14 Julai 2009

KERAJAAN PRIHATIN NAIKKAN INSURANS KERETA BERUMUR LEBIH 10 TAHUN

Email Oleh : syahrizal77

Salam,

Saya salah sebuah syarikat wakil koporat bagi beberapa syarikat Takaful.
Isunya begini lately ni.

Kami menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan covernote terutama kenderaan yang mengambil perlindungan Third Party dan kenderaan melebihi 15 tahun kerana semua syarikat insuran dan takaful tidak mahu mengambil risiko tersebut.

Salahsatu sebabnya adalah ratio Claim yang tinggi.

Saya bagi contoh kenderaan thirdparty, hanya satu syarikat takaful sahaja yang saya boleh produce covernote, itupun nisbahnya 3 firstparty 1 thirdparty boleh buat. 3 lagi syarikat takaful yang kami jalankan dah tolok siap-siap thirdparty. So macamana nak meniaga?

Kalau kereta accident just claim repair je. Kalau kereta hilang? Kalau accident langgar orang mati pulak? Bas terbalik, penumpang mati? Third party claim tu...

Akhirnya semua syarikat Insuran tak nak ambil risiko sekarang, sebab permohonan mintak naik harga primium insuran dah berbelas tahun tak naik-naik... Bayar insuran RM80, claim RM 100,000?

Tulah ceritanya... .Syarikat insuran mana yang kerajaan pilih untuk cover kenderaan lama ni tak tahulah lagi...Mesti semua tolak menolak...Tulah ada dengar Kerajaan nak buat insuran berkelompok kereta lama kat pejabat pos...

Wslm..


from http://www.google.com/reader/view/feed/http://mutaligat.blogspot.com/feeds/posts/default#stream/feed%2Fhttp%3A%2F%2Fmutaligat.blogspot.com%2Ffeeds%2Fposts%2Fdefault
by SOFI WAHAB


Kerajaan BN merupakan kerajaan yang 'sangat prihatin' kepada rakyat sebab itulah polisi insurans kenderaan yang berusia lebih 10 tahun dinaikkan.

Ternyata Satu Malaysia, rakyat diutamakan hanya slogan retorik Najib mengaburi mata rakyat.
Mana realiti slogan itu, belum pun sampai setengah tahun jadi perdana menteri unsur cengkaman terhadap rakyat sudah mulai nampak dan ini menambahkan kesengsaraan rakyat yang telah lama dibebankan dengan harga barangan yang melambung tinggi.

Kenaikan insurans kereta dan motosikal melebihi 100 peratus sebelum ini menjadi rungutan rakyat benar-benar membebankan rakyat.
Saya pernah membangkitkan isu ini beberapa bulan lalu. Namun ketika itu ianya tidak jelas dan tidak diberi perhatian sangat sehinggalah ianya meletup baru-baru ini.

Seperti yang kita sedia maklum masih ramai rakyat yang menggunakan kereta yang berumur 10 tahun ke atas. Malah kereta-kereta yang berumur 30 tahun ke atas seperti Toyata KE30, Toyota 'Tonggek', Datsun 120Y, Proton Saga Orient/Magma/ Megavalve dan lain-lain masih banyak digunakan sehingga kini.

Kenderaan yang berumur 10 tahun keatas sebenarnya masih baik jika ianya diselenggara dengan baik.

Saya menggesa kerajaan supaya mengkaji semula polisi.

Rakyat Manek Urai mungkin ada jawapannya kepada kezaliman BN dalam isu ini. Gunakan kuasa 'demo' pada 14 Julai ini.

1 ulasan:

jab sp berkata...

Sudah sewajarnya pemimpin PR mengambil tindakan tambahan bagi membantu rakyat terutama penyokong PR mengatasi beban perbelanjaan yang semakin meningkat sejak kebelakangan.Tidak guna kita berteriak ,bertempik mengenai ISA,hak asasi manusia,pertelingkahan politik yang memanjang jika kebajikan dan kehidupan rakyat kebanyakan diketepikan.Inilah masa PR perlu menjadi juara,bukan setakat kes insuren,bil eletrik yang akan naik,tambang kenderaan juga akan dinaikan malah akan ada lagi banyak kenaikan sebagai mengimbangi 11 perkara yang diumumkan olih Najib baru baru ini.PR perlu gerakan rakyat untuk menghentikan semuanya ini,bukan setakat juara ISA dan hak asasi .