuh dan melangkaui pandangan dan hasrat jentera PAS yang berharap ramai petugas turun.

Tenang : PAS bersiap untuk menang
Zulkifli Sulong

LABIS, 31 Dis: Boleh ke Pakatan Rakyat melalui PAS menang dalam pilihan raya kecil Tenang? Inilah rata-rata soalan yang dikemukakan apabila diberitahu, "saya baru balik dari Tenang."

Agak sukar tetapi persiapan yang dibuat oleh jentera PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil ini nampaknya untuk menang. Walaupun pilihan raya kecil itu sebulan lagi, namun PAS sudah mempersiapkan semua keperluan asas yang diperlukan.

Bilik operasi utama, bilik penerangan, bilik operasi dewan-dewan dalam PAS hatta bilik media juga sudah dipersiapkan dengan keperluan asas untuk wartawan bekerja sudah dipersiapkan oleh PAS.

"Memang agak sukar untuk menang, tetapi kita yakin jika kena caranya, kita boleh menang," kata Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat yang Timbalan Pengarah I jentera pilihan raya kecil ini.

Dalam pilihan raya ini, Timbalan Pesuruhjaya II PAS Johor, Dzulkefli Ahmad telah diberikan amanah untuk memimpin jentera PAS iaitu selaku pengarah operasi pilihan raya ini.

Dengan mempunyai enam cawangan, PAS bergerak agak pantas dalam pilihan raya kecil ini. Mungkin semangat petugasnya tinggi memandangkan ini adalah pilihan raya kecil yang pertama di Johor selepas pilihan raya umum 2008 lalu.

Dalam pilihan raya ini, kata Mazlan, PAS akan mengambil pendekatan lembut dan tidak provokatif dalam kempennya.

"Kita akan pastikan semua pemilih yang layak mengundi keluar mengundi dengan selamat dalam pilihanraya ini. Kita akan elakkan tekanan atau kekecohan namun yang kita bimbang adalah provokasi dari lawan kita," kata Mazlan.

Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian Adunnya, Datuk Sulaiman Taha baru-baru ini. SPR telah menetapkan 30 Januari hari mengundi manakala 22 Januari hari penamaan calon.

Tenang adalah DUN yang terletak di bawah kawasan parlimen Labis, dan akan ditandingi oleh calon PAS bagi mewakili Pakatan Rakyat. Dalam pilihan raya umum lalu, PAS menang di kawasan Cina iaitu mendapat undi antara 50% hingga 67% undi.

Misalnya, pengundi Bandar Labis Tengah yang terdiri 96% Cina, PAS memperolehi 66.8% undi. Untuk kerusi parlimen pula, DAP memperolehi 73.8% undi. Di Bandar Labis Timor yang mempunyai 63.5% pengundi Cina, PAS memperolehi 52.5% undi, sementara DAP pula mendapat 57% undi. Di Labis yang mempunyai 58.3% Cina dan 32.4% India, PAS mendapat 50.6% dan DAP mendapat 60.4%.

Statistik menunjukkan bahawa pengundi Cina telah menyokong pembangkang (PAS dan DAP) pada PRU tahun 2008, memandangkan undi pembangkang mendahului BN di kawasan yang majoritinya Cina.

Tenang yang mempunyai 13 unit peti undi keseluruhannya, adalah kawasan campuran, desa-bandar, dan merupakan kubu tradisional BN. Menurut perangkaan PRU tahun 2008, nisbah populasi pengundi adalah 48 % Melayu, 39 % Cina, 12 % India dan selebihnya lain-lain bangsa.

Pengundi Cina terletak di sekitar pekan Labis manakala pengundi Melayu terletak di tiga buah Felda iaitu Chempera, Chempera Barat dan Tenang. Pengundi Melayu juga terletak di kampung tradisi Melayu di sekeling Labis itu.

"PAS akan memberikan tumpuan kepada tiga buah Felda dan kampung tradisi Melayu dan kita harap DAP dan PKR boleh memberikan tumpuan kepada pengundi Cina dan India di kawasan pekan," kata Mazlan yang juga mengendalikan unit penerangan kempen ini.

Ketiga-tiga Felda yang ada di Dun Tenang ini kelihatan mundur berbanding dengan kawasan Felda yang lain hatta jika dibandingkan dengan kawasan Felda di Johor sendiri. Rumah-rumah yang diberikan oleh Felda kepada peneroka hampir 50 tahun dahulu ketika kawasan ini dibuka masih teguh berdiri.

Ketika kunjungan di buat ke Felda Tenang yang terletak kira-kira 10 km dari pekan Labis, kerja-kerja menurap jalan masuk ke kawasan perumahan Felda ini giat dijalankan. Kalau dalam pilihanraya sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib pernah memberikan jaminan tidak akan ada projek mee segera menjelang pilihan raya kecil berkenaan, penduduk Felda Tenang sudah menikmati projek mee segera ini hampir sebulan sebelum hari pilihan raya.

Mungkin projek ini adalah sumbangan awal BN untuk pengundi kawasan Felda ini. Tidak dapat disahkan apakah Felda Chempera dan Chempera Barat juga mendapat jalan baru sebagaimana rakan-rakan mereka di Tenang.

Jentera PAS mensasarkan kenaikan undi sehingga 10 peratus untuk kawasan Felda jika mereka mahu menang dalam pilihan raya kecil ini.

Bagaimana ia hendak dicapai tidak diketahui. Yang pasti, hampir semua rumah ada tv dan setengahnya Astro tetapi nampaknya jarang rumah-rumah kawasan Felda ini ada internet. Yang ada hanya pusat cyber komuniti yang dibina oleh Felda dan juga cyber cafe yang dibina oleh ahli-ahli perniagaan.

Memandangkan Felda ini sudah lama dibuka (awal tahun 1960an), para penerokanya sudah lanjut usia iaitu lebih dari 70 tahun umur mereka. Jenerasi kedua Felda ini berumur lebih 50 tahun. Ini bermakna, di sini sudah ada jenerasi ketiga atau ke empat.

Sebab itu, apabila harga komoditi iaitu kelapa sawit dan getah naik, tidak semua warga Felda menerimanya. Yang menerima secara langsung adalah peneroka itu sendiri namun untuk jenerasi kedua dan ketiga, mereka tidak semestinya turut menikmati hasil itu.

"Tumpuan kami adalah jenerasi kedua dan ketiga Felda ini," kata Mazlan yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Salah satu strategi PAS dalam pilihan raya ini adalah menyerahkan tugasan menjaga kawasan Felda kepada petugas pilihan raya dari negeri-negeri yang agak maju dari segi politiknya.

PAS Terengganu diamanahkan menjaga Felda Chempela, Pahang (Felda Tenang) dan Perak (Felda Chempelak Barat) manakala PAS Kelantan di serahkan menjaga kampung tradisi Melayu.

Berdasarkan berita angin yang ada, PAS mempunyai lima calon yang berpotensi untuk bertanding dalam pilihan raya ini iaitu Mazlan sendiri, Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Mahfoz Mohamad, Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi dan Ketua Penerangan Pemuda PAS, Suhaizan Kaiyat serta seorang calon wanita.

Di pihak BN pula, Timbalan Ketua Umno Bahagian Labis adalah calon paling popular disamping mendapat sokongan penuh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Calon-calon lain adalah Naib Ketua Umno Bahagian dan Ketua Wanita Umno Bahagian.

Orang Melayu mesti tutup aurat di masjid

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, orang Melayu juga mesti menutup aurat di dalam kawasan surau atau masjid.

Beliau menyatakan demikian ekoran isu yang ditimbulkan media mutakhir ini berhubung senamrobik yang dilakukan masyarakat bukan Melayu di kawasan berkenaan.

“Usahkan di dalam kawasan masjid, di dalam masjid pun tidak apa, termasuklah juga pembelajaran dan persoalan perlantikan ketua negara dan ketua perang serta urusan sakit demam. Semuanya dilaksanakan dalam masjid seperti yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

“Namun dari segi aurat, mestilah dijaga. Usahkan orang Cina, orang Melayu sendiri mesti menutup aurat. Tinggal lagi hendaklah ditegur orang yang tidak menutup aurat dengan sempurna itu,” katanya kepada media pada kuliah mingguan di sini, hari ini.

Mengulas komitmen sesetengah masyarakat Cina terhadap rumah ibadah, beliau berkata walau pun kaum Cina, Orang Asli atau warga Afrika yang hitam, namun apabila mereka itu muslim dan muttaqin, maka adalah layak dilantik menjadi imam sembahyang.

“Ini kerana hina atau tidaknya manusia itu bukan terletak kepada tubuhnya tetapi adalah terletak kepada taqwanya.

“Walau pun dia hamba, tetapi apabila dia diangkat menjadi ketua (termasuk imam sembahyang) maka mesti diikuti.

“Oleh demikian, di Kelantan sendiri, saya sudah membina masjid di Rantau Panjang. Saya meminta orang Cina menjadi imam sembahyang dan saya menjadi makmum pada bulan Ramadhan yang lalu,” katanya.(sumber PAS Perak)

Masa depan negara hanya dengan Pakatan Rakyat

27 Muharram 1432H.
Drs. Khalil Idham Lim

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perutusan Tahun Baru 2011 menyeru seluruh masyarakat Malaysia untuk menunaikan tanggungjawab bagi mencorakkan masa depan yang lebih baik demi generasi akan datang, serta meletakkan negara di kedudukan yang sepatutnya.

Saya melihat ucapan Najib tersebut adalah satu ucapan yang sangat berasas berdasarkan tanggung jawab rakyatlah yang menentukan siapakah kerajaan yang mereka tentukan berdasarkan undi yang ada ditangan bagi setiap warganegara Malaysia yang layak mengundi.

