29 September 2009

Korban Jalan Raya Meningkat Kepada 261 Hari Terakhir Ops Sikap

KUALA LUMPUR, 28 Sept :- Korban jalan raya yang dicatatkan dalam Ops Sikap ke-20 yang berakhir semalam berjumlah 261 orang sejak ia dilancarkan 13 Sept lepas.

Jumlah kematian yang dicatatkan itu bertambah berbanding Ops Sikap ke-17, yang diadakan sempena perayaan Aidilfitri tahun lepas, yang melaporkan 208 kematian.

Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman Supt Rasdi Ramli berkata pada hari terakhir Ops Sikap ke-20 semalam, sebanyak 23 kematian direkodkan.

Pengguna motosikal masih mendahului jumlah senarai korban dengan 12 kematian, diikuti lapan pengguna kereta dan tiga melibatkan pejalan kaki, katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Daripada 931 kemalangan yang berlaku semalam, jalan bandaran mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi iaitu 388 kes, diikuti jalan persekutuan (284), jalan negeri (152), lebuh raya (68) dan jalan-jalan lain (39 kes).

Dalam operasi semalam, sebanyak 9,826 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

Ops Sikap ke-20 diadakan bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya sempena sambutan Aidilfitri. Ia membabitkan kira-kira 2,000 penguatkuasa termasuk polis, bomba dan ambulans.

-- BERNAMA

3 ulasan:

Hamba Allah berkata...

sahabt2 coba pikir apa punncanya negara kita ni banyak sangat berlaku kemalangan sila senaraikan apa puncanya

1. ??
2.

http://abiarwahida.blogspot.com/

Hamba Allah berkata...

mengapa negara kita ni banyak sangat berlaku kemalangan sahabat sila senaraikan apa puncanya mmari kita sama pikirkan

http://abiarwahida.blogspot.com/#

fewer berkata...

kok bingung ya......, tapi tak coba baca trus,