09 Julai 2009

SPA tolak Diploma Usuluddin permohonan

Oleh : mohd naim mohd zain

SAYA berbangga menjadi seorang warga kakitangan kerajaan Pahang, walaupun tidak berjawatan tinggi. Namun khidmat bakti, komitmen dan taat setia kepada kerajaan tidak pernah berbelah-bahagi.

Baru-baru ini kerajaan mengumumkan pakej keistimewaan kumpulan sokongan yang berkhidmat 15 tahun, serta lulus PTK aras 3 dinaikkan pangkat secara automatik, jawatan ini dilantik secara memangku jawatan yang tidak ditetapkan tempoh masanya.

Namun, apa yang mendukacitakan, saya pernah menghadiri temu duga jawatan Penolong Pegawai Syariah LS-27, namun permohonan saya ditolak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Pahang.

Untuk makluman, saya berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan selama 27 tahun, termasuk 15 tahun di Mahkamah Syariah Negeri Pahang sebagai Pembantu Syariah LS-17 tetap dan berpencen. Tidak berapa tahun lagi saya akan bersara.

SPA Pahang menolak permohonan saya kerana saya memiliki Diploma Usuluddin dan menurut pegawai berkenaan, diploma berkenaan tidak layak untuk jawatan Penolong Pegawai Syariah. Syarat yang ditetapkan ialah Diploma Syariah saja.

Saya berpendapat Diploma Usuluddin dan Diploma Syariah semuanya merujukkan al-Quran dan hadis, tiada sebab pihak yang bertanggungjawab mengasingkan kedua-dua diploma itu.

Saya pernah membaca kisah hidup bekas Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah, beliau berkelulusan ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan mampu mentadbir Mahkamah Syariah di negara ini dengan baik dan sempurna.

Dengan alasan itu kenapa SPA Pahang menolak permohonan saya dan ingin mendapatkan penjelasan lanjut.

PETUGAS MAHKAMAH SYARIAH,
Kuantan,
Pahang.

Tiada ulasan: