09 Julai 2009

PPSMI : Muhyiddin Perdaya Rakyat Cara Hisyamuddin

by : http://johornews.blogspot.com

Johor Bahru - Keputusan telah dibuat bahawa Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran sebentar tadi. Pengumuman itu dibuat jam 2.30 di kementerian itu di Putrajaya.

Ia merupakan teknik menipu cara Menteri Pendidikan lalu, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengenai isu yuran sekolah yang telah dimansuhkan. Pada tahun 2008, Hishamuddin telah mengumumkan semua yuran dimansuhkan. Apabila Muhyiddin Yassin dilantik dalam beberapa hari , semua sekolah di seluruh negara kelolaan kerajaan pusat telah menghantar yuran kepada ibubapa .

Johor Daily percaya dalam masa tiga tahun, rakyat akan lupa isu PPSMI ini. Penipuan ala Hishamuddin ini dipercayai boleh memperdayakan semua pihak agar diam sehingga Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Dan jika ada penentangan selepas ini, pemimpinan BN akan berkata, pejuang bahasa melayu tidak tahu bersabar.

Dalam sidang akhbar itu, Muhyiddin berkata, di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik, sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Menurut beliau pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing.

Posted by JOHOR DAILY

25 ulasan:

HOT ZOOM berkata...

Betul3. Mainan politik kotor nampaknya

Tanpa Nama berkata...

anak saya belajar dlm program PPSMI..
anak saya antara yang berjaya di dalam kelasnya terutama PPSMI..
kalau saudara nak publish berita ni pun dan nak belit pun..tak perlu lah bagi buat pening kepala..
cukup Menteri berkenaan kata PPMSI mansuh 2012..sepatutnya ucapkan terima kasih..bukan kata pada rakyat kerajaan nak menipu cara teknikal pulak..

Arope

Cikgu Din berkata...

Kalau anak tuan dibandar boleh le cakap.Kita yang luar bandar tahu kesan PPSMI.Berapa orang Melayu dapat semua A dalam UPSR,PMR da SPM .Berapa banyak pelajar Melayu semua A STPM aliran sains.Lihat kenyataan Timbalan Perdana Menteri.mutu pendidikan peninggalan DR Mahathir dan UMNO.

denaihati berkata...

GITULAH PEMBANGKANG AKAN TERUS MEMBANGKANG SEBAB TERLALU YAKIN AKAN MENANG PR13....

Tanpa Nama berkata...

he.he..he.. sama-sama kita tengok siapa yang kena.

Tanpa Nama berkata...

kena atau terkena.

Tanpa Nama berkata...

memang taktik kotor

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah arope arope.

Zanie berkata...

Cuba bagi satu contoh bangsa yang berjaya kerana menggunakan bahasa Ingeris dalam sistem pendidikan mereka. Jepun? German? Peranchis? Korea Selatan? Jawapannya tidak ada! Negara Afrika dan India yang memang telah lama mendaulatkan bahasa Inggeris sehingga rakyat mereka fasih berbahasa Inggeris tidak pula maju di peringkat dunia.

Hanya mereka yang taksub sahaja beria-ria menyokong PPSMI, rakyat malaysia yang bekerja dan hidup di luar negara rata-rata menentang PPSMI kerana pergaulan dengan pelbagai bangsa mendedahkan mereka dengan semangat patriotisme bangsa lain terhadap bangsa dan budaya mereka. Jika orang lain boleh berbangga menggunakan bahasa ibunda mereka, mengapa kita menentang? Kita boleh mempelajari dan menguasai Bahasa Inggeris tetapi bukan dengan mengorbankan kemahiran Matematik dan Sains yang amat perlu dikuasai semua lapisan masyarakat. Ya, Bahasa Inggeris penting untuk sesetengah orang tetapi bukan semua!

Zanie berkata...

bahasa Inggeris penting, tetapi bukan untuk semua. Bahasa Inggeris bukan penentu kejayaan sesuatu bangsa. Baca petikan di bawah,

"Taiwan and Korea topped the Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)* in 2007. Taiwanese and Korean children don’t learn Math and Science in English.

Hong Kong children taught in spoken-Cantonese and written-Chinese also ace Math and Science. On the other hand, Filipinos are fine in English. Do you ever hear that the Philippines is tops in Math and Science?

Two countries usually considered technological powerhouses are Germany and Japan. Imagine if German and Japanese children were to be taught Math and Science in English in order to improve their English as well as performance in both subjects. "

Mengapa taksub dengan BI? Berbanggalah dengan warisan nenek moyang kita, iaitu bahasa kerana bahasa adalah jiwa bangsa.

yes berkata...

Arope, rencana di atas adalah untuk menyedarkan rakyat apa yang sedang berlaku.Tak timbul isu ucapan terima kasih, bodohlah kita jika berterima kasih kepada mereka yang putar alam.

Ini lah yang jadi punca kesusahan pada orang Melayu, bila anak dia pandai BI dia sokong dan tak kira berapa ramai lagi anak bangsanya yang di luar bandar tercicir. Tidak seperti kaum lain yang memperjuangkan anak anak bangsa mereka.

Tanpa Nama berkata...

Teruskan salah, mansuhpun salah. Tak taulah, kalauah pembangkang asyik nak bangkang saja. semua orang buat salah , dia aja yang betul.

Tanpa Nama berkata...

selalunya org diluar bidang pendidikan berlagak macam tahu tentang PPSMI. kita sebagai guru luar bandar tahu apa kesan PPSMI. dah 5 tahun tak kan tak nampak masalahnya. apa guna pemantauan PPD,JPN dan kementerian. tak kan tak tahu menda ni gagal. yang bukan guru jangan nak tunjuk jaguh dalam isu PPSMI.

sumbu berkata...

x sangka muhyiddin jadi menteri pelajaran x dinamik langsung. sepatutnya PPSMI dimansuhkan serta merta bukan 3 tahun lagi. Ngapa x umumkan pemansuhan ini tahun 2012. em...macam ada sesuatu yang tersembunyi jer. jawapannya rakyat juga kena tipu...

Gedung Akal berkata...

PPSMI MANSUH 2012
Walaupun dalam tempoh 3 tahun akan datang keputusan ini masih boleh DIUBAH namun keputusan hari ini adalah yang terbaik dalam sejarah pendidikan negara.
Ingatlah catatan terbaik ini akan menjadi hina dan kotor jika ada sifat dolak-dalik selepas ini. Ini amaran kepada pembuat keputusan yang ada kaitannya dengan kepentingan BAHASA DAN UMAT MELAYU -jangan main-main atau jangan berpolitik murahan. Keputusan ini adalah muktamad. Jika ini hanyalah muslihat maka Kami SEJUTA rakyat yang cintakan bahasa akan turun ke jalanan - tunggulah!
Teruskan perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu, berjiwa besarlah, hapuskan akal dan jiwa terjajah!
ABAIKAN MAHATHIR SEKEJAP! FIKIRKAN DENGAN AKAL JERNIH!

islam agamaku berkata...

tidak ada makna kita bergaduh..bertikam lidah sesama kita..ingatlah hidup di dunia ini hanya sementara...tunggu saja lah 3 tahun akan datang apakah PPSMI itu akan dimansuhkan atau tidak?? Jika tidak barulah...

jeneym berkata...

Kerajaan dah cakap nak mansuhkan pada 2012.......
Boodohlah kalau TPM cakap pastu 2012 masih lagi tak dimansuhkan jugak...

Takan la seboodoh tu TPM atau rakyat nak lupakan isu yang besar ni.....

Atau kita yang betul2 boodoh pasal buat2 tak paham2 dengan apa kerajaan cakap..

cikgunizar berkata...

ai.. angkuh sungguh sokong PPSMI sebab anak sendiri berjaya.. anak org lain? mcm ni lah melayu.. berjaya cket terus selfish.. kami kat sekolah cukup tensen dengan ibubapa yang jenis 'separa elit' ni..

betul jgk pasal yuran tu.. tahun ni tgh2 tahun kutip yuran.. ada makbapak budak complaint sebab dengarnya yuran mansuh...

kami jugak yg susah nk menjawab

Tanpa Nama berkata...

Kenapa 2012 bukannya 2010?
1. Untuk tutup mulut pejuang Bahasa Melayu sebelum PRU13.
2. Pancing undi Manek Urai (semasa PRK Bkt Selambau, BN bebaskan tahanan ISA).
3. Kalau PRU13 sebelum 2012 dan BN menang, boleh sambung balik PPSMI.
4. Majoriti Melayu adalah bangsa yang BODOH dan mudah diperbodohkan oleh satu parti Melayu bangsat yang pentingkan diri sendiri. Dulu masa nak buat PPSMI tak tunggu 2-3 tahun atau buat kajian pun.

Tanpa Nama berkata...

KALAULAH RAKYAT MASIH TERMAKAN DENGAN TEKTIK LAMA UMNO NI,, X TAU NAK KATA APA LA..

