17 Jun 2009

FILEM “PEREMPUAN BERKALUNG SERBAN” MENYUNTIK FAHAMAN FEMINISME

Sebuah filem yang sedang tersebar di Malaysia hari ini, “Perempuan Berkalung Serban”, yang telah diterbitkan oleh perfileman Indonesia, jelas mempunyai objektif penyesatan yang hebat. Anda boleh dapatkan sendiri filem tersebut, atau melarang anak-anak anda daripada menontonnya. Ini kerana fahaman yang dibawa daripada filem tersebut adalah feminism.

Feminisme adalah pemikiran yang memperjuangkan hak kebebasan wanita. Bahkan di dalam filem tersebut menonjolkan bahawa pusat pengajian pondok ini menyekat kebebasan wanita, mengongkong dan sebagainya. Seolah-olah wanita itu dipenjarakan oleh Islam. Secara jujur saya sebut, filem tersebut bertujuan merosakkan pemikiran manusia, dan memburuk-burukkan Islam.

Adakah Islam mengongkong, memenjarakan wanita? Orang bodoh sahaja yang berkata demikian. Memang benar, Islam mendidik wanita, supaya wanita tidak bebas melakukan kejahatan. Ini kerana Islam memelihara wanita daripada bebas melakukan kejahatan. Dalam erti kata lain, menghalang daripada wanita bebas menjerumus dalam kejahatan.

Filem tersebut menggambarkan bahawa wanita diharamkan menjadi pimpinan, tidak dibenarkan menyambung pelajaran ke pengajian tinggi, meredhai kekejaman suami dan sebagainya. Sebaliknya itu hanyalah rekaan terhadap Islam. Islam bukan seperti yang digambarkan di dalam filem tersebut.

Tentang aurat, Islam menjaga harga diri wanita daripada aurat mereka yang bernilai itu, didedahkan di hadapan khalayak ramai. Kepimpinan pula, Islam membenarkan perempuan menjadi pimpinan, tetapi yang pastinya, pimpinan tertinggi adalah lelaki. Islam tidak menyekat wanita untuk menyambungkan pelajaran, selagi mana pelajaran tersebut tidak bercanggah dengan Islam.

Filem tersebut menggambarkan juga bahawa pusat pengajian pondok mengharamkan perempuan daripada belajar menulis, membaca buku dan sebagainya. Mana mungkin Islam sedemikian rupa. Ramai sahaja penulis Islam dari kalangan perempuan. Membaca buku juga dibenarkan oleh Islam, bahkan digalakkan selagi mana buku tersebut mengandungi ilmu dan tidak tersimpang dari kebenaran.

Islam meletakkan wanita di bawah suami, menunjukkan bahawa suami bertanggungjawab terhadap isterinya. Menzalimi isteri bukanlah ajaran Islam sepertimana yang digambarkan di dalam filem tersebut. Filem tersebut menggambarkan seorang wanita yang dianiaya oleh suaminya yang memiliki sijil sarjana dalam pengajian Islam, sedangkan Islam bukan sedemikian teruknya.

Bahkan isteri dibenarkan untuk meminta cerai daripada suami sekiranya benar suaminya berlaku zalim terhadapnya. Tetapi, isteri diharamkan berlaku curang terhadap suami sekiranya suami tersebut tidak menzaliminya! Hari ini, sekawan isteri menuntut cerai terhadap suami sewenang-wenangnya, sedangkan mereka sendiri yang menzalimi diri mereka.

Menyebut tentang isu poligami. Sebab suami berpoligami tidak boleh dikatakan sebagai kesalahan isteri kurang melayani suami. Juga tidak boleh menyalahkan suami sebagai gila seks. Sebaliknya, di dalam filem tersebut menggambarkan bahawa si perempuan di hina kerana suaminya berpoligami, bahkan si suami berjanji akan berlaku adil. Inilah penghinaan mereka terhadap sunnah Nabi SAW.

