Oleh : Orang Kampung
Kesan Sampingan Ubat ‘Ajaib’ Untuk Merawat Penyakit Asthma
Soalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin meminta jasa baik dari pihak tuan mengenai masalah yang sedang saya hadapi…. Saya menghidap asthma sejak saya berusia 18 tahun. Sekarang saya berusia 24 tahun. Sebelum ini berat badan saya hanya 45 kg dengan ketinggian 154 cm namun, sejak saya makan sejenis ubat yang boleh meredakan asthma (yang saya peroleh dari farmasi di sebuah hospital) berat badan saya naik mendadak.
Kata doktor, itu adalah kesan sampingan dari ubat yang saya ambil. Dalam masa yang sama sejak saya mengalami masalah kegemukan seluruh badan saya dipenuhi selulit. Urat-urat yang timbul berwarna merah gelap. Kata salah seorang pakar perubatan Cina selulit itu terjadi kerana masalah perjalanan darah saya yang tidak lancar dan mungkin juga ianya berpunca dari berat badan yang meningkat secara mendadak. Saya ingin meminta pandangan dari pihak tuan doktor agar masalah yang sedang saya alami dapat diatasi dengan segera. Terima kasih atas keprihatinan doktor.
Dari:
Shafiza Abd. Rahim
Pandan Indah, Kuala Lumpur.
Jawapan
Walaikumussalam dan terima kasih di atas soalan yang saya kira begitu berfaedah untuk dikongsi bersama pembaca sekalian terutamanya yang mempunyai masalah asthma ataupun lelah. Sebenarnya dari tanda-tanda yang saudari gambarkan itu iaitu kegemukan dan selulit berwarna merah gelap di seluruh badan adalah berkait rapat dengan kesan sampingan ubat yang saudari amalkan untuk meredakan masalah asthma yakni sejenis steroid yang dinamakan Prednisolone. Ia merupakan sejenis ubat yang sering diberikan kepada pesakit lelah yang turut dikenali sebagai ‘ubat paru-paru’ atau ‘ubat cegah lelah’. Ia selamat digunakan pada jangkamasa pendek (kurang dari 5 hari) namun, apabila diambil secara kronik atau berterusan, ianya akan menimbulkan beberapa kesan sampingan yang memudaratkan kesihatan. Apakah itu sebenarnya Prednisolone?
Prednisolone adalah sejenis ubat ‘magik’ yang berupaya untuk melegakan pelbagai masalah badan ataupun penyakit seperti alahan, resdung, ekzema, lelah, sakit sendi, gout, bengkak-bengkak, SLE, rhematoid athritis, radang usus seperti Crohn dan banyak lagi penyakit lain dengan begitu cepat dan berkesan. Ia merupakan sejenis ‘corticosteroid’ yang menyerupai ‘cortisol’ iaitu sejenis steroid yg dihasilkan secara semulajadi oleh kelenjar adrenal manusia. Ia bertindak sebagai sejenis agen anti radang yang paling kuat dan selalunya boleh melegakan penyakit dengan segera. Walaupun ia begitu berkesan akan tetapi ia juga mempunyai kesan sampingan yang sangat serius seandainya diamalkan secara berterusan terutamanya jika diambil tanpa kawalan doktor. Antara kesan sampingan yang di ketahui akibat pengambilan ubat ajaib ini ialah:
1.
Masalah penglihatan/ mata merah/pandangan semakin kabur (steroid boleh meningkatkan tekanan cecair dalam mata menyebabkan glaukoma yang boleh menyebabkan buta akhirnya)
2.
Bengkak badan, peningkatan berat badan secara mendadak, sesak nafas (steroid menyebabkan penyimpanan air di dalam tubuh sehingga boleh menyebabkan keadaan pulmonary edema iaitu paru-paru berair)
3.
Kemurungan yang serius, perangai dan fikiran yang pelik, sawan (steroid boleh menganggu paksi hormon di bahagian otak)
4.
Najis yang hitam atau berdarah (steroid boleh menyebabkan luka pada perut ataupun ulser perut dan usus)
5.
Batuk berdarah (steroid boleh merendahkan sistem imun dan menyebabkan lebih mudah mendapat jangkitan TB / tuberculosis atau penyakit batuk kering)
6.
Sakit perut yang teruk (steroid boleh menyebabkan radang pankreas ataupun pancreatitis)
7.
Rasa bingung, berdebar, haus, kerap kencing (steroid menyebabkan kekurangan mineral Kalium atau Potassium)
8.
Sakit kepala dan tengkuk, bunyi pada telinga, kelabu mata (steroid meningkatkan tekanan darah secara ketara)
9.
Tulang mudah patah (steroid menyebabkan keadaan osteoporosis ataupun reput tulang)
10.
Masalah susah untuk tidur dan mudah baran
11.
Masalah kulit seperti jerawat, kulit kering, kulit menjadi nipis, mudah lebam dan berbalur termasuklah garisan seperti selulit di seluruh badan.
12.
Luka yang lambat sembuh
13.
Mudah berpeluh
14.
Sakit kepala, pening dan rasa berpusing
15.
Loya, kembung, sakit perut dan terlalu berselera
16.
