14 Julai 2009

TERKINI JAM 11.10 PM : Semua siap hadapi hari mengundi esok hari

MANEK URAI : Kempen sepatutunya berakhir pada malam ini namun didapati tiada ceramah umum secara besar-besaran yang diadakan oleh jentera PAS. Keadaan kelihatan tenang dengan jentera parti bersiap sedia untuk mengahadapi hari mengundi pada esok hari.

Ketika laporan ini dibuat saya berada di Markaz UPU Manik Urai Lama yang menempatkan petugas dari Perak dan Machang. Suasana yang didapati berlainan dari malam-malam sebelumnya dengan kehadiran petugas dari Kelantan dan Perak yang semakin ramai.

Kempen yang terkahir pada petang tadi dilakukan di sekitar Markaz UPU tersebut dengan kehadiran Menteri Besar Rakyat Perak, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin dan Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Husam Musa dan Dr. Fadli Dato Hassan, ADUN Perak yang lain, Drs. Khalil Idham Lim (Titi Serong), Hj. Mohd. Zainuddin (Lubok Merbau) dan Kesevan (Hutan Melintang).

Mereka kelihatan berjalan kaki dan bermotosikal dengan diiringi oleh lebih 50 orang petugas muslimin dan muslimah menziarahi hampir 10 rumah pengundi dalam UPU Manek Urai Lama.

3 ulasan:

DBA berkata...

PR akan mendapat kemenangan AMIN

drp:

Tanpa Nama berkata...

Insya Allah ... Abe Uji akan mendapat sokongan daripada pengundi MU

david ahmad muniandy berkata...

beratus-ratusan kawan sekampung saya kata ceramah untuk pilihanraya tiada releven lagi buang masa dan buang duit jer polis dan fru menunggu sambil menjemur matahari sedangkan orang bijak cerdik duduk kat rumah minum kopi sambil kena penghawa dingin, sekarang semua hati rakyat pemuda pemudi dah tahu siapa benar dan siapa tak betul.

itu bukan kata saya itu kata rakan-rakan sekampung saya, jangan menaruh fitnah terhadap saya.