29 September 2009

Kelantan mundur, Mahadir sudah nyanyok ?

Saya berpandangan Dr. Mahadhir sudah tidak layak untuk bersuara dalam keadaan dia semacam "nyanyok". Terbaru bila dia meminta supaya Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat harus bertanggungjawab terhadap kemunduran negeri itu.

Sebenarnya tuduhan Kelantan mundur adalah bohong dan tidak benar sama sekali, saya beranggapan Kelantan sudah jauh maju dari semasa BN memerintah satu masa dulu, jauh dari itu kemajuan Islam Di Kelantan jauh mendahului negeri lain yang diperintah oleh UMNO. Hanya orang yang pekak dan buta mata hatinya yang masih menuduh Kelantan mundur termasuklah Mahadir.

"Pada satu tahap tertentu, beliau bertanggungjawab terhadap kemunduran Kelantan. Beliau perlu menerimanya. Di negara lain, orang akan letak jawatan jika mereka gagal," kata beliau bagi menjawab soalan mengenai kepimpinan Nik Aziz.

Dr Mahathir berkata demikian kelmarin selepas majlis pembukaan Sidang Kemuncak Tadbir Urus Korporat 2009 hari ini yang bertajuk "Truth, Lies and Corporate Governance".

Kenyataan bahawa Nuk Aziz gagal membawa kemajuan di Kelantan adalah kenyataan yang saya anggap menepuk air didulang atau menjilat ludah sendiri kalau boleh disamakan.

Semua sudah maklum, semasa Tok Guru mula memegang teraju pemerintahan Kelantan, Mahadhir semasa itu adalah Perdana Menteri Malaysia. Segala macam tindakan dan dasar pemulauan terhadap kerajaan Kelantan bermula dari itu. Macamlah Kelantan bukan lagi salah satu negeri dari negeri dalam Persekutuan Malaysia.

Perlulah diingatkan pemberian royalti minyak kepada Lelantan yang ada kaitan dengan Petronas dan BN sejak sekian lama dinafikan. Malah jumlahnya sudah melebihi 1 billion Ringgit malaysia.

Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di ujudkan sejak PAS memerintah Kelantan sehingga sekarang, semacam ada kerajaan ke 2 di Kelantan, siapakakah yang bertanggung jawab dalam menafikan hak demokrasi yang telah diputuskan oleh rakyat kelantan, kalau bukan Mahadhir.

Rasanya terlampau banyak "dosa " Mahadir dalam memundurkan kelantan kalaulah benar Kelantan mundur. Itupun Alhamdulillah kelantan terus membangun bersama Islam dan maju dari negeri yang diperintah oleh UMNO.

Bandingkan sahaja dengan Terangganu, siapakah yang maju, tolong beri jawapan dengan segera.

11 ulasan:

Unknown berkata...

Salam tuan

Saya sebagai anak jati Kelantan, memang betul Kelantan telah maju. Malah bagi saya Tuan Guru Nik Aziz memang banyak buat perubahan untuk negeri Kelantan. Jasa beliau amat bermakna dan akan di kenang sampai bebila.

Neo berkata...

walaupun saya tak pernah sampai lagi ke kelantan, saya percaya, bnyk perkara di kelantan yg sudah maju... cuma sbb dianaktirikan oleh kerajaan pusat itu yg memperlahankan kemajuan kelantan.. tgk la lebuhraya pantai timur.. setakat ni sampai Jabor je.. tak tau la bila pulak nak sambung sampai ke kelantan?

Tanpa Nama berkata...

Salam, isu Kelantan Mundur yang diutarakan oleh Tun Mahatir merupakan isu yang diadakan untuk mengalih perhatian pimpinan Pas Kelantan terutamanya TG Nik Aziz supaya bercakap soal Kelantan dan tidak menghiraukan PRK Bagan Pinang.

