30 Julai 2009

Mengapa Influenza A(H1N1) menyerang orang Islam?

AHMAD BAEI JAAFAR

Wabak selesema babi 2009 bermula pada Mei dan sehingga 21 Jun 2009, terdapat 50 kes di Malaysia, tetapi hingga 28 Julai ini terkumpul 1219 kes dengan kematian tiga orang. Dan pada hari ini satu lagi maut disahkan di Hospital Melaka. Peningkatan kes yang pantas ini amat membimbangkan semua pihak.

Persoalannya mengapa begitu pantas berlaku di negara ini padahal di peringkat awal pihak berwajib memberi jaminan bahawa kes ini terkawal. Menteri Kesihatan dan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan berkerja keras bagi memastikan penyakit itu tidak menular ke negara ini. Namun kerja keras mereka berdua gagal membendung.

Bermula dari beberapa sekolah jenis kebangsaan Cina ditutup, tapi dalam tempoh tidak sampai sebulan beberapa UiTM ditutup, kemudian kolej dan politeknik termasuk sekolah agama di Johor turut terlibat. Perkembangan ini sungguh menghairankan. Mengapa pelajar Melayu dan Islam menjadi mangsa H1N1?

Rencana ini cuba menyingkap rahsia di sebalik wabak ini dan kaitannya dengan umat Islam. Sebenarnya sepanjang virus ini menyerang dunia, umat Islam daripada golongan pemimpin sehingga orang awam di kampung berasa sangat selesa dan selamat. Malah sebahagian orang Islam berkata, selesema babi hanya akan menyerang orang yang makan babi. Maka orang Melayu tidak akan kena wabak itu.

Oleh sebab tidak bimbang penularannya terhadap orang Islam, pemimpin termasuk ulama tidak serius dalam usaha mengelaknya. Mereka tidak mengambil kisah dengan penjagaan kesihatan dan kebersihan. Umat Islam sudah ada rasa berbunga di hati bahawa mereka boleh bebas daripada selesema babi, namun hakikatnya mereka sombong kepada Allah.

Sebenarnya Allah datangkan wabak ini untuk menguji hamba-Nya, tetapi apabila hamba-Nya tidak mahu mengambil iktibar daripada wabak itu, maka Dia membiarkan wabak itu menyerang sesiapa sahaja. Siapa yang langsung tidak mahu menjaga kesihatan dan kebersihan akan lebih cepat mendapat penyakit itu.

Rencana ini bukan hendak menuduh universiti, kolej, dan sekolah agama itu tidak bersih dan tidak menghiraukan kesihatan tetapi lazimnya anak-anak Melayu terlalu meremehkannya. Bukti jelas dapat kita saksikan pengakuan ayah mangsa keempat. Katanya, anaknya mengalami selesema pada 16 Julai, tetapi tidak mahu pergi ke hospital. Setelah ayahnya melihat keadaan anaknya semakin teruk pada 26 Julai baru dibawanya ke hospital. Ayah mengaku menyesal dengan kejadian itu. Tetapi sesal kemudian itu tidak berguna lagi.

Selain itu, umat Islam yang terus lalai, leka, dan sombong itu tidak pernah berpaut kepada Allah. Mereka tidak pernah berdoa kepada Allah untuk memohon ditolak bala itu. Mereka tidak pernah meminta perlindungan Allah daripada wabak itu. Inilah hakikat yang sukar dinafikan.

Menyedari keadaan ini, saya menyeru semua umat Islam supaya bertaubat daripada kealpaan itu. Marilah kita membaca doa minta Allah hindarkan wabak itu daripada kita dan negara. Baca doa ini sebanyak tujuh kali setiap kali lepas solat:

لِي خَمْسَةٌ أُطْفِي بِهَا حَرَّ الوَبَاء اَلحُطَمَة

مُصْطَفَى مُرْتَضَى وَابْنَاهُمَا مَعَ فَاطِمَة

Bagiku lima orang yang dengannya boleh memadamkan kepanasan wabak iaitu Nabi Muhammad, Ali, Hasan, Husin bersama Fatimah.

Umat Islam seharusnya bergantung kepada Allah dalam semua keadaan, waktu baik apatah lagi waktu bencana. Apabila kita banyak bergantung kepada Allah waktu senang pasti Allah bersama dengan kita waktu kita susah.

2 ulasan:

Abdullah Ngah berkata...

Apa hendak dihairankan, kerana orang Islam terbahagi kepada 73 puak. Yahudi terbahagi kepada 72 puak semua tidak boleh pakai.Miskipun ramai kalangan nabi terdiri daripada keturunan Yahudi.

Manakala orang Islam pula Cuma satu puak sahaja yang diterima oleh Allah. 72 puak lagi ditolak bulat bulat. Capnya masih umat Islam. Mereka mengaku beragama Islam.

Mereka ini memiliki banyak penyakit, termasuk penyakit kufur, penyakut ragu dan penyakit takut.

Takut pelbagai takut. Takut miskin takut dizalim, takut mati takut berjihad dan takut lapar.

Sebab itu ada ulamak yang sanggup jadi syaitan bisu. Ada penyakit yang tidak amanah setelah diberi amanah.

Penyakit kufur, ragu dan takut ini memdorong mereka makan rasuah, makan riba punca rosak akidah.

Bercakap mengapa orang islam diserang HINI tidak wajar dihairankan, kerana orang Islam ada pelbagai benda didalam perut mereka.

Ada arak dalam perut mereka, ada babi dalam perut mereka. lemah babi dalam makanan yang dimakan tidak dapat dinafikan.

Ini sudah jadi kerja Yahudi dunia agar orang islam berada dalam puaknya (72).

Kalau zat babi sudah ada dalam perut orang islam tidak mustahil mereka mudah diserang HINI.

Yang selamat ialah bagi mereka yang tidak ada babi dalam perut mereka. Nak cari mana orang islam yang tidak makan zat babi.

Bayangkan hendak ke mekah vaksin pernah di suntik mkedalam tubuh orang islam di Malaysia suatu ketika dahulu.

Apa kata ulama kerajaan? sikit sahaja babinya, maka harus. yakni masih boleh dilakukan, kerana menjadi syarat yang di tetap oleh kerajaan Arab.

Sidehnya kita apabila ulama bercakap begitu. Tapi tidak hairanlah kerana ulama ada ulama yang jahat.

Yang menghiarnakan kita mengapa boleh jadi begitu. Pada USM pernah buat vaksin lembu untuk disuntikan kepada Jemaah haji.

Mengapa cari babi yang telah diharamkan oleh Allah. Ia bukan darurat lagi, kerana masih ada vaksin halal.mengapa cari yang haram.

ini yang menyebabkan orang islam ditimpa pelbagai penyakit.

Hujah ini dibuat berdasarkan ayat Allah surah AnNur Ayat 50 yang bermasksud: (mengapa mereka bersikap demikian) adakah kerana hati mereka mengandungi penyakit (kufur) atau kerana mereka ragu ragu (terhadap kebenaran hukuman), ataupun kerana mereka takut bahawa Allah dan Rasulnya akan berlaku zalim pada mereka? (Allah dan Rasulnya tidak sekali sekali akan berlaku zalim. Bahkan merekalah sendiri orang orang yang zalim (disebabkan keraguan dan kekufuran mereka).

Tanpa Nama berkata...

Interesting hullabaloo.