14 Julai 2009

Resipi Diet

Email Oleh : Tok Cepai



[1] AYAM PANGGANG

Bahan-bahan:

1 ekor ayam
100 gm halia – dihiris [A]
100 gm bawang putih – dihiris [A]
100 gm bawang merah – dihiris [A]
100 ml kicap manis
Garam & gula pasir secukup rasa


Cara menyediakan:

a) Ayam dibuang perut dan dibersihkan. Jangan dipotong.
b) Gaulkan ayam dengan bahan A, kicap manis, garam dan gula pasir hingga rata. Perapkan semalaman dalam peti sejuk.
c) Keluarkan ayam dari peti sejuk. Tuangkan lebihan bahan perap ke dalam perut ayam. Tutup perut ayam dengan besi atau lidi penyucuk.
d) Panggang ayam dalam ketuhar selama 1 jam pada suhu 200 darjah C.
e) Keluarkan bahan perap dari perut ayam dengan menggunakan garpu. Potong ayam nipis-nipis sebelum dihidangkan.


[2] IKAN PANGGANG HALIA

Bahan-bahan:

2 potong ikan tenggiri – dibersihkan
½ sudu teh cuka
¼ sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak masak

Bahan hiris [A]:

1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia muda

Cara menyediakan:

a) Lumurkan garam, serbuk kunyit dan cuka pada ikan. Biarkan selama 30 minit.
b) Panggang ikan di atas bara api atau menggunakan ketuhar [di bawah grill] hingga masak. Letakkan di atas pinggan.
c) Panaskan minyak masak. Tumis bahan A hingga wangi.
d) Taburkan di atas ikan dan hidangkan.


[3] KACANG PANGGANG DAGING

Bahan-bahan:

1 tin kacang panggang
2 sudu makan marjerin rendah lemak
1 sudu makan krim masam rendah lemak
200 gm daging lembu – dihiris nipis

Cara menyediakan:

a) Panaskan kuali dan cairkan satu sudu makan marjerin.
b) Masukkan kacang panggang dan dikacau rata. Angkat.
c) Panaskan lebihan marjerin dan masukkan daging. Goreng hingga daging masak.
d) Hidangkan kacang panggang dan daging ke dalam pinggan. Bubuh sedikit krim masam.


[4] SUP MANGGA AYAM

Bahan-bahan:

½ ekor ayam – dibersihkan
1 biji mangga muda – dihiris
1 biji tomato – dibelah 4
2 sudu makan jus limau
2 helai daun selasih
Garam secukup rasa

Bahan-bahan [A]:

800 ml air
2 biji bawang besar – dihiris halus
6 ulas bawang putih – dihiris halus
3 sm lengkuas – dihiris halus
3 sm halia – dihiris halus
5 biji cili padi – diketuk
1 helai daun limau purut

Cara menyediakan:

a) Masukkan kesemua bahan A ke dalam periuk. Rebus hingga mendidih.
b) Masukkan ayam, jus limau, daun selasih dan mangga ke dalam periuk tadi. Kacau rata dan tambahkan garam.
c) Masukkan buah tomato. Biarkan mendidih selama 10 minit lagi.
d) Tutup api dan hidangkan.


[5] PATIN KUKUS BUAH KELUBI

Bahan-bahan:

800 gm ikan patin
1 sudu makan asam jawa
1 biji bawang besar – dihiris
5 tangkai daun ketumbar – dihiris
8 biji buah kelubi
30 gm bawang putih – dikisar [A]
30 gm cili padi – dikisar [A]
2 sudu teh gula pasir
2 sudu teh minyak jagung
2 sudu teh sos ikan
125 ml air
60 ml jus limau nipis
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Ikan dibersihkan dengan air asam jawa untuk menghilangkan hanyirnya. Bilas dengan air hingga bersih. Toskan.
b) Panaskan minyak jagung ke dalam kuali. Tumis bahan A hingga wangi.
c) Masukkan air, jus limau, sos ikan, buah kelubi, garam dan gula pasir. Apabila mendidih, tutup api. Biarkan sos sejuk.
d) Letakkan ikan ke dalam pinggan tahan panas. Taburkan bawang hiris dan daun ketumbar. Kukus hingga masak.
e) Apabila menghidang, tuangkan sos di atas ikan.