Cadangan saya agar pimpinan Kelantan hanya perlu menjemput seluruh rakyat Malaysia datang ke Kelantan untuk menyaksikan sendiri kemajuan di Kelantan samada infrastrukturnya, kediaman rakyatnya dan lain-lain dan mengajak rakayat Malaysia melawat laman web atau sumber imformasi yang menerangkan tentang perkembangan kemajuan di Kelantan samada duniawi atau ukhrawinya.

Tumpuan pimpinan harus fokus kepada isu besar iaitu PRK Bagan Pinang dan isu berkaitan dengannya.

Tanpa Nama berkata...

x habis2 dgn modal pembangunan...pembangunan apa lagi???semua dah ada kt kb skrg..x cukup dgn kb mall dan tesko,,skrng giant dan parkson pon dah ada kt bndr kb..dia ni x prnh prgi kt bndr kb kot..

tasukri berkata...

salam .kat kelantan ni macam2 ada, nak apa semua ada, cincin, batu permata ajaib pun ada. rakyat seluruh negara oder kat sini. ni nak tunjukkan negeri ni byk nikmat di bawah pimpinan tok guru.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum,
Pembangunan apa yang BN ndak ujudkan? sama seperti bukit bintang?pembangunan pelacuran, pembangunan perjudian, pembangunan disko, pembangunan untuk runtuhkan akhlak remaja,pembangunan konsert,pembangunan penzinaan...ingatkan kelantan ingatkan jugak perlis!!!!BN GAGAL MENDIDIK DAN MENYEMAI NILAI_NILAI ISLAM KRN PEMIMPIN ITU SENDIRI MUNAFIK!!!!!

Tanpa Nama berkata...

emm compare sikit..so pndai2 pikir..walaupun statistik ni bukan INDICATOR pembangunan..compare statistik traffik KB Airport dengan KT Airport ( yang bertaraf bandaraya dan Lapangan Terbang Antarabangsa..Federal Goverment Declare )

kerajaan PAS tadbir kelantan
http://en.wikipedia.org/wiki/Sultan_Ismail_Petra_Airport

kerajaan BN tadbir terengganu
http://en.wikipedia.org/wiki/Sultan_Mahmud_Airport

Fireflyz
http://www.fireflyz.com.my/flights/schedule-091025-100327

Airasia
KL-KB-KL
http://www.airasia.com/site/my/bm/flightSchedule.jsp;jsessionid=AF5B09274A23B4E7047C3E749C10715D?departing=KUL&arriving=KBR&monthOfTravel=10+2009&action=val
( 5 hingga 6 penerbangan per day )

KL-KT-KL
http://www.airasia.com/site/my/bm/flightSchedule.jsp;jsessionid=AF5B09274A23B4E7047C3E749C10715D?departing=TGG&arriving=KUL&monthOfTravel=11+2009&action=val
(2 hinnga 3 penerbangan per day )

MAS
KL-KB-KL
http://malaysiaairlines.innosked.com/(S(5ikz4a45ep1usvefgmj44g45))/Default.aspx
( 3 hingga 4 penerbangan per day )

KL-KT-KL
http://malaysiaairlines.innosked.com/(S(mmk2gvip4mm1rejzzm1gtgmh))/Default.aspx
( 3 penerbangan per day )

jadual bulan pernerbangan bukan statik..so kat website

Tanpa Nama berkata...

saya sokong dengan apa yang diulas oleh penulis sebelum ini, walaupun saya pertama kali menjejaki ke kelantan tambah-tambah lagi di kota bharu, ibu negeri kelantan,saya melihat tidak satu pun kelibat seorang wanita yang Free Hair di bandar ini? alangkah rahmatnya negeri ini, tak macam ibu negeri yang lain, bukan sahaja Free hair nak telanjang pun ade, ade sesetengah nak tengok pakai tudung labuh pun jarang kelihatan... inilah kalau sokong UMNO! padah di akhirat nanti....

Tanpa Nama berkata...

salam,

Tanpa Nama berkata...

kelantan siapa kata maju. buka mata luas-luas
cuba lihat jiran sebelah ?

Tanpa Nama berkata...

Tetaplah Kelantan Membangun Bersama Islam... Allahuakhbar!!!