Kenyataan Media 2 July 2009
Berikutan tersebarnya sms dan panggilan talifon dari banyak pihak mengenai khabar angin kononya ada ADUN BN yang akan menyeberang kepada Pakatan dan dikaitkan dengan pembubaran DUN Perak dengan ini saya tertarik untuk memberi beberapa kenyataan :-
1. Kenyataan itu adalah tidak berasas dan disebarkan oleh pihak yang tidak dapat dipastikan setakat ini.
2. Pembubaran DUN adalah langkah yang paling tepat dan wajar dalam menyelesaikan krisis di Perak. Mengembalikan kuasa kepada rakyat Perak untuk memilih kembali siapakah kerajaan yang mereka pilih adalah desakan Pakatan Rakyat yang berterusan "Bubarkan DUN Perak".
3. Saya memohon semua penyokong PAS dan pakatan rakyat supaya jangan mudah mempercayai dan menyebarkan segala maklumat atau sms yang belum disahkan maklumat pengirim dan kesahan maklumat itu kepada orang lain.
Kenyataan Media
2 July 2007
YB. Drs. Khalil Idham Lim
Pengerusi BBC Pakatan Rakyat Perak/
Ketua Penerangan PAS Perak.
WASSALAM, SEKIAN TERIMA KASIH.
2 ulasan:
Saya mencadangkan semua ADUN UMNO/BN kecuali Zamri untuk meyeberang masuk ke dalam PR terutama PAS... sebab kalau nak terus jadi YB ada lebih baik masuk PAS atau PKR sekarang...kalau tidak bila DUN bubar..takut takut anda semua berputih mata..
Langkah meyeberang kedalam PR sekarang satu satunya jalan paling bijak..kalau semua masuk PAS lagi bagus...
Tuan, kenapa jawatan dalam parti dikemudiankan? X seronokke dapat jawatan tu? Saya rasa tuan patut dahulukan jawatan dalam parti.
Catat Ulasan