Perempuan ingin berdikari juga dibenarkan dalam Islam. Menunggang kuda juga dibenarkan selagi mana tidak terdapat unsur-unsur haram yang bercanngah dengan Islam. Sekiranya perempuan tersebut berdikari untuk merosakkan dirinya sendiri, maka ia diharamkan! Begitu juga perempuan bersukan dengan cara yang diharamkan, juga diharamkan oleh Islam..

Saya tidak pernah menemui pusat pengajian pondok yang menyekat perempuan. Melainkan menjaga nilai kewanitaan dan harga diri mereka daripada terjerumus kepada haram. Sedutan daripada filem tersebut, kiyai yang sedang mengajar menyebut “haram bagi isteri menolak pelawaan suaminya, ketika suaminya berhajat…”

Lalu si heroin pun bertanya “Apakah dosa suami sekiranya si suami tersebut menolak permintaan isterinya untuk bersama?”.. Lalu Kiyai yang berlakon itu mengatakan “Isteri yang begitu adalah isteri yang gatal…” Ini bukanlah jawapan daripada seorang Kiyai. Tetapi ia adalah imaginasi pengarah filem semata-mata untuk memburukkan golongan ilmuan! Bodoh punya pengarah filem!!

Sepatutnya jawapannya begini, suami wajib memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri. Apatah lagi sekiranya isterinya berkeinginan! Bodoh punya pengarah filem!!. Manakala si isteri pula wajib melayan keinginan suami. Kesimpulannya kedua-duanya berhak mendapatkan keinginan masing-masing. Bodoh punya pengarah filem!! Semoga engkau diazab di dunia lagi supaya menunjukkan bahawa engkau cuba memburukkan Islam!

Bahkan saya mendoakan supaya pengarah filem ini, dan sesiapa sahaja yang terbabit dalam perancangan filem ini, supaya ditunjukkan azab mereka di dunia lagi. Apabila engkau diazab, semoga engkau kembali ke jalan yang sebenar, dan berhenti daripada terus mengembangkan ajaran sesat itu! Semoga doa ini dimakbulkan.. tetapi Allah sahaja yang berhak menentukan balasan yang “terbaik” untuk kamu semua!

Wahai kaum perempuan, kebebasan yang dibawa oleh orang kafir laknatullah bertujuan merosakkan kamu. Bahkan merosakkan keperibadian seorang perempuan, maruah, dan harga diri kamu. Seorang anak juga akan rasa terkongkong bersama ibubapa mereka, sedangkan ibubapa mereka menyayangi mereka, dan tidak mahu anak mereka rosak dan tiada harga diri.

Orang kafir berusaha mencetuskan keinginan kepada anak-anak untuk lari daripada keluarga mereka. Kononnya mereka mendakwa bahawa ibubapa mereka mengongkong. Maka, pemikiran ini sepatutnya dihapuskan!

Salam Perjuangan
Dr Fikrah (http://drfikrah.blogspot.com)

11 ulasan:

KayKhairul berkata...

benar seperti yang dikatakan , saya sudah menonton filem ini bulan lepas, cuma saya melihat sekadarnya, namun, banyak isu-isu kewanitaan golongan yang menutup aurat cuba dikupas dengan pemahaman secara logik akal.

bahayanya bapak pembikin filem keagamaan di Indonesia berfikiran liberal.


ikhlas
orbitMalaya.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

sekarang ni banyak cerita2 indonesia yang dibawa masuk dari indonesia dan kebanyakan ceritanya menggalakkan sosial dan menonjolkan imej2 negatif yang menyumbang kepada keruntuhan moral. apakah kerajaan tiada tapisan dalam hal ini, syarikat tv berlumba2 menayangkan cereka2 dari indonesia kononnya bagi memenuhi permintaan peminat mereka disini..., dan ini.., satu lagu contoh filem dari indonesia yang merosakkan.... bagi producer filem dan mereka yg terlibat.., biarlah filem apapun.., tanpa memikirkan sensitiviti org ramai.., asal dapat untung..., sudah.., jawablah kalian diakhirar...,

kangkalikong berkata...

jgn lupa 'fatwa' dari SIS,haramkan jugak.ni namanya dunia makin tua,tanda kiamat sudah ada,ajaran sesat dgn fatwa yang bercangah dng hukum Quran dan sunah sudah bersepah2.

penulis berkata...

