03 Julai 2009

DAP keluar: PAS terkejut, Pakatan bincang tengah hari ini

PETALING JAYA: PAS Pusat terkejut dengan keputusan DAP Kedah yang mengambil keputusan untuk keluar Pakatan Rakyat negeri atas alasan tidak memperoleh penyelesaian memuaskan siri masalah yang wujud sejak Mac 2008.

"Kami agak terkejut dengan tindakan sedemikian rupa (keputusan DAP Kedah keluar Pakatan) kerana (mereka) patut tunggu pendirian kepimpinan pusat mereka," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi mStar Online lewat malam tadi.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah sambil mengakui kewujudan masalah-masalah khususnya yang berkaitan dengan pusat penyembelihan babi di Alor Setar berkata, beliau yakin bahawa kepimpinan pusat mempunyai pendirian terbuka dalam menyelesaikan isu berkenaan.


Sehubungan itu kata beliau, kepimpinan Pakatan Rakyat akan membincangkan perkembangan tersebut pada mesyuarat khas di bangunan Parlimen tengah hari ini.

"Saya yakin kami akan mencari penyelesaian terbaik hari ini apabila pemimpin Pakatan Rakyat bertemu," katanya.

"...akan ada satu penyelesaian sebagaimana kita selesaikan isu kerajaan perpaduan (minggu lepas)," katanya.

Perkembangan ini wujud 10 hari selepas Pakatan Rakyat menolak idea kerajaan perpaduan yang dilontarkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan seharis selepas Himpunan Perpaduan 100,000 Pakatan Rakyat di sini.

Agenda keputusan DAP Kedah keluar Pakatan Rakyat akan menjadi agenda utama walaupun mesyuarat hari ini sebenarnya merupakan pertemuan biasa, kata beliau.

Sehubungan itu beliau juga menafikan bahawa Pakatan Rakyat Kedah sudah mula "rapuh" dengan keputusan DAP negeri semalam.

Semalam DAP Kedah memutuskan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat ekoran tindakankerajaan negeri itu yang didakwa tidak menyelesaikan siri isu sejak selepas pilihan rayau mum 2008.

Keputusan untuk keluar Pakatan Rakyat Kedah diputuskan oleh DAP petang semalam, demikian menurut Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Thomas Su.

"Ini keputusan mutkamad kami (DAP Kedah)," kata beliau.-mStar Online-

18 ulasan:

PAS berkata...

DAP dah buat kata-putus.
Apa yang perlu dibincangkan lagi?

Itulah yang dikatakan DAP bijak berpolitik. Sekarang buktikan siapa ikut kata siapa?

PAS P Pinang bila pula nak ugut DAP?

mekjah berkata...

salam YB...semua ini dugaan dari ALLAH swt..

Tanpa Nama berkata...

Kerana BABI mereka sanggup tamatkan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan Rakyat????

Apakah kerana Bangsa, Apakah kerana Islam kita orang boleh berdiam diri apabila kadang-kadang timbulnya isu yang dicabar oleh pihak DAP. Antaranya isu usul SIS oleh PAS Kawasan Shah Alam. Sesaolah YB Khalid Samad merasakan 'berdosa' membiarkan usul ini diterima oleh Muktamar.

Tanpa Nama berkata...

dunia politik ni mcm2 blh jadi, dap pun satu hal, tak pk masak2 sblum wat keputusan, dia ingat yang tinggal kat malaysia ni kaum dia je ke,..bincangla dulu ngan komponen PR..pantang takpuas hati skit, mudah nak melenting,,orang lain pun boleh jugak wat gituu.

Tanpa Nama berkata...

Tidak perlu resah. Biarkan dia nak cabut. Tidak berlaku sesuatu melainkan dgn izin Allah Taala.

david ahmad muniandy berkata...

ish...ish...ish...DAP...DAP...sepanjang hidup kalau tak makan daging babi boleh matikah...babi bukannya boleh bunuh tuannya hanya tuan sahaja boleh bunuh babi...kalau boleh lepaskan mereka beri babi-babi itu kebebasan untuk berkeliaran dalam hutan....

Tanpa Nama berkata...

http://armormech.blogspot.com/2009/07/pkr-harus-setia-dengan-pas-di-kedah.html

Tanpa Nama berkata...

Terbaru di sini
WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM: Anwar nafi DAP Kedah keluar pakatan pembangkang

Baba siam berkata...

jgn ikut saje jejak BN...
Pakatan Rakyat harus lebih sensitif dan cepat mengambil tindakan 7 langkah penyelesaian sewajar terhadap isu2 rakyat berbilang kaum di mana2 negeri yg diperintahnya....

Tanpa Nama berkata...

written by annoyed, July 02, 2009
I see all these “huh-hahs” as preludes to Manek Urai by-election. Umno has a hand in all these huh-hahs with the hope of creating cracks within Pakatan Rakyat.

It is time for Pakatan Rakyat to clean up these unprincipled politicians that cannot resist dangling carrots.

Please vote + if you agree to my analysis.

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/31165-pakatan-cancels-meeting-plays-down-latest-rift

LAWAN MANA YANG TAK BETUL berkata...

BARU JE HABIS MASALAH KERAJAAN PERPADUAN DAH DATANG MASALAH LAIN. INI SEMUA PELUANG BN NAK KEMBALI BERKUASA. APASAL DAP DAN PAS DAN PKR TAK AMBIK IKTIBAR...INGAT...TAKTIK YAHUDI NAK MENGKAYAKAN MEREKA DENGAN MEMECAHBELAHKAN ORG LAIN. ADE JE ORG DAP,PAS PKR YG BERMASALAH MEREKA AKAN KOREK/TAWARKAN GANJARAN/UGUT DSBNYA. INGAT..SEMUA DATA KITA DALAM SISTEM BERKOMPUTER LA NI..CLICK A BUTTON YOU WILL KNOW MANY THING WPUN BUKAN EVERYTHING. DAN DATA BASE NI...SELALUNYA BN SENANG NAK SELONGKAR.

