12 September 2009

UMNO Parti Islam Sebenar ?

Najib Tun Razak berkata, Umno adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.Demikan seperti yang dilaporkan Bernama.

Katanya, Umno sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda.

Ingat sekali hendak temuntah, dibulan puasa ini dengan kenyataan itu. Maka benarlah kenyataan banyak pihak selama ini di Malaysia akan adanya Parti (PIS), rupanya ringkasan dari Parti islam Sebenar seