Kematian adalah suatu yang pasti yang akan ditempuh oleh seorang insan. Sebab itulah Nabi Muhammad dalam beberapa hadits menjelaskan kepada kita orang yang paling baik ialah yang ingat kepada mati dan sentiasa bersedia dengan bekalan untuk menghadapi nya.
Sesungguhnya yang hidup akan ditutut oleh Malakul Maut untuk menemui Allah SWT. Nyawa kita akan dicabut oleh malaikatNya . Ini lah yang diperkatakan oleh Hatim kepada Gurunya apabila ditanya apakah yang beliau dapat dan faham selama 35 tahun berguru dengannya.
Firman Allah :-
كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.....( Ali-Imran : 185)
Allah merahsiakan bilakan saat kematian untuk seorang insan, hikmat disebaliknya supaya kita sentiasa bersedia untuk menghadapinya. alangkah bahagianya seorang insan jika sekiranya bila dia dipanggil menghadap Allah SWT, dia telahbersedia dengan sebanyak mungkin bekalan. Kerana Mati itu adalah berpindah dari satu alam kepada alam yang baru yakni dari alam duania ke alam barzah dan akhirat. Berpindah memerlu bekalan apalagi kematian yang sangat memerlukan bekalan.
Sekiranya ada manusia yang boleh diselamatkan dari kematian, tentulah para nabi dan rasul akan terselamat darinya dan dihidupkan sepanjang zaman untuk membimbing manusia. Namum ianya tetap di wafatkan oleh Allah SWT. Apa lagi kalau bagi ahli maksiat dan mahluk yang sering melakukan maksiat pastinya semuanya berhadapan dengan kematian.Firman Allah :-
وَمَا مُحَمَّدٌ إِلاَّ رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ انقَلَبْتُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ وَمَن يَنقَلِبْ عَلَىَ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ اللّهَ شَيْئاً وَسَيَجْزِي اللّهُ الشَّاكِرِينَ
Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul . Apakah Jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.
(Ali-Imran :144)
Bekalan utama kematian adalah ketakwaan dan amal soleh . Itulah yang akan diterima oleh Allah SWT. Sebaik-baik bekalan yakni taqwa disebutkan oleh Allah SWT didalam Al-Quran.
Bersiaplah kita untuk menghadapinya, berbekallah sebanyak mungkin untuk kealam abdi...
2 ulasan:
kalau semua manusia membaca dan memahami posting YB ustaz ni,alangkah bagus nya..... kalau semua org sentiasa ingat akan detik kematian maka, tiada yg akan menyokong umno kerana dasar umno tidak berpandukan alquran dan hadis, jadi umno adalah parti yg batil... sapa yg ingin mati dalam kebatilan?
kalau kita mengundi golongan yg zalim,maka kitapun termasuk golongan mereka.golongan yg zalim ini akan dihukun oleh Allah semasa hidup apatah lagi sesudah mati
Catat Ulasan