12 September 2009

Angkara siapa ? kain rentang sempena Ramadhan dan Hari raya di curi.

Parit Buntar , 11 Sept :- Saya merasa kesal dan agak terkejut dengan tindakan pihak yang tidak bermoral mensabotaj kain rentang ucapan Ramadhan dan Hari Raya yang telah dipasang sejak seminggu lebih dicuri dan dihilangkan tanpa izin seperti yang dikesan oleh pegawai pejabat saya pagi tadi, demkian satu kenyataan dari ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham atas insiden kain rentang yang digantung di tempat khusus memasang kain rentang berhadapan dengan tokong cina berhampiran bazar MARA Pekan lama hilang.

"Saya telah menghubungi Yang DiPertua Majlis Daerah yang juga Pegawai Daerah Kerian, En. Ismail Hassan melaporkan kadaan yang berlaku dan beliau menafikan telah diturunkan oleh pihak MDK" Jelas Drs. Khalil.

Mengikut maklumat yang diberikan oleh Pegawai Peribadi ADUN tersebut, Hj. Zakaria Abdullah bahawa kain rentang itu dipasang dengan kebenaran dari MDK.

"Kami melalui proses biasa mendapatkan tandatangan dan membuat bayaran untuk pemasangan dalam tempo sebulan, namun saya kesal kenapa ada yang sakit hati kepada kain rentang itu" tanya Hj. Zakaria.

Bila ditanyakan pada jangkaannya siapakah yang melakukan tindakan tidak bermoral itu, Drs. Khalil mengatakan ia tidak mahu menuduh mana-mana pihak tetapi menyifatkan tindakan menbuang dan mencuri kain rentang tersebut dilakukan oleh pihak yang tidak mempunyai akhlak apa lagi dibulan Ramadhan, dan mungkin mereka buat kerja ini kerana takutkan kepada bayang-bayangnya sendiri.

"oleh itu saya dengan ini memberi amaran kepada pihak berkenaan supaya mengembalikan kain rentang tersebut ke pejabat saya, atau memasangnya kembali. Saya berharap supaya kemuliaan bulan Ramadhan tetap kita jaga bersama dan janganlah kerja-kerja jahat sepeti itu menjadi amalan mana-mana pihak pun." nasihat Drs. Khalil.

Ditanya adakah beliau akan melakukan laporan Polis, Drs. Khalil mengatakan buat masa ini beliau belum lagi melakukannya namun jika perlu tindakan itu akan dilakukan.

8 ulasan:

PR Gopeng berkata...

Kami di Gopeng pun menghadapi situasi yg sama. Yg peliknya jika MDKS yg turunkan kain rentang kami,mengapa kain rentang MB Haram Jadah Perak depa xturunkan.Kalau berbayar skali pun,kerajaan negeri ada ke budget utk kain rentang?bukannya 1,tp setiap keluar tol dan di kampung2 ada gambo mamak sorg tu.umno xkan kuar duit dr poket sendiri punya..

mat terab berkata...

Biasalah geng ni mesti kerja geng kepala lembu kot......

IBAN MUSLIM berkata...

Mereka takut dan fobia dari segenap penjuru...hinggakan dengan kain rentang pun mereka takut...inilah hakikat betapa kotornya permainan mereka...

abdul karim berkata...

mcm biasa la... sudah gaharu cendana pula ....

Tanpa Nama berkata...

Memang dah keturunan....

zen_P-69 berkata...

SABO SHEIKH...
DEME SEMUA TU DAH MEMANG DARI DULU, KINI DAN SELAMENYE TABIAT GHOPE TU..... TAK ABIH-ABIH MENYOSAHKAN ORG........

Tanpa Nama berkata...

kain rentang pon nak curi.. ish2.. memang desperate btol... xtau pulak aku masih ada manusia mcm nie...

Dewan Ulama PAS Kedah berkata...

sabarlah YB.Allah bersama orang yang bersabar!