Lemak berkumpul di bahagian lengan, muka (moon face) dan peha.
17.
dan banyak lagi.
Oleh itu, bagi kes saudari, saya syorkan untuk memberhentikan penggunaan ubat Prednisolone tersebut secara berperingkat (dapatkan nasihat doktor kerana memberhentikannya serta merta akan menyebabkan kesan yang juga serius) dan mendapat rawatan dan follow up secara teratur dari doktor pakar yang selalunya akan mengesyorkan perubatan moden menggunakan ubatan pil seperti tablet Ventolin, Bricanyll, Neulin dan lain-lain. Juga akan disyorkan penggunaan inhaler dengan cara yang betul. Antaranya ialah pam biru (selalunya Salbutamol inhaler) yang boleh digunakan apabila perlu dan akan memberi kesan serta merta di waktu menggunakannya. Ataupun pam berwarna perang (pam steroid seperti Pulmicort dan Becotide inhaler) yg mana perlu digunakan secara berterusan dan teratur setiap hari dan kesannya hanya akan dilihat selepas sebulan digunakan iaitu ia mampu mencegah dari mendapat serangan asthma. Pam perang ini tidak akan memberi kesan serta merta. Walaupun ianya mengandungi steroid namun lebih selamat digunakan memandangkan kesannya hanya setempat iaitu di paru-paru dan tidak menyebab kesan sampingan seluruh badan seperti yang dinyatakan di atas. Berapa kali dan banyak mana yang saudari perlu gunakan akan diketahui apabila membuat follow up di mana doktor akan cuba mengesyor dos yang tepat supaya serangan asthma dapat dicegah.
Asthma merupakan tindak balas hypersensitiviti badan yang mengakibatkan proses bronkokonstriksi (saluran pernafasan / paru-paru menyempit) dan proses inflammasi atau radang. Saudari dinasihatkan agar mengelakkan faktor-faktor yang boleh menyebabkan serangan lelah seperti emosi yang terganggu, senaman yang berlebihan, terdedah kepada habuk, asap dan bauan yang tengit, makanan atau minuman seperti makanan laut, beberapa jenis buahan seperti tembikai dan sayuran sejuk termasuklah air tebu. Faktor jangkitan seperti demam selsema juga boleh menyebabkan serangan lelah.
Dari sudut alternatif, saudari disyorkan mengamalkan pemakanan kesihatan bagi membantu masalah saudari. Saya syorkan penggunaan produk GESB iaitu Pati Gamat Plus 1 sudu besar 2x sehari digabungkan dengan pengambilan Bioseed 1 paket 2x sehari sebelum makan dan C3 Spirulina 1 sudu besar dibancuh dengan air 3x sehari. Krim Urut eMas diurut pada bahagian dada dan leher. Amalkan G-Café 2 cawan sehari. Gamat membantu melegakan lelah dengan mengurangkan tindak balas hipersensitiviti dan mengurangkan radang pada saluran pernafasan. Kahak akan lebih mudah dikeluarkan. Gatal tekak dan batuk malam juga dapat diatasi. Gamat juga boleh membantu mengatasi masalah kulit saudari kerana ianya mempunyai kesan penumbuhan sel baru. Sementara itu, kajian menunjukkan, kopi arabika dapat membantu untuk mencegah serangan lelah sebanyak 25%. Insya-Allah.
Pati Gamat Vitamin
Pati Gamat Vita (Oren)
Kod 001 Harga/Price
(Runcit) Harga/Price
(Ahli)
BV
WM RM57.00
15
EM RM60.00
Kandungan : 350 ml
WM: Malaysia Barat EM : Malaysia Timur
Diperkaya dengan Beta-Karotin (Pro-Vitamin A) dan berperisa oren. Dihasilkan dari ekstrak gamat yang kaya dengan protein, mukopolisakarida dan garam galian.
Sesuai diamalkan sebagai pemakanan tambahan bagi tujuan kesihatan.
Kandungan
Pati Gamat Tulen, Pati Oren, Beta-Karotin, Vitamin B1 & B6, Fruktosa dan Air Nyah-Ion
Enriched with Beta-Carotene (Pro-Vitamin A) and orange flavoured. Produced from Gamat (sea cucumber) extract enriched with proteins, mucopolysaccharide and minerals.
Suitable to complement the body towards a better health.
Ingredients
Purified Gamat extract, Orange concentrate, Beta-Carotene, Vitamin B1 & B6, Fructose and Deionized Water.
Maklumat lanjut : gamatemas

1 ulasan:
Salam.. hati2 dengan ubat2an yang ada berlebihan dose steroid.. saya dah alami lalu dpt cushing's syndrome.. berat badan naik mendadak, tumbuh jambang mcm lelaki, kmd dpt kolestrol, kencing manis dan darah tinggi.. nak hentikan masalah ni tidak boleh memberhentikannya serta merta ( mengikut doktor akan menyebabkan kesan yang juga serius) dan saya mendapatkan rawatan dan follow up secara teratur dari doktor pakar.. sekarang 3 masalah masih ada pada saya iaitu obes, kencing manis dan darah tinggi..
Catat Ulasan