29 September 2009

Drs. Khalil : Bukan kerja orang PAS simbah cat pada gambar orang !

Drs. Khalil bergambar bersama seorang pengunjung rumah terbuka tersebut.


BUKIT GANTANG, 27 Sept:- "Bukan kerja orang PAS simbah cat pada gambar orang", demikian antara penegasan Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim menafikan tuduhan ADUN Lintang gambar Dr.Zambry Abdul Kadir yang disimbah dengan cat oleh pihak PAS . Drs. Khalil memberi ucapan semasa menghadiri Hari Terbuka Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin di Simpang di sini hari ini.

Beliau menyifatkan perbuatan tersebut adalah "baling batu sembunyi tangan" yang tidak ada kaitan sama sekali dengan PAS.

"Lawan kita adalah BN dan UMNO bukannya gambar" ucap Drs. Khalil sambil menerima tepukan dari para hadirin.

Beliau juga menjelaskan sejak Pakatan Rakyat memerintah di Perak semangat toleransi agama sangatlah baik dan perkara itu tidak ujud semasa BN memerintah. Sambil merujuk kepada Kerajaan Negeri Kelantan sebagai contoh yang terbaik, beliau juga menegaskan semangat itu telah menguat di Negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan.

"Kalau bukan dengan semangat toleransi agama mana mungkin kuil Buddha dan Kuil Hindu dapat dibina di Kelantan yang pratus penduduknya beragama Islam" Kata Drs. Khalil.

11 ulasan:

dol kakirempit berkata...

Salam YB
Kuil tu kat Kg Beruk....

Masa ceramah YB tersilap...bukannya 20 tahun Tgna perintah Perak tapi Kelantan.

Kat Perak ni susah Pas nak perintah.. lainla kalau jadi boneka Dap.

Yb agak sombong... masa salam ngan orang dah la tak senyum pastu tak tengok muka. Tak macam Yb Nizar... siap senyum ngan sembang2 lagi. Walaupun tanya soalan yang sama mcam tahun lepas. Dari mana.....

Bikin gua rasa bangga... dapat salam ngan Mb. Itu lebihnya Yb Nizar. Very hamble n frendly Mb. Hilang penat travel dr Ipoh

Tanpa Nama berkata...

salam yb bila rumah terbuka kat changkat jering

Tanpa Nama berkata...

kalau simbah cat putih kat muka zambri pon ok jgk..

King-Fx berkata...

Salam,

Saya kurang bersetuju dgn YB. Adakah pengikut2 PAS ini semuanya MAKSUM? Apakah jaminan YB yg penyokong2 PAS tidak akan menyimbah cat tersebut memandangkan tahap kebencian terhadap BN dan YB Zambry pada tahap 'highest level'. Saya bukanlah penyokong BN, tetapi kenyataan YB ini seolah2 menunjukkan MUSTAHIL ianya dilakukan oleh penyokong PAS. Sedangkan kita semua manusia biasa YB.

King-Fx berkata...

Salam,

Saya kurang bersetuju dgn YB. Adakah pengikut2 PAS ini semuanya MAKSUM? Apakah jaminan YB yg penyokong2 PAS tidak akan menyimbah cat tersebut memandangkan tahap kebencian terhadap BN dan YB Zambry pada tahap 'highest level'. Saya bukanlah penyokong BN, tetapi kenyataan YB ini seolah2 menunjukkan MUSTAHIL ianya dilakukan oleh penyokong PAS. Sedangkan kita semua manusia biasa YB.

anakpahang berkata...

Salam.

PAS lawan UMNOBN bukan PAS lawan POSTER.
Zamry kena bijak berpolitik, jangan berpolitik cara rampas kuasa saja yang pandai.

musafirlalu berkata...

Salam buat YB dan dol kakirempit.... saya mengenali YB Khalil pada masa santai bersama blogger Perak di kem Hanifa. Pada pandangan saya, beliau sebenarnya seorang yang cepat mesra. Bukan untuk membelanya.... tetapi itu adalah kenyataan. Kerana itulah saya tidak bersetuju yang mengatakan YB Khalil seorang yang sombong.

Tanpa Nama berkata...

oleh kerana orang BN/Umno telah menconteng arang di muka rakyat perak, memang patutlah gambar gambar mereka di conteng. Oleh sebab orang melayu dari BN/umno telah melakukan perbuatan yang amat memalukan rakyat perak dengan melakukan rampasan kuasa tampuk pemerentahan perak dengan cara kekerasan dengan melakukan serangan didalam dewan undangan negeri, mengheret speker dewan dengan kasar tanpa mempedulikan kemuliaan dewan yang patut kita hormati.

Agak nya kalau rakyat perak diberi pilihan bukan gambar sahaja mereka conteng, muka muka perampas ini mungkin mereka kelar kelar kerana amat menyampah dengan gerombolan perampas ini.

Dari gambar mereka yang telah diconteng ini sepatutnya mereka sedar bertapa bencinya rakyat perak kepada mereka, mereka mereka ini seperti "hidung tak mancung pipi tersorong sorong".

lempentalam berkata...

tak dpt org gambar pun jadi utk melepaskan geram.boleh jadi org yg tak suka Zamri jd boneka BN ,atau org BN sendiri yang membuatnya.tak perlu polis siasat benda ni banyak kerja lain.

masuksuku berkata...

salam yb dan dolkakirempit..saya pun tak tau kenapa minat sangat ayat kakirempit..mentang mentang le pemuda umno malaysia pernah menganjurkan rempit di malaysia ni,,..bangga gila le tu..ayat dia cakap orang sombong..salam tak tengok muka..untuk pengetahuan itu diajar oleh orang umno,,tengok kat tv pun nampak,,apa nak heran cuma samada sengaja atau tidak..kalau orang islam sebenar dia tau..kakirempit pun mesti pernah bersalam tapi mata tengok orang lain..ingat sendiri le..orang pas bukan maksum semua..ada juga yang samseng..cuma dalam hal ini si umno menuduh orang pas..jadi bagi yang tidak melakukan wajib pertahankan diri..bodoh sangat le tak buat bila orang tuduh kita mengaku..yb nizar memang ramah mesra..tapi tak bermaksud le pulak yang lain sombong..tau ke majoriti orang umno lagi sombong..tak sedar diri..masa pilihan raya suruh angkat taik pun boleh tapi bila menang undi pos..biasanya..terus tak kenal orang..anak bini pun sombong gila..tak perasaan ke atau saja butakan mata,,

Tanpa Nama berkata...

Drs,Awat si Doel tu YB?Kira ok lah bila dpt berjabat tgn tapi sayang dia rasa tak menusuk kalbu.Alahai si Doel!!!! Nona Ratana Chulaborn.