[6] PASTA SALAD

Bahan-bahan:

400 gm makaroni
20 gm buah zaitun hitam
3 ketul sosej – dihiris & digoreng
2 ulas bawang putih – diketuk
2 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan sos cili
1 biji cili benggala merah – dipotong kecil
1 biji cili benggala hijau – dipotong kecil
1 biji tomato – dipotong kecil
Sedikit daun parsli & daun bawang
Garam dan air secukupnya

Cara menyediakan:

a) Didihkan air dalam periuk. Masukkan separuh minyak zaitun dan celurkan makaroni hingga lembut. Toskan.
b) Panaskan baki minyak jagung dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
c) Masukkan kesemua bahan kecuali makaroni. Kacau rata dan masak lagi selama 2 minit.
d) Masukkan makaroni. Gaul hingga rata. Angkat dan hidangkan.


[7] SALAD ASIA

Bahan-bahan:

2 biji mangga muda
1 biji timun
1 biji nenas
1 biji bawang besar
4 biji limau kasturi – ambil jusnya
2 biji cili merah
4 sudu makan udang kering
3 sudu makan cuka
1 sudu makan gula pasir
1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
Sedikit air

Cara menyediakan:

a) Timun, nenas dan mangga dipotong dadu. Bawang besar dan cili merah dihiris halus. Udang kering digoreng tanpa minyak hingga wangi.
b) Masukkan cili merah, udang kering, jus limau kasturi dan cuka ke dalam pengisar. Kisar hingga hancur. Jika perlu, tambah sedikit air.
c) Satukan gula, serbuk pati ikan bilis, timun, nenas, mangga dan bawang besar ke dalam mangkuk. Tuangkan bahan yang dikisar tadi. Gaul hingga rata. Hidangkan.


[8] KERABU PEGAGA

Bahan-bahan:

120 gm kelapa parut
100 gm ikan bilis – dibersihkan
2 ikat daun pegaga
1 ikat daun cekur – dihiris
3 biji cili merah
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu teh gula pasir
2 biji limau nipis – ambil jusnya
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Tumbuk ikan bilis, cili merah, bawang putih dan bawang merah hingga lumat.
b) Masukkan kelapa parut dan tumbuk lagi hingga sebati.
c) Goreng bahan tadi tanpa minyak hingga wangi. Bubuh dalam mangkuk.
d) Masukkan daun pegaga, daun cekur, garam dan gula pasir. Tuangkan jus limau dan gaul hingga rata. Hidangkan.


[9] TAUHU SUMBAT

Bahan-bahan:

10 keping tauhu goreng
½ biji buah betik
1 biji tomato
50 gm kacang panjang
30 gm gajus – dikisar
30 gm kacang tanah – dikisar

Bahan perencah:

10 biji cili padi - dikisar
4 ulas bawang putih – dikisar
Sedikit udang kering – dikisar
2 biji limau nipis – ambil jusnya
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Betik dibuang kulit dan disagat. Tauhu dibelah 2. Tomato dibuang biji dan kacang panjang dihiris kecil.
b) Satukan bahan perencah dan kacau hingga sebati.
c) Gaulkan kacang, tomato, betik, kacang tanah dan gajus dengan perencah hingga rata.
d) Sumbatkan inti ini ke dalam tauhu. Hidangkan.


[10] PUDING MANGGA

Bahan-bahan:

4 biji mangga – dibuang kulit dan dipotong nipis
300 gm puri mangga
300 gm gula pasir
300 ml air
300 ml susu rendah lemak
150 gm krim putar rendah lemak
35 gm gelatin halal

Cara menyediakan:

a) Campurkan serbuk gelatin, gula pasir dan air dalam periuk. Jerangkan hingga larut.
b) Masukkan puri mangga, susu dan krim putar. Gaul hingga adunan rata.
c) Jerang lagi sambil dikacau hingga pekat.
d) Tuang ke dalam acuan dan sejukkan. Hias dengan hirisan mangga.

Tiada ulasan: