14 Julai 2009

Tips Kempiskan Perut...

Email Oleh : Tok Cepai


[1] Minyak Zaitun

Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam
masakan yang berminyak, bersantan, berlemak atau
berkolesterol tinggi seperti kambing, lembu, kerbau,
udang dan sebagainya.

Dengan kaedah ini, semua lemak akan menjadi sisa
tanpa diserap ke dalam badan. Ia juga boleh menghilangkan
perut buncit, lemak serta mengatasi masalah berat badan.

[2] Limau Kasturi + Kapur Makan

Bentuk perut yang buncit memang jelek dipandang mata.
Malah agak sukar pula untuk menggayakan fesyen terkini.
Bagi yang telah mencuba pelbagai cara untuk menghilangkan
lemak/ selulit di kawasan perut, bolehlah mencuba petua ini.

Ambil beberapa biji limau kasturi dan ambil jusnya. Perahkan
ke dalam kapur makan. Gaul rata dan sapulah ke bahagian perut yang buncit.

Apa yang penting, anda kena rajin melakukannya setiap hari
dan lihatlah hasilnya!

1 ulasan:

Sathes Kumar berkata...

boleh cuba ker bos?? kapur makan tu kapur apa yer... yer dimakan ngan sireh ker???