Salam,
Saya merasakan tindakan mem'bodoh'kan pengarah filem berdasarkan karyanya ini tidak bertanggungjawab. Saya melihatkan gerakan Indonesia mengeluarkan filem berbaur keIslaman ini adalah sesuatu yang memang liberal tetapi in a Good way. Asal Liberal itu bukanlah haram cuma haram bila menentang syari'ah. Adakah sememangnya itu feminism sahaja yang penuh dalam filem tersebut? Tiadakah unsur keislaman yang dibawa oleh filem tersebut? Kalau ya pun, satu usaha yang lebih baik adalah memberi lebih banyak galakan untuk filem2 berbentu keislaman untuk diterbitkan. Ini tidak, hanya mengutuk golongan yang memberi Idea kontroversi semata-mata.
Saya tidaklah pro-feminis, tetapi membuat judgment terhadap pengarah sedemikian rupa sangatlah tidak necessary bagi saya.
Saya teringat satu ceramah yang saya dengar. Jika kita lihat seseorang berbuat salah, kita tidak marah (e.g: mengutuknya sebagai 'bodoh') tetapi kita kasihaninya dan berusaha membawanya kepada kebenaran.
Salaam

musalmah berkata...

Salam,
Saya cadangkan tonton film ini bersama anak anak, kemudian bincang bersama sama. Kalau tak dapat menjelaskan pada anak anak, panggil ustaz atau ustazah.
Kenapa kita berfikiran sempit dan jadi sangat penakut. Kita tahu apa yang di tuntut olih Islam, tetapi bila ada sahaja sesuatu unsur yang bertentangan, kita cepat cepat larang anak kita dari mengetahuinya. Bukankah anak kita akan jadi lebih kuat akidahnya jika kita ajar dia untuk memilih kebenaran.

Darkcat berkata...

Askum, inilah salah faham kafir terhadap islam sebenarnya. dan apabila ada pihak yang berniat menghancurkan islam, mereka menyebarkan fitnah-fitnah terhadap islam melalui filem.

malangnya, kafir akan merasa lagi geram dengan islam. dan adakah kerajaan malaysia memberi usaha jugak dalam menyampaikan mesej yang betul dan tulen dari islam kepada non muslim?

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum...

Ya, memang filem itu ada unsur feminisme. Tetapi, saya melihat filem tersebut ada bagusnya juga. Bagaimana?

http://muzir.wordpress.com/2009/06/11/perempuan-berkalong-sorban-komen-saya/

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dengan musalmah, mari kita jadi orang yang rational dan berani. Kita tidak dapat melindungi anak anak kita selama lamanya. Ajar mereka menghadapi fitnah terhadap Islam.

Tanpa Nama berkata...

Filem ini ada sedikit kewajarannya jika cerdik ditonton. Cuba baca alasan saya di tintataghyir.wordpress.com

Azam berkata...

"Semoga engkau diazab di dunia lagi supaya menunjukkan bahawa engkau cuba memburukkan Islam!"

kata2 ini tidak diajar oleh Nabi kita sahabatku, kita hanya doakan semoga Allah memberi Hidayah..

Dari sudut yg lain. jika kita pandai menonton, ianya membawa pengajaran, ia menunjukkan bahawa ada sesetengah golongan wanita yg dididik di pasantren salafi di Indonesia diperbuat begitu. Untuk memberitahu kita, supaya kita mengubah mereka..untuk menunjukkan ada golongan yg silap..bukan mensabitkan bahwa Islam mmg begitu..berfikir sambil menonton

Tanpa Nama berkata...

terima kasih di atas perkongsian maklumat.. Dptlah membantu asainmen TITAS saya.. Syukran ..:)