KUALA LUMPUR, 1 Julai (Hrkh) - Berikut adalah kenyataan media Dewan Pemuda PAS menafikan laporan kerjasama dengan Umno berkaitan jemputan Wacana Ilmiah Terbuka terhadap pergerakan Pemuda Umno Malaysia:
Iklan
Kenyataan Media (1 Julai 2009)
1. Dewan Pemuda PAS Pusat secara rasmi menafikan salah lapor beberapa media mengenai kerjasama antara Pemuda PAS Pusat dan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia sewaktu menyerahkan surat rasmi jemputan terhadap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk mengadakan "WACANA ILMIAH TERBUKA: BENARKAH PERJUANGAN UMNO TIDAK BERTENTANGAN DENGAN ISLAM" melalui penubuhan sebuah SEKRETARIAT BERSAMA untuk bekerjasama dengan Pergerakan Pemuda Umno.
2. Sekretariat yang dicadangkan oleh YB Dato' Razali Bin Ibrahim, Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan telah dijelaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat semasa sidang akhbar ialah hanya sebuah jawatankuasa teknikal bersama untuk membincangkan tarikh, tempat, masa, keanggotaan dan format wacana tersebut sahaja.
3. Wacana Ilimiah ini adalah sambungan daripada cabaran debat yang telah dikemukakan oleh Mursyidul Am PAS , YAB Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Perdana Menteri Malaysia terhadap kesesatan perjuangan UMNO. Jemputan wacana ini juga adalah rentetan daripada cabaran debat oleh Pergerakan Pemuda Umno Kelantan terhadap YAB Dato� Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat atas isu yang sama. Maka cadangan wacana ini dikemukakan untuk mencari kebenaran atas isu tersebut secara ilmiah.
4. Dewan Pemuda PAS Pusat sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang telah melaporkan secara salah terhadap isu ini.
Sekian.
KAMARUZAMAN BIN MOHAMAD
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat -HarakahDaily.Net-
7 ulasan:
Tak usah napilah, DPP sendiri buat pasal, PAS tolak unity dgn UMNO, DPP buat wacana dgn Pemuda UMNO. Dah makan sepinggan tu!
suhaimi said....
puak umno ni takut debat, tapi wacana mungkin dia nak. bagi teman debat dengan wacana ni sama jer.wacana ni setiap wakil akan pertahan pendirian masing2, debatpun macam tu jugak. tapi puak umno ni, kalau ajak debat, bukan berani sangat, tambahan pula pemimpin utama mereka.takut.
dewan pemuda pas sepatutnya memikirkan akibat drpd tindakannya.ini sudah memalukan islam dgn tidak mempedulikan pengorbanan dan hati rakyat dan parti pakatan yg lain.apa tujuannya pilihanraya yg lepas adalah utk menghancurkan umno tp tindakan bodoh apa ni!
TIMING TAK KENA.KENAPA DI CARI.PADA SAYA INI SATU KESILAPAN BESAR YANG SULUNG OLEH DPPP
Kerja karut oleh Ketua Pemuda Pas Pusat. Pasai apa dok cari Umno? Pasai apa tak tunjuk komitmen pada PR? Buatlah wacana apapun dengan Pemuda dalam PR.
Jangan macam tu Suhaimi Said.PAS bukan semata-mata parti politik.Tetapi ia sebagai jamaah Islam dan badan dakwah.Kalau dengan DAP yang kafir kita boleh duduk semeja dan berpeluk kenapa dengan UMNO yang mengucap 2 kalimah syahadah dan solat mengadap kiblat kita tak boleh dakwah.UMNO ni kita boleh anggapkan singa yang lupa bahawa diri dia singa.Maka kitalah yang nak perbetulkan orang2 UMNO supaya menerima Islam yang syumul dan menjadi "singa" yang sejati.
salam,
Pelik betul la Ketua Pemuda Pusat ni,belum duduk dah nak belunjur...sabo yeop,tak kena waktunya..janganlah nak tunjuk hebat sebab mantan2 ketua yang dulu tak dapat berwacana dengan Pemuda UMNO,so enta nak tunjuk hebat le ye,mcm sepatah kata Timbalan mike dalam muktamar dulu.."kami akan buktikan yang golong ulama(pemuda)bolih menjadi ketua yang hebat"..tolonglah...bukan ini caranya,baru je selesai isu UG macam nak rak separuh Malaya,ni Pemudalah nak buat hal...fikirlah apa kesannnya pada PRK Manik Urai nanti..his..Lu Fikirlah Sendiri...
Catat Ulasan