16 Julai 2009

Ramai beratur ambil wang di MU

Email Oleh : Designer
http://malaysiakini.com/news/108448


camana ni....Topeng...tarak gambaq close up ka...kot2 leh nampak tokey dia sapa...
skrip awek baju hijau tu " Hang dah dpt duit tak? aku dapat RM300" gadis import daripada PERAK undi kat MU.

Kira-kira 40 dilihat beratur di hadapan sebuah rumah kayu dalam kawasan bangunan pejabat Kesedar, yang terletak kira-kira 50 meter dari pusat mengundi di SK Peria.

Malaysiakini nampak mereka menghulurkan kad pengenalan masing-masing kepada beberapa petugas di depan pintu rumah tersebut.

Beberapa orang yang bertugas di situ memegang senarai nama yang didakwa pengundi yang tinggal di luar Manek Urai dalam daftar pemilih.



Petugas terbabit kemudiannya memanggil nama dari senarai berkenaan dan mereka yang beratur di situ akan menunjukkan kad pengenalan masing-masing bagi mengesahkan identiti mereka.

Seorang lelaki warga emas yang pulang dari Kuala Lumpur untuk mengundi, memberitahu Malaysiakini bahawa mereka menerima RM300 jika nama mereka terdapat dalam senarai tersebut sebagai elaun tambang.

Wartawan melihat sendiri orang ramai menunjukkan kad pengenalan mereka kepada petugas di situ dan kemudian keluar sambil memegang beberapa keping wang tunai RM50.

Tidak kelihatan sebarang logo parti politik tetapi terdapat sebuah kereta Proton Wira warna putih bersama logo Kesedar di depan rumah tersebut, tempat orang ramai beratur.

Seorang petugas lelaki yang berbaju putih memanggil nama mereka yang beratur. Difahamkan beliau merupakan tuan rumah bagi ceramah "Pentas Pemuda" di Sungai Peria beberapa hari lalu.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SPRM...

Takkan tido lagi????

Tanpa Nama berkata...

ORANG UMNO,TAK PA.MEMANG STAIL DEPA MACAM TU, MAKAN DUIT HARAM.

Tanpa Nama berkata...

TUKANG PANGKAH DAPAT 300, TUKANG BAGI DAPAT 30000,TUKANG KARUT DAPAT 300000,TUKANG TUKANG DAPAT 30000000

Nokia E 90 berkata...

wamakaru wamakarallah, wallahu khairul makirin.

Tanpa Nama berkata...

SATU MALAYSIA nak cakap pada SPRM

pukimak!