10 Julai 2009

Nizar dibenar merayu keputusan Mahkamah Rayuan

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Keputusan itu dibuat tiga Hakim Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, Tan Sri Ariffin Zakaria dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin sebentar tadi. Demikian maklumat yang diterima dari pembantu Khas DS. Nizar , Sdr. Amran Harun sebentar tadi.

Sdr. Amran juga menjelaskan Mahkamah juga menetapkan tempoh 14 hari untuk pihak DS Nizar menfailkan kes ini di Mahkamah Persekutuan, dan sesudah itu pihak mahkamah akan menetapkan tarikh perbicaraan yang baru.

Selain itu permohonan pihak DS. Nizar supaya 9 hakim mendengar kes tersebut masih kekal setakat ini, jelasnya lagi.

2 ulasan:

ali.alor setaq berkata...

Lawan tetap lawan jng. biarkan kerajaan kudita.Takbirrrrr,Allah huakbar.

zackeye berkata...

Inilah semangat yang kita harapkan. Berjuang menegakkan kebenaran. Insya Allah yang haq akan timbul dan yang bathil akan tenggelam. Sekali ni biar kita mulakan majlis-majlis solat hajat awal-awal lagi. Dan kalau tarikh perbicaraan belum masuk bulan puasa kita anjurkan puasa sunat memohon pertolongan dari Allah.