14 Julai 2009

SEMPENA 100 HARI NAJIB - SETAKAT TARAF HANDSET RM78 JE???

Email Oleh : by PASs
oleh Mohd Zaki Yaman
bypass308.blogspot.com

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, perbelanjaan besar untuk mendapatkan barangan yang berjenama ada kalanya bukan sahaja tidak berbaloi malah suatu pembaziran.

"Ia seakan-akan satu budaya iaitu sanggup berbelanja besar hanya kerana dari mana barangan itu dibuat, bukan kerana kualitinya. Semua itu perlu diubah. Kerajaan mahu rakyat mencintai dan yakin terhadap produk tempatan kerana ia terbukti berkualiti sehingga menembusi pasaran luar negara yang menetapkan piawaian tinggi.

betul tu, gua support cakap lu, tapi lepas baca sikit lagi bawah, rupanya lu cakap sedap macam tu hanya nak kempen jual telefon bimbit cap Najib yang diiklankan sebagai CSL i-100. lu kata ia sempena kasi ingat itu 100 hari Najib jadi PM.

lu punya iklan memang bagus, ini telefon bimbit termurah di dunia CSL i-100 keluaran CSL Group of Companies (CSL Group), harga murah giler, RM78 sahaja. jangkaan lu lah, berapa agaknya boleh terjual dalam masa sari dua nih? boleh kira kontena kot..maklumlah murah, lu pun tak pakai akallah, buat benda murah macam tu untuk dilinkkan dengan rakyat, jatuh standard PM weh.

jagalah stand Najib, dia sekarang PM, takkan nak bagi semangat kat dia dengan jual telefon RM78. DS Che Wil, lu pun jangan awal sangat dok puji barangan yang lu jual tu elok, belum test lagi kat market. gua cuma takut banyak yang masuk workshop berbanding yang terjual, atau nak bagi free kat orang pun depa kena fikir nak ke tak...hehehe....lu sendiri lah pakai dulu sebagai hormat kepada Najib, maka fon lu yang jenis komunikator tu lu kasi pusakalah sama gua..

gua nak cadang kan juga sama tuan Menteri, kalau nak buat benda yang ada sabit menyabit dengan bos lu, nak peringati 100 hari kah, 200, 300, atau apa saja memorial item, lu kena kasi dulu barangan tu sesuai ke tak, sejauh mana kualiti dia, fungsinya ok tak, bateri dia ok tak, atau pun apa kelebihan benda tu dengan yang ada di pasaran.

ni hanya sebab murah dan barangan tempatan lalu lu kaitkan dengan PM, kalau dijadikan cerita, fon tu banyak masalah, bateri tak tahan...takke orang akan kata lembabnya telefon nih macam PM...siapa yang susah ? lu jugak yang susah sebab lu gali lubang untuk orang hentam PM....

kalau nak bodek pun...juallah senjata api ke submerine ke buatan Malaysia yang harga dia offer giler lebioh murah dari German, Us, China....baru nampak ada standard dan sama taraf dengan kedudukan PM....ini handphone RM78....pooorrahhhh......

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kata hari tu kerajaan nak jimat perbelanjaan, tapi kenapa masa sambutan 100 hari ada bakar buga api????

Padan la insuran kereta lama naik sampai rm250.

11 insentif tu pun mengarut je. Tak langsung mencerminkan kerajaan nak tolong rakyat kelas bawahan.

Jadi fikir-fikirkan la, ini baru 100 hari....kalau 1 tahun, 3 tahun.....selamanya....

Tanpa Nama berkata...

bullshit

Tanpa Nama berkata...

Alahai! kalau nak suroh rakyat berjimat, menteri patut suroh isteri masing masing tunjukan contoh. Saya lihat isteri menteri bila berpakaian ,baju sarat dengan manik manik. Rasa nya bukan manik kaca yang di pakai olih cik Piah atau cik Timah, tetapi manik crystal beb!
Bag tangan mesti import punya,begitu juga kasut, pasti bukan kasut buatan Gombak.

Pokok pangkalnya,kalau isteri keterlaluan, suami amat sabar, amat memalukan. Suami patut memperbetulkan isteri jika isteri terbabas, bukan membisu dengan alasan sabar.