09 Julai 2009

Isu Kedah, KeADILan jumpa MB petang semalam, jumpa Kit Siang di KL petang ini

ALOR SETAR, 8 Julai :- Badan Perhubungan KeADILan Kedah telah bertemu dengan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak petang semalam berhubung penerangan isu-isu terkini di Kedah.

Pertemuan itu diadakan di dewan besar Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah di Sri Mentaloon dekat sini bermula jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang.

Pertemuan itu disertai Pengerusi KeADILan Kedah, Ustaz Ahmad Kassim yang juga ahli Parlimen Kuala Kedah; Ahli Parlimen Sungai Petani, Dato' Johari Abdul; peguam, Saiful Izham Ramli dan barisan kepimpinan KeADILan Kedah yang lain.

Harakah dimaklumkan perbincangan meliputi fokus isu perobohan pusat sembelihan khinzir dan isu-isu pentadbiran selain beberapa lontaran idea.

Ustaz Azizan kelihatan hadir ditemani Setiausaha Politiknya, Mohd Sanusi Mohd Nor dan Setiausaha Akhbar, Helmi Khalid.Hari ini Ustaz Azizan dijadualkan mengadakan mesyuarat bersama exco kerajaan Kedah di Kuala Lumpur pada sebelah pagi, sementara petangnya bertemu dengan Penasihat DAP, LimKit Siang.

Pertemuan itu dijangka membincangkan isu Pakatan Rakyat Kedah selepas kontroversi pengumuman DAP Kedah yang kononnya mahu keluar Pakatan Rakyat Kedah.

Sumber ; Harakahdaily/-

Tiada ulasan: