09 September 2009

Toleransi beragama : Kelantan model terbaik.

Apabila tercetusnya isu mengenai perarakan kepala lembu oleh sekumpulan orang Melayu dari kalangan UMNO di Shah Alam yang dikaitkan dengan protes pepindahan kuil hindu dari seksyen 19 ke seksyen 23, akhirnya membawa kepada majlis dailog yang tidak bertamadun sehingga menyebabkan kerajaan Selangor menagguhkan sementara perpindahan ketapak yang dicadangkan lebih awal. Hari ini cadangan baru dikemukan oleh Kerajaan Selanor bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Bagi saya masalah ini adalah sangat kecil jika dilihat kepada persoalan toleransi agama yang saya kira telah mla dipupuk dengan lebih baik sejak pakatan Rakyat bangkit dengan tsunami politik sehingga dapat bertapak di negeri Kedah, Pulau Pinang , Perak dan Selangor, disamping terus bertahan di Negeri kelantan. masalahnya onar dan api dalam sekam datang dari sekelompok melayu yang masih tidak bertamadun dan cuba merenggangkan toleransi agama yang membaik sejak Mac 2008 itu.

Menyingkap masalah di Kelantan malah kalau dilihat dari skop semua tempat di Malaysia, saya rasakan hampir tidak ada kuil atau tokong yang boleh dibina oleh penganut agama buddha, hindu dan kristian. Kerana mana ada majaoriti penganut agama tersebut yang melayakkan mereka membina kuil atau tokong atau gereja dalam keadaan negara Malaysia yang majoritinya adalah orang melayu.

Perlu diingatkan juga mereka adalah warga negara Malaysia yang mempunyai taraf yang sama dengan penduduk lain dan mempunyai hak yang sama termasuk dalam pengamalan agamanya.

Kalau adapun mungkin diberapa tempat terdapat majoriti penganut agama selain Islam sehingga mereka bebas membina rumah ibadahnya tanpa ada pertikaian.

Persoalan sekarang Islam juga tidak melarang dan mahu campur dalam urusan agama lain, Islam menganjurkan tahap toleransi beragama yang cukup tinggi seperti Firman Allah SWT :

"Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku" (Al Kafirun :6 )

Kita tidak boleh memaksa orang lain masuk islam, menganggu rumah ibadahnya. Justeru itu cubaan menimbulkan onar di negeri Selangor adalah datang dari orang melayu yang jahil tentang Islam sekaligus membelakangi toleransi beragama yang dianjurkan oleh Islam. Selain itu kalau sudah diseliputi oleh agenda politik yang kotor menyebabkan suasana tegang yang tidak sepatutnya belaku.

Melihat kepada toleransi beragama di Kelantan, kita dapat menyaksi bagaimana "ketik Siam" atau kuil buddha dibina yang rata-ratanya berada ditengah-tengah perkampungan melayu. Kalau pembinaannya dikira pada majoriti penduduk siam atau cina sepatutnya satupun tidak boleh terbina kuil buddha di Kelantan.

Kuil Hindu yang terletak di hadapan KB Mall bersebelahan dengan kubur kristien di Kota Baharu dengan jelas menjawab bahawa toleransi beragama cukup tinggi di kelantan. bayangkan kedudukan kuil yang begitu besar boleh dibina dalam keadaan hanya sedikit sahaja penganut agama itu di Kota baharu malah di kelantan.

Selain itu bercakap tentang jualan daging babi di Kota Bharu ianya dijual secara terbuka sekaligus menggambarkan sikap toleransi itu.

Sikap toleransi ini sebenarnya membawa kepada kehidupan yang dikaitkan dengan percampuran budaya yang melahirkan orang cina kelantan yang seakan-akan berjiwa melayu. Dengan maksud mereka mudah untuk menerima Islam sebagai agama pilihannya.

Selama kita mengapi-apikan perkara ini dalam keadaan tiada siapapun yang bersetuju dengan agama orang lain tetapi jangan sampai ia berada ditahap kewarasan yang sebenar dan terkeluar dari ajaran Islam yang tidak menyuruh kita menghalang agama lain untuk diamalkan. Apa lagi janganlah menjadi masalah sehingga menimbulkan keresahn yang tidak sepatutnya.

Bagi saya, saya sangat yakin dengan kebijaksanaan dan kewibawaan kerajaan pakatan Rakyat Selngor untuk menyelesaikan isu ini dengan baik. Cuma onar dan kekecohan adalah unsur picisan yang ditimbulkan oleh sekelompok UMNO yang kecundang dan hilang kuasa di Selangor.

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Artikel tulisan Dr Aisar Yee dalam Sinar Harian yang sangat baik untuk dibaca...


Komposisi penduduk Tumpat di Kelantan menempatkan seramai 92.1% penduduk Islam, Cina 3.2%, India 0.5% dan lain-lain (Siam) 4.2%. Ia sebuah kawasan mutlak bermajoriti Melayu sebagaimana semua kawasan lain di Kelantan.

Tumpat adalah sebuah bandar kecil kira-kira 15 kilometer dari Kota Bharu. Tarikan utama bandar ini ialah beberapa kuil Buddha dan yang tersohor di antaranya ialah Wat Photivihan di Kampung Beruk. Di sini terdapat sebuah patung Buddha terbaring yang paling panjang di Asia Tenggara.

Tentu pelik bagi mereka yang belum pernah ke Tumpat. Patung Buddha terpanjang di Asia Tenggara terletak bukan di Thailand, bukan di Burma dan bukan di Kemboja tetapi di Tumpat sebuah bandar berpenduduk lebih dari 90% Islam, di negeri serambi Mekah!

Berdasarkan dari segi logik sekarang, tidak munasabah ia terbangun di sebuah kawasan Islam. Tetapi itulah hakikatnya. Malah di Tumpat, bukan sahaja wat itu yang wujud, terdapat beberapa yang lain seperti Wat Bang Takwa di Kampung Mentua, Wat Machimaram di Kampung Jubakar, Wat Maisuwankhiri di Bukit Tanah, Wat Phikulthong Vararam di Kampung Terbak, dan Wat Phikulya di Kampung Jubakar dan Wat Sukhontharam di Kampung Kubang Panjang.

Di Bachok, terletak juga di Kelantan, sebuah bandar di mana 98.4% penduduknya adalah Melayu/Islam seseorang boleh bingung melihat bagaimana boleh terbinanya dua buah kuil Buddha di situ. Dua kuil itu masing-masingnya dikenali sebagai Wat Pathumviarn di Kampung Balai dan Wat Ariya Khiri di Pauh Lima.

Bagaimana Bachok yang di dalamnya terdapat beberapa pusat pengajian pondok Islam dapat membenarkan wat-wat Buddha dibangunkan sungguhpun penduduk bukan Islamnya hanya 1.8% sahaja tentulah amat menakjubkan.

Itulah keindahan Islam yang terdapat di Kelantan. Sikap tolenransi terhadap agama lain adalah terlalu tinggi. Masyarakat bukan Melayu Kelantan amat menghormati agama Islam yang mempesonakan itu.

Sebenarnya, sikap toleransi Islam terhadap agama lain tidak hanya wujud di Kelantan. Ia terdapat di mana-mana di Malaysia. Kelantan disebut kerana ia adalah sebuah kawasan yang penduduk Islamnya bukan sahaja majoriti tetapi hampir mutlak seperti mana diwakili oleh Bachok tadi (98.4%).

Tanpa Nama berkata...

Drs,Dgn izin agak agak YB kalau lah sempurna solat puak puak Perarakan "Kepala Lembu" begitu kah cara mereka "berbual cara" dgn MB Selangor dan MP Shah Alam dgn lontaran kesat kata kata persis insan tak bertamadun.Aduhai..Letih Dato Rais Yatim berkempen "Budi Bahasa budaya Kita" kalau mesej nya tak sampai ke akar umbi hatta ahli UMNO sendiri... Nona Ratana Chulaborn.

abg long berkata...

Kesian org UMNO yg bawa kepala lembu tu, asyik maki org , hilanglah pahala puasa, ingat nak jadi hero tp tak baiklah kita nak bg gelaran pd dia, org UMNO iniberebut nak jadi AJK masjid tp majlis ilmu tak datang itulah masaalah org UMNO ini.Memalukan org islam di malaysaia sahaja islam yg UMNO ikut ini mungkin tak baca quran sampai qatam tok gurunya pun asyik nak hias dan besarkan rumah sahaja inilah masaalah ulamak dr UMNO ini, bila ulamak dia rosak ahlinya lagi rosak.