Persoalannya bagi menetukan corak masa depan negara untuk generasi akan datang itu, kepada siapakah harapan diberikan ?

Pastinya tidak ada lagi harapan yang besar dan menggunung kepada Barisan Nasional dan UMNO yang telah mendedahkan negara kepada bahaya besar dan akan berdepan dengan negara muflis bila tanggung jawab yang telah diamanahkan kepada mereka lebih 50 tahun disia-siakan dengan budaya rasuah, salah guna kuasa, dan pelbagai penyelewangan lain.

Kerana itu tsunami politik pada tahun 2008 telah menyaksikan rakyat telah menaruh kepada parti selain BN dengan mengundi calon-calon dari PAS, DAP dan PKR yang selepas itu membentuk satu pakatan yang dipanggil Pakatan Rakyat (PR).

Saya yakin kalaulah pakar geologi sentiasa berjaga-jaga dengan gerak gempa sekiranya akan berlaku tsunami kedua, begitulah thunami politik kedua di Malaysia akan berlaku pada PRU ke 13. Tsunami kecil banyak kali berlaku dalam banyak pilihanraya kecil selepas PRU 2008.

Pengurusan kewangan negara yang sangat pincang mendedahkan negara kepada muflis seperti yang didedahkan oleh Idris jala. Cuma saya rasa alasannya pemberian subsidi berterusan negara akan muflis pada tahun 2019 adalah kurang tepat. Muflisnya negara bukan kerana subsidi kepada rakyat tetapi kerana kepincangan pengurusan negara oleh pemimpin BN.

Selain itu suasana masa depan masyarakat Islam di malaysia terus diselubungi dengan kesuraman sekirannya UMNO terus berkuasa dengan gagasan BN nya.

alasan saya lihatlah apa yang berlaku saban tahun bila tibanya tahun baru. Budaya berseronok yang melampau dan percampuran lelaki dan wanita sehingga membawa kepada kegiatan maksiat yang melampaui nilai agama dan moral semakin tidak terkawal.

Malaysia yang telah meletakan agama rasminya agama islam sebenar telah dipertahankan oleh umno dengan nama jasad semata-mata. Maksud saya sekadar manis dibibir, tetapi dari segi roh tidak diperjuangkan.

Islam yang diamalkan oleh pemimpin umno sekadar listik dan pemanis mulut sahaja. Kerana itu usaha yang dilakukan oleh pemimpin PAS untuk memahamkan umat Islam dalam bentuk pengajian di mesjid dan disurau serta mendirikan institusi pendidikan diganggu dan kalau boleh digagalkan.

Mesjid dan surau yang bertebaran di bumi malaysia ini tidak akan mententeramkan hati pemimpin umno sekiranya disana ada pengajian yang memahamkan masyarakat Islam kepada perjuangan islam.

Kerana dengan pengajian dan kefahaman Islam tentunya mereka mesti memilih PAS dan menolak umno yang hipokrit, perosak kepada agama dan bangsanya sendiri.

Seperkara yang sangat bahaya kepada umno dan BN ialah sifat rasisnya yang sudah sampai ketahap yang menganggu keselamatan negara dan boleh menghancurkan keharmonian hidup berbangsa dinegara malaysia yang majmuk ini.

Perlulah saya tegaskan perjuangan umno yang kononnya mempertahankan ketuanan melayu adalah mempertahankan ketuanan melayu sempit yang mennyebabkan negara dalam keadaan bahaya.

Dengan ketuanan melayu sempit umno itulah mereka berebut kuasa untuk mengaut keuntungan untuk peribadi , kroni dan suku sakat. Melayu bawahan terus dihimpit dengan kesusahan antaranya kenaikan harga barang yang berterusan.

Kerana itu untuk PRU ke 13 saya sangat berharap rakyat terus memberi kepercayaan kepada negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. jangan lupa perak akan kembali dan banyak lagi negeri yang dikuasai BN mereka akan kalah.

Bagi kerusi parlimen kita akan melihat bagaimana impian besar untuk ke Putrajaya akan berhasil dengan gelombang rakyat dan izin Allah jua.

Justeru itu usaha menyakinkan tawaran Pakatan rakyat dengan gagasan Pakatan Rakyat yang semakin menguat dengan Konvensyen ke 2 baru-baru ini mestilah sampai kepada pengundi diseluruh negara.

Tawaran yang tekandung dalam janii 100 hari yang ditakuti oleh pemimpin BN jangan semudanya lenyap dari kamus politik pemimpin Pakatan walaupun banyak isu baru muncul. Kerana itulah antara senjata paling tajam untuk mematikan dakyah BN yang terus menerus menipu rakyat.

Selamat Tahun Baru 2011, tahun Pakatan Rakyat.