Dewan Ulama PAS Kedah berkata...

Anwar nafi DAP Kedah keluar pakatan pembangkang

KUALA LUMPUR- Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan DAP Kedah telah keluar daripada pakatan pembangkang semalam kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas Kedah.

Sebaliknya, beliau menyalahkan media yang didakwanya sengaja menggembar-gemburkan dan memperbesarkan isu itu.

"Ini media, surat khabar saudara yang bangkitkan. Kalau dalam Barisan Nasional, banyak perbezaan dalam banyak perkara tetapi tak pula diperbesarkan.
Pakatan Rakyat ini pakatan miskin (yang) tak ada media yang besar. Itu bezanya," kata kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Anwar bagaimanapun berkata beliau yakin isu itu dapat diselesaikan dalam suasana yang baik antara anggota pakatan pembangkang. Ketika ditanya sama ada beliau mengetahui keputusan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk merobohkan pusat penyembelihan babi haram di Kampung Berjaya di itu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu berkata beliau telah dimaklumkan dan tahu bahawa pusat penyembelihan berkenaan akan dipindahkan ke kawasan lain.

Semalam, DAP Kedah mengumumkan untuk keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di Kedah ekoran tindakan meroboh satu pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di Alor Setar.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis Thomas Su berkata beliau bagaimanapun menyerahkan keputusan sama ada DAP Kedah kekal dalam pakatan pembangkang kepada pemimpin pusat parti itu.

Pengarah pilihan raya PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pula berkata isu DAP Kedah itu bukanlah sesuatu yang besar.

"Kita pernah berdepan dengan kenyataan Karpal Singh (Pengerusi DAP) yang meminta Anwar meletak jawatan, itu jauh lebih besar. Jadi itu semua proses yang
akan mematangkan diri kita," katanya.

Penasihat DAP Lim Kit Siang pula berkata beliau menunggu laporan penuh daripada DAP Kedah tetapi menyifatkan perkara itu sebagai tidak serius.

Karpal Singh ketika ditemui pula berkata isu berkenaan boleh diselesaikan.

"Saya tidak fikir masalah itu serius sehingga mampu memecah-belahkan pakatan pembangkang," katanya.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayob, yang mempengerusikan satu mesyuarat sekretariat pakatan pembangkang hari ini, berkata isu itu akan dibincangkan oleh
Majlis Presiden pakatan pembangkang Sabtu ini.

-- BERNAMA

Naruto Sensei berkata...

Salam YB

Sibuk kita di Kedah tapi jangan kita lupa..

Apa khabar Babi di Melaka yang di perintah BN ye..

Senyap je cerita lawat sini...

http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/07/apa-khabar-babi-di-melaka.html

Naruto alu2 kan..

Abdullah Ngah berkata...

Masih ramai orang PAS tidak kenalpasti DAP yang sebenarnya.

Oleh itu tidak hairanlah PAS sudah disengat beberapa kali dalam satu lubang.

Islam syumul ajar kita supaya jangan sampai kena sengat dua kali dalam satu lubang.

oleh itu, wajar Profesor Aziz Bahari berkata politik hari isunya bukan lagi isu agama dan bukan lagi isu bangsa.

UMNO tidak langi memperjuangkan bangsa Melayu PAS juga tidak lagi memperjuangkan Islam, termasuk mahu terima ahli bukan Islam yang jelas dilarang, kecuali zimmah (zimmie).

melayu islam berkata...

Cina Islam

Adakah isu pemakan babi lebih penting dari sensitiviti komuniti Islam? Ini baru babi belum lagi isu Negara Islam yang merupakan tunggak perjuangan PAS.

Spin?????

Tanpa Nama berkata...

DAP kedah & Perlis amat tidak di alukan dalam PR dan saya yakin golongan bukan Islam juga amat malu dengan mereka kerana mempertahankan 1 Kandang babi Haram dan "kurang: ambil peduli masalah penduduk di P.Pinang.
langsung Xda kreteria seorang pemimpin utk semua.tgk TV1 mlm tadi. aper siam(kg CINA) tu ckp? kami mmg makan babi tapi kami Xnak kandang babi HARAM tu kt sini. Ko org kafir nie langsung Xda maruah lar...makan nak...ternak la kt kg ko org.... Lim Guan Eng pun sama...Coz masalah P.pinang pun X settle...sebuk bagi komen rumahtangga Kedah. penjelasan pun dengar sebelah pihak baru...terus bagi komen.mcm nie ker nak jadi pemimpin/hakim kpd rakyat. PI...RAH.....

pisangemas81

Dewan Ulama PAS Kedah berkata...

DAP Kedah tak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.Ustaz Azizan dah bagi masa yang mencukupi kepada peniaga babi berkenaan untuk berpindah ke tempat lain yang lebih sesuai.

yes berkata...

Kemungkinan kurang komunikasi sesama ADUN. Kita tahu politik di Malaysia wakil rakyatnya memperjuangkan hak rakyat dan hak sesuatu bangsa. Bagaimanakah kita bolih berinterigasi sedangkan ADUN sendiri tidak berbincang sepenuhnya dan yang berkuasa terus menjalan kan
sesuatu keputusan tanpa mempedulikan rakan kongsi dalam PR.
Walau pun tindakan itu betul tetapi bila sesuatu isu itu kurang di fahami, tentulah jadi masaalah. Sebabnya kita hanya nampak gambaran dari mana kita berdiri, pada hal sesuatu perkara itu menunjukan berbagai gambaran menurut di mana kita berada