KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nashrudin Hassan Tantawi menyelar tindakan Pemuda Umno Kelantan yang mencabar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berdebat isu 'Umno sesat'.
Iklan
Nashrudin menegaskan hanya Perdana Menteri layak untuk berdebat dengan Menteri Besar Kelantan itu.
Pemuda Umno Kelantan, tegas beliau, tidak layak untuk berdebat dengan Menteri Besar Kelantan itu.
"Pemuda Umno Kelantan tidak perlu cabar Tuan Guru Nik Aziz untuk berdebat isu 'Umno sesat'.
"Bukan 'level' mereka nak berdebat dengan Nik Aziz sebaliknya hanya Perdana Menteri saja layak nak berdebat dengan Mursyidul Am," tegas beliau.
Justeru, beliau menegaskan jika benar Pemuda Umno mahu berdebat mereka boleh mencabar Dewan Pemuda PAS pada bila-bila masa dan di mana tempat sekalipun. - mks.-HarakahDaily.Net-
3 ulasan:
X SETUJU!!!!
assalamualaikum..
wahai para pemuda umno, anda boleh pilih antara us. nik abduh nik ab.aziz atau us. abd. latif ketua pemuda pas kelantan utk rakan saringan anda utk berdebat..
takkan nak terus melompat terus jumpa mursyidul aam,biar anda disaring oleh anakanda tuan mursyidul dulu..
hj.mohd afandy dah tak sabar nak jd tok wakil ke?? sepatutnya ustaz afandy cuba nasib di PRK manek urai dulu
AMBOI, HEBATNYA KETUA PEMUDA PAS NI. SELEPAS INI NANTI AKAN MASHOR LAH NAMA NYA.
Catat Ulasan