Tanpa Nama berkata...

kerajaan pusat tiada toleransi antaranya dalam royalti minyak, tolak BN.....

Tanpa Nama berkata...

puak2 tu kena belaja bab tolenrasi islam kepada penganut lain... pastu terangkan kat najib..
baru la berkesan kempen najib...

p:1malaysia, rakyat dibodoh, kerja diuntungkan

Kuda Perang berkata...

Salam ustaz saya copy artikel ustaz ni... dah copy baru mohon keizinan... mintak halal ye ustaz..

Tanpa Nama berkata...

Salam... yb.. jangan buat kelakar la... isu kepala lembu itu kan isu penduduk... kenapa nk salah kan UMNO... ish3.. itu la puak PR nie.. perasan maksum... sendiri betul.. org lain semua salah... kenapa kelantan yang terlebih islamnya pun tak mampu nk bangunkan negeri... tak payah nk chong (tipu)la yb...

abg long.. tak payah la nk diherankan amalan org.. jaga amalan sendiri... duk bising2 org punya awak sendiri belum tentu.. ops.. mungkin saya terlupa .. abang long tergolong org yang dijanjikan syurga oleh mursidol pas.

Yb.. saya nie org kawasan yb.. dari dulu sampai sekarang duk sini... kalau dulu teruk sekarang lagi teruk.. apa yang yb dah buat nie... nelayan duk mcm tu jugak.. pesawah jangan ckp la... tak payah la nk bising2 pasal benda bodo tempat sendiri tak terjaga.. kaa yb duk jaga anak buah jaa... nie kami yg mengundi YB nie duk biaq... pikiaq Yb.. tu pun kalau nk lama jb YB la...

Tanpa Nama berkata...

kalau korang yg buat.. ni adalah hak kpala bapak korang.

tapi kalau org lain buat.. umno yg kena. pegi mati la.

Rohaifi Azri berkata...

artikel yang menarik... kuil hindu ber'air-cond' bersebelahan KBMALL itu sememangnya memperlihatkan sikap toleransi kerajaan pimpinan tok guru.

UMNO bangang! Dulu tak pernah pun nak mempertikai puluhan surau serta masjid yang dirobohkan, kononnya demi pembangunan.

Tanpa Nama berkata...

ish..yb yb,klu PR kena bantah kena tntang ngn rakyat..PR tunding jari kat UMNO,salhkn UMNO..
nape takleh terima ke rakyat gunakan lembu sebagai simbolik pemimpin PR ni macam lembu kena cucuk hidung??Korang tu lagi teruk dok maki org sane sni..buruk perngai..tapi dok tunding2 jari kat UMNO g..

Tanpa Nama berkata...

Kekadang maknusia ni takbur, tergamak mereka makhluk ciptaan Allah dipijak dan dihina. Alangkah bebal dan bodohnya orang sebegini. Tak ingat ke neraka kah mereka ni?.
Semoga Allah ampunkan perbuatan mereka. Amin

Hakeem Zahardi berkata...

Tanpa nama

Dalam banyak-banyak benda mengapa lembu yang dipilih sebagai simbol. mengapa tak dibawa keldai ke sebagai simbol nak perli pimpinan kerajaan PR Selangor.

Setidak-tidaknya bawa je seekor lembu sebagaimana AMK bawak seekor lembu atas lori ketika membuat bantahan dedepan pejabat MACC Selangor tempohari.

Kan lain mesejnya berbanding dengan bawa kepala lembu. dah la bawa kepala lembu lepas tu pijak-pijak plak. Jadi apa gambaran yang kita dapat dari tindakan tersebut .

Gambaran yang kita dapat adalah tahap mana keupayaan berfikir ahli-ahli UMNO. Takat mana akal puak-puak UMNO. Tahap mana IQ pendukung-pendukung tegar UMNO. Itu je yang dapat kita faham dari perangai puak UMNo yang berdemo hari tu.

Len kali bawak keldai nak perli depa. Aku pasti sindiran dengan menyamakan mereka dengan keldai lagi le sinis dan lagi le kow.

bat8

ps:...psst...pssst tanpa nama, jangan nko bagitau dia orang aku bagi idea nko dan geng UMNO bawak keldai kalau nak sinder depa....hehehe

Tanpa Nama berkata...

Orang umno memang bangang kelas A....

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama 2.40 am , jangan dok mengaku orang kawasan dun titi serong kalau nampak tak cerdik sangat, lebih baik jangan komen, lagi komen lagi nampak tak cerdik.

masalah nelayan dan petani letaknya di bawah kementerian pertanian yang dikuasai oleh BN, dah 50 tahun lebih rakyat merempat di msia dan di perak, siapa yang perintah , BN kan.

alahai kamu ni tak sedaq ke pakatan perintah di perak baru 10 bulan, itu pun hangpa tak sabaq, pi beli wakil rakyat pakatan sehingga mereka menjadi katak.

nia aku nak tengok apa yang hangpa boleh buat selama hangpa pegang sementara kuasa diperak, buatlah agar petani dan nelyan jadi jutawan, manalah tau.

semua peruntukan ditangan BN sekarang , bantu lah kalau mampu.

ayang pasti hang ni UMNO yang masuk kacau blog YB aku, menyibuk saja.

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama 2.40 am berangan nak ganti yb titi serong ke, masuklah tanding...tentunya dengan lambang parti cap kepala lembu yang hangpa arak tu la....

Sidratul Muntaha berkata...

salam
yg
saya sebenarnya bukan nk sokong mana2
saya ni bkn umno atau pr
tapi bile arus perubahan tu dah datang
barulah saya sama2 nk berubah
alhamdulillah
wakil pas dari tempat kami.meru/klang di selangor iaitu Dr Rani berjaya jdi wakil kami.
alhamdulillah
sedikit sebanyak bantuan tu dirasai oleh mak ayah saya selama ni yg cukup susah.
merasalah mak ayah saya beras dlm 4 - 5 kampit selang dua bulan or sebulan sekali berkat hasil usaha Dr Rani dan ank2 buahnya.
merasalah jugak mak ayah saya duit dlm beberapa ratus dlm tempoh itu sekarang.
saya sebagai ank yg membantu berasa sedikit kelapangan dan bersyukur2 sgt2
compare dgn masa kumaladewi dan jaei dari umno pegang sebelum ini...
parit depan rumah dah lebih 10 thun pun tak pernh nak tolong korekkan
smpai tersumbat.
bkn nk memuji tetapi bantuan dan usah tu nmpk dan dirasai walaupun sedikit.
mmg nk memtadbir setelah lama ditgn umno,mmg pyh.
tu sbbnya mana2 yg pernh undi n merasa tertipu kenalah bersabar.
kerenah birokrasi ni byk sgt.
nk2 klu ketua kg pun sokong umno even dia tak bersekolah n tak thu membaca tapi diangkat jdi ketua kg.
mcmana tu?
bkn nk buka pekung tpi biarlah jdi pedoman dan teladan tuk sume.
akhir zaman ni
org yg bkn hak senang2 diangkat jdi ketua.
bg yg terjdi bru2 di shah alam psl dialog tu
adik saya yg sekolah rendah tu pun boleh komen ape tau?
'long,ni yg gduh2 tu org2 bn or umno kan?org pr mana ade takde adab nk bidas ckp org.naper daiorg terjerit2 mcm org tak sekolah.kambing kita kat kandang tu pun reti diam'
just imagine budak darjah 3 boleh bercakap sedemikian.
renung2kanlah.

Tanpa Nama berkata...

kpd tanpa nama 1.48am, org kelantan x bising pun psl pembangunan..cube bandingkn kota bharu dgn kuala terengganu atau kuantan..mane lg maju? kanagr pun xde shopping kompleks..aper citer??? Dah byk pun bukti pencacai kepala lembu tu puak2 umno..xyah la nak nafikan.. tanpa nama 2.40 am, PR mogok xla smpai hina agama lain..ni mesti skolah dulu x lulus..byk bunyi plak..agak2 dua2 tanpa name ni brani x bg name??????

Unknown berkata...

Dapatkan Majalah Qiadah "Celebrating the differences" di Tapak Expo Kenali Kelantan, Kg Bagan Pinang, N9...

Banyak maklumat pasal toleransi kaum di Kelantan ada di sana...

dan berkata...

Seriusnya Islam dalam menjaga adab dan tuntutan ini digambarkan oleh sabda Rasulullah s.a.w.: "Sesiapa yang menyakiti zimmi (rakyat bukan Islam), maka dia telah menyakiti aku; dan sesiapa yang menyakiti aku, dia telah menyakiti Allah." (At-Tabrani)