03 Julai 2009

'Sivakumar masih Speaker yang sah' - bekas Hakim Mahkamah Rayuan

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh) - Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, NH Chan memberitahu bahawa V. Sivakumar akan terus menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang sah disisi undang-undang merujuk kepada tiga syarat yang jelas terkandung dalam Artikel 36A(2) Perlembagaan Perak.
Iklan

Katanya kekosongan kerusi Speaker hanya akan berlaku dalam tiga keadaan iaitu sekiranya Sivakumar meletak jawatan, beliau didapati tidak lagi layak memegang jawatan itu atau DUN membuat keputusan menggantikan beliau.

Chan berkata tafsiran Artikel 36A klausa 2(c),(d), 5 dan 6 dalam perlembagaan negeri itu jelas membuktikan bahawa kedudukan Sivakumar tidak boleh dirampas oleh mana-mana pihak.

"Kita membaca laporan media bagaimana Sivakumar dikasari oleh anggota polis untuk mengeluarkan beliau dari Dewan.


"Sivakumar boleh menyaman perampas kerusi Speaker, Ganesan yang mengaku bahawa beliaulah yang memanggil polis ke dalam DUN termasuk sesiapa sahaja yang bersubahat mengeluarkan beliau dari Dewan secara paksa,� kata bekas hakim itu yang dipetik daripada laman web Speaker Perak, Sivakumar.

Beliau juga menjelaskan menurut Artikel 36A(1) DUN tidak boleh membuat sebarang keputusan dalam ketiadaan Speaker selain bersidang untuk melantik Speaker yang baru.

"Oleh kerana Sivakumar tidak meletak jawatan, kedudukannya terbatal atau jawatannya dikosongkan atas keputusan Dewan maka beliau masih Speaker yang sah.

"Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan yang membuat kesilapan penghakiman boleh kata apa sahaja tetapi rakyat sudah tahu dan faham bahawa mereka telah menghina diri mereka sendiri dengan membuat keputusan yang tidak berasaskan undang-undang," tegas Chan lagi.- azm-HarakahDaily.Net-

2 ulasan:

david ahmad muniandy berkata...

orang baik akan balas baik,
orang jahat akan balas kejahatannya.

Tanpa Nama berkata...

hakim semua tak cerdik