12 Februari 2009

Ke mana Tajol menghilang ?

Setelah Tajol Rosli hilang jawatan sebagai Pengerusi UMNO Negeri Perak dan diganti dengan Najib, saya tidak lagi mengikuti apa-apa perkembangan dan komen mengenai suasana politik di negeri Perak.

Pada majlis bacaan yasin sempena dengan jubli Perak sultan Perak pada 2 Februari, beliau juga tidak kelihatan sedangkan pada penglihatan saya hampir 10 orang ADUN UMNO yang hadir.

Adakah Tajol tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Najib dan Zambry yang menjadi perampas hak rakyat dengan cara yang tidak beradab dan melanggar perlembagaan dan undang-undang yang ada ? Kerakusan dan sifat gilakan kuasa Najib dan Zambry sangat tidak disenangi oleh pemimpin UMNO sendiri.

Tengah hari tadi saya pun mendapat berita cakap-cakap yang didengar di Pejabat UMNO Perak yang telah sampai mengenai perkara yang sama pernah berlaku di Perak pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza.

Peristiwa pada tahun 1974 itu melibatkan bekas Menteri Besar Perak yang juga ayahanda kepada Tajol Rosli, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi.

Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.

Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.

Saya yakin Dato'Seri Diraja Tajol Rosli arif sangat dengan apa yang berlaku kepada ayahandanya. Mungkin kerana itulah dia mengambil sikap untuk berdiam diri.



7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya, dia dipaksa letak jawatan ketua umno perak bagi memudahkan najis melaksanakan pelan haram tu. Mungkin dia tak setuju dgn cara itu, maka mat bota jadi umpan masuk pkr kejap. Dgn cara itu beliau dapatlah di katakan letak jawatan sebab kepimpinan dan bukan dipaksa. Justeru najis dapatlah take over tanpa syak wasangka walaupun bukan anak jati perak.
Mungkin sekarang DS TRG sedang memerhatikan dari jauh dengan rasa terharu kerana melihatkan ada pemimpin atasan beliau sanggup berbuat apa saja untuk berkuasa.
Apapun, ingatlah yang dunia ini hanyalah sementara. Tiada yang kekal selamanya.
Dari tanah kita datang dan ke tanah jua kita akhirnya.....
Wahai muslimin muslimat, selepas tujuh langkah di tinggalkan, jawablah segala2nya.
Sekiranya benar telahan ini, maka DS TRG, keluarlah dan bersuaralah.
Biarlah kalah di dunia asalkan menang di sana kelak.
Di dunia pasti ramai kan bersamamu tapi di sana kelak, hanyalah engkau dan dirimu sahaja....
Berpesan2lah....Amin

Tanpa Nama berkata...

Tapi bukankah DS TRG hadir pada majlis angkat sumpah Dr Zambry? Siap duduk depan, keluar muka kat TV lagi..huhu...DS TRG ni ada jiwa agama juga sebenarnya, waktu saya sekolah dulu..guru saya dipanggil buat kelas Arab untuk dia dan exco-exco di kediaman rasmi dia.

Tanpa Nama berkata...

DS TRG wajib hadir, dia ADUN BN dan bekas MB. Bekas ahli Dewan Negara Perak. Jadi dia ada keutamaan duduk depan.

fital berkata...

Datuk Tajol pergi bertapa kut

Tanpa Nama berkata...

dgr cite si tajol ni pi jumpe shahidan kasim..main bola kat padang tebu katanya

Tanpa Nama berkata...

Salam
Moga ruang masa ini digunakan untuk bermuhasabah betapa rakusnya mereka melanggar undang-undang mereka sendiri. Kenang semula bagaimana ayahandanya dulu pun diminta letak jawatan oleh Sultan Idris.Tapi enggan ( tak derhaka) sebab kata UMNO masa tu, kuasa sultan tidak boleh memecat MB sendiri.

OrangKB berkata...

Patutlah Tajol Rosli tak nak ulas banyak pasal isu derhaka ni...Kang ludah ke langit kena balik kat muka.