Email Oleh : Herman Samsudeen
Parti Islam SeMalaysia (PAS) menyambut baik keputusan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Namun menjadi persoalan, kenapa tahun 2012 baru PPSMI dimansuhkan sedangkan semasa perlaksanaannya dulu Kerajaan mengambil masa kurang dari enam bulan untuk melaksanakannya. Keputusan Kabinet dibuat pada Julai 2002 dan PPSMI dilaksanakan pada Januari 2003.
Adalah tidak masuk akal Kerajaan mampu mengubah sistem Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Melayu yang diamalkan sejak 50 tahun lalu kepada PPSMI dalam tempoh Lima bulan tetapi tidak mampu membetulkan keadaan itu dengan segera walhal Dasar PPSMI baru Enam tahun dilaksanakan.
Sewajarnya Kementerian tidak perlu mengambil masa dua tahun untuk mengubah dasar itu, cukup 5 bulan sahaja untuk dasar itu diubah secara berperingkat mulai awal tahun 2010.
Jimat Kos 40 juta setahun?
PAS bersetuju dengan pandangan Timbalan Menteri Pelajaran Dr. Puad Zarkashi bahawa dengan pemansuhan PPSMI Kerajaan dapat menjimatkan kos perbelanjaan sebanyak RM 40 juta setahun. PAS sudah lama menyatakan hal ini namun Menteri-menteri sebelum ini menutup mata dan telinga mereka.
Dari tahun 2003 hingga 2009 Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM 280 Juta bagi program PPSMI. Hasilnya kedudukan kualiti pendidikan negara menjunam ke ranking ke-20 berbanding 10 sebelum ini bagi bidang Matematik dan ranking ke-21 berbanding 20 dalam Sains.
Apabila pemansuhan dibuat pada tahun 2012 bermakna Kerajaan akan membazirkan sebanyak RM 80 juta lagi bagi menampung kos program berkenaan.
Jumlah keseluruhan RM 360 juta bagi tempoh 10 tahun program yang gagal ini sebenarnya boleh digunakan bagi mendirikan 12 buah Sekolah Menengah baru yang bernilai RM 30 juta atau 18 buah Sekolah Rendah baru bernilai RM 20 juta sebuah.
Kekurangan 13 Ribu Guru Bahasa Inggeris Adalah Masalah sebenar
PAS sesekali tidak menolak jika Kerajaan ingin menaiktarafkan mutu pembelajaran Bahasa Inggeris disemua sekolah. PAS sedar bahawa Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua yang amat penting untuk kemajuan generasi masa hadapan.
Justeru itu cadangan untuk menambahkan 13 ribu guru tambahan bagi mengajar Subjek Bahasa Inggeris adalah satu tidakkan yang positif. PAS melihat pendedahan Kementerian bahawa negara kekurangan 13 ribu guru bagi mengajar Subjek itu sebagai satu pendedahan berani dan itulah masalah sebenar sistem pendidikan kita.
Pelajar tidak bersalah jika mereka tidak mampu menguasai Bahasa Inggeris kerana tiada guru yang mengajar. Malah tidak sesuai jika guru yang mengajar Subjek Matematik dan Sains dipaksa mengajar subjek mereka dalam Bahasa Inggeris demi memenuhi kekurangan itu dan akhirnya tiga subjek ini gagal dikuasai oleh para pelajar dengan baik.
Jika kerajaan berhasrat mengambil tenaga guru dari luar negara PAS menyarankan agar keutamaan diberikan kepada negara anggota ASEAN seperti Filifina, Thailand, Singapura, Brunei dan Indonesia memandangkan kosnya lebih murah berbanding mengimport guru dari Kesatuan Eropah.
Guru-guru pakar dari luar negara ini sewajarnya dihantar ke kawasan luar bandar untuk memberikan pendedahan terus kepada pelajar-pelajar disana yang ternyata mengalami masalah kekurangan guru yang boleh mengajar mereka.
PAS berharap agar Kerajaan melalui Kementerian mengambil kegagalan ini sebagai satu peringatan penting dan tidak menjadikan anak-anak kita sebagai bahan ujikaji demi untuk memuaskan hati sesetengah pihak yang tidak melihat kepada keperluan sebenar rakyat.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

2 ulasan:
kalau nak anak pandai dalam bahasa inggeris bagi anak-anak berkawan dengan anak orang cina, kalau nak fasih dalam bahasa inggeris bercampur gaul dengan anak-anak orang kristian...tetapi disebaliknya...
aku ada satu cadangan bagi satu sesi kuliah dalam masjid atau surau khas untuk bahasa inggeris, sebab bahasa itu Allah yang bagi jadi kita buat satu percubaan yang baru.
tak payah nak tambah waktu untuk belajar english. buat kelas intensif je. itu pun untuk yang berminat (silap haribulan cikgu english tu pulak yang ak berminat), sebab pelajar kita yang nak gi jepun, jerman boleh belajar bahasa tu dalam 3 bulan je.
lagi afdal kalau buat kelas mengaji Al-quran dan bahasa arab intensif. Sejuk perut ibu....
Catat Ulasan