29 September 2009

Adun Galas kembali ke Gua Musang esok

KOTA BHARU, 27 Sept: Selepas lebih dua bulan menjalani rawatan intensif di China, Adun Galas, Chek Hashim Sulaima dijangka pulang ke tanah air esok (28 September).

Wakil rakyat terbabit mendapat rawatan awal di The First People's Hospital Fu San, Guangzhou, China sejak 23 Julai lalu.

Beliau kemudian dipindah pula ke Hospital Orient Guangzhou pada 17 Ogos untuk mendapat rawatan lanjut.

Ketika dihubungi sebelum ini Chek Hashim berkata, keadaan kesihatannya semakin sihat selepas menjalani rawatan terapi dengan memasukkan ubat ke bahagian paru-parunya yang dijangkiti kanser.

�Sejak dimasukkan ubat ke bahagian yang dijangkiti barah, paru-paru saya semakin mengecut. Sekarang saya tidak lagi terasa sakit di bahagian paru-paru seperti sebelum ini,� katanya.

Setiausaha Eksekutif Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Shamsuddin Mat Daud yang bersama beliau di sana ketika dihubungi malam tadi memberitahu Adun Galas dibenarkan pulang esok selepas keadaan penyakit bertambah baik.

Katanya, berdasar kepada laporan tahap kesihatan Adun berkenaan, didapati penyakit kanser paru-paru yang dihadapi semakin mengecut.

�Pakar perubatan yang merawatnya di Orient Hospital yakin memandangkan tindak balas ubat ke atas paru-parunya begitu memberangsangkan.

�Sebab itulah doktor membenarkan beliau pulang ke tanah air selepas lebih dua bulan menjalani rawatan,� katanya.

Beliau baru sampai di Guangzhou bagi mengurus kepulangan Adun Galas. Turut menemankan Chek Hashim di sana iaitu isterinya dan seorang pemimpin masyarakat Cina dari Gua Musang.

Sebelum ini Adun berkenaan dijadualkan pulang ke tanah air pada 7 September lalu, namun terpaksa ditunda ekoran program rawatan belum selesai.

Pada tarikh tersebut diadakan majlis berbuka puasa di rumah bapanya, Sulaiman Mamat di Kuala Betis, Gua Musang yang turut dihadiri Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Samsuddin berkata, rombongan Adun Galas dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa kira-kira jam 8.30 malam.

Dalam perkembangan sama Setiausaha PAS Gua Musang, Azman Ahmad berkata, rombongan penduduk dari Gua Musang akan menyambut kepulangan Chek Hashim di Pengkalan Chepa.

HarakahDaily.Net/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SALAM USTAZ DAN PARA PEMBACA BLOG INI..

IBU MERTUA SAYA PERNAH DISAHKAN MENGHIDAP BARAH PARU-PARU DAN DIBERI TEMPOH 3 BULAN UNTUK HIDUP OLEH DOKTOR.OLEH KERANA FACTOR USIA IAITU 80AN DOKTOR TIDAK BOLEH BERBUAT APA-APA SELAIN DARI MEMINTA MENJAGA IBU MERTUA DENGAN BAIK..TETAPI ALHAMDULILLAH..4 TAHUN BERLALU IBU MERTUA SAYA SEMAKIN SIHAT SEKARANG DENGAN PENGAMBILAN TRANSFER FACTOR YANG MAMPU MENINGKATKAN IMMUNE SYSTEM BADAN..