Tanpa Nama berkata...

wahai sedaraku sekelian,Jujur dan akuilah sesungguhnya keptusan krjaan yg dibuat sebenarnya penuh dgn muslihat dan politik haprak....hanya org2 yg buta akal yg buat2 x nampak apa yg berlaku selama ini..

david ahmad muniandy berkata...

kalau keluar negara berurusan perniagaan dengan orang inggeris bahasa inggeris itu amatlah penting kalau tak tau bahasa inggeris maka akan gagal dalam urusan perniagaan kalau melantikkan pihak ketiga urusan perniagaan telah bergantung kepada pihak ketiga, sebab itu kerajaan umno nak gagalkan anak-anak kita dalam bahasa inggeris. sekarang zaman 2009-10 bukannya zaman 70'an jadi fikirlah seelok-eloknya.

sumbu berkata...

wahai pejuang bangsa...teruskan usaha untuk memansuhkan sertamerta PPSMI dan bukan 3 tahun lagi. Apa guna ditunggu lagi kalau hanya nak menyelamatkan pemimpin yang mahukan keuntungan dan ingin jadi kaya. Yang penting peningkatan pembelajaran bahasa inggeris telah diambil kira bukannya PPSMI menjadi mangsa kepada anak-anak kita. Buat demo sekali lagi pun boleh juga.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...

dalam isu ppsmi ini ada beberapa perkara yang perlu dilihat dan menjadi pengajaran kepada kita semua:
Pertama; pelaksanaan ppsmi yang tidak melalui kajian rintis secara profesional. Sepatutnya kajian rintis selama beberapa tahun perlu dibuat terlebih dahulu sebagaimana kajian rintis yang dilakukan ke atas projek kolej komuniti dan sekolah bestari. Paling penting dalam kajian rintis ialah untuk membuat penambahbaikan dan meminimumkan masalah yang bakal timbul. Apabila kajian rintis tiada ataupun dibuat secara tergesa-gesa untuk beribu-ribu buah sekolah, maka inilah padahnya. Oleh itu mahu tak mahu terpaksalah mencari hujah-hujah untuk menyokong ppsmi walaupun jika dibuat analisis SWOT ternyata ia amat lemah. Kalau kilang kereta nak buat beribu-ribu kereta pun, mereka akan test dulu beberapa prototaip baru, lepas kenalpasti pelbagai masalah barulah dikeluarkan berpuluh ribu buah; itu pun ada jugak masalah sikit-sikit; kalau tak test dulu prototaip lepas tu keluarkan sahaja kereta boleh tak kita bayangkan berapa banyak masalah yang akan muncul? begitulah juga yang terjadi terhadap ppsmi.
Kedua; ialah apabila kita menyangka bahawa cara berfikir dan kemampuan orang lain sama macam kita; sedangkan dalam hadis, Nabi telah berpesan yang bermaksud: "Berkomunikasilah dengan manusia mengikut kemampuan akal mereka." Apabila dalam fikiran kita begitu; yang merasakan orang lain juga akan bijak jika ikut cara kita menghadapi pelajaran pada zaman dahulu, maka inilah yang menimbulkan masalah. Zaman dahulu ada sekolah pelbagai aliran, melayu, inggeris dll. Yang tidak berkesempatan atau tidak ada kemampuan dalam bahasa inggeris boleh teruskan pengajian dalam bahasa melayu dan duduki SPM, yang mampu bahasa inggeris boleh duduki MCE. Jadi yang lepasan inggeris zaman dahulu janganlah pulak paksa semua pelajar la ni jalani proses pembelajaran macam dia, sebab ada yang tak mampu. Cuba bayangkan sebuah sekolah luar bandar yang ada kelas A hingga F. Kelas A dan B mungkin boleh bawa bahasa inggeris, tapi kelas F yang bila diajar Sains dan Mate dalam bahasa melayu pun agak sukar mereka nak faham, tambah pulak diajar dalam bahasa inggeris, hilang teruslah motivasi mereka; sedangkan keputusan mate dan sains sangat penting bagi mereka sekurang kurang untuk sambung di bidang kemahiran.Kesimpulannya jangan lagi buat sesuatu dasar berdasarkan andaian logik dan pengalaman kita sahaja; bermesyuaratlah dahulu sebab itulah ajaran Islam.

makbudak berkata...

anak saya sebelum ppsmi 3 3 orang dpt 5a upsr. tapi, yg bungsu ambil upsr lepas ppsmi cuma dpt 4a. A dia bahasa inggeris, walhal hanya dia sorang yg saya sendiri hantar dia tiusyen sains dan bahasa inggeris, sebab bimbang dia lambat nak faham sains matematik dlm bahasa inggeris. sedangkan abang dan kakak2nya semua belajar kat sekolah saja. macamana saya nak setuju ppsmi ni?