22 Februari 2009

Speaker diancam bunuh, laporan polis dilakukan.

IPOH, 21, Feb.:-Laman Web mykmu.net yang memaparkan tulisan dari editornya di lapor kepada pihak keselamatan oleh ADUN Canning, Wong Kar Woh dan ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim. Laporan Itu telah dibuat di Balai Polis Ipoh Barat pada jam 2.00 petang tadi.

Dalam tulisan editor yang tidak bertanggung jawab itu disebutkan antaranya "Jika zaman dahulu orang seperti Sivakumar ini sudah lama dibunuh oleh Laksamana Melayu. Hari ini orang Melayu sudah menjadi bacul-sebaculnya. Tidak pernah dalam sejarah Melayu pembesar Melayu mengangkat sembah kepada bukan Melayu, hari ini sudah berlaku di DUN Perak dan Selangor."

Khalil dan Wong sebelum membuat laporan polis.

Kehadiran Khalil dan Wong disambut oleh sekitar 30 orang pemberita dan hampir 60 orang penyokong Pakatan Rakyat.

Dalam satu perenggan ditulis begini :"Nyahkan Sivakumar dan mereka yang terbabit membuat keputusan kononnya menghadiri majlis tuanku satu kesalahan keluar dari negari Perak Darul Ridzuan".

Laman web Mykmu.net ini juga menyebarkan fitnah dan berita tidak berasas dalam satu kolum dua minggu lepas telah melaporkan mendapat maklumat melalui rakannya dari Kampung Idaman yang megatakan Adun Selat Klang (Dr Halimah) ditangkap basah di sebuah hotel di Pelabuhan Klang.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ugutan, fitnah & sogokkan... semua perkara tersebut berlaku terhadap Nabi2 terdahulu.
..sbg pendukung kebenaran kita pasti tidak berasa hairan di atas hal2 yang berlaku yang dicipta oleh UMNO/BN hari ini kerana hal yg sama lebih dulu dilakukan oleh pembesar2 musyrikin lebih 1400 tahun dulu.

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 berkata...

kmu.net ni tak abis-abis dengan usaha2 penyebaran fintahnya. memang kaki fitnah puak2 ni. Dulu Dr Halimah, skang ni beralih ke Drs Idham Lim plak.

Sikit-sikit melayu...melayu.. melayu. Apala sangat nilai melayu yang kamu dok agong-agongkan itu di sisi Allah.

APA GUNA MELAYU KUAT,
KALAU ISLAM MEREMPAT?

APA GUNA MELAYU MAJU,
KALAU MINDA MASIH KELAS KETIGA?

APA GUNA MELAYU BANGKIT,
KALAU RASUAH DOK BERJANGKIT?

FIKIR-FIKIRLAH ORANG MELAYU UMNO. ORANG SEKARANG TAK PERJUANGKAN BANGSA DAH, ORG PERJUANGAN AGAMA. APA ADA PADA BANGSA??? CUBA CAKAP..

AHLI UMNO DISARANKAN DAN DIALU-ALUKAN MELAWAT

www.pemudakemehe1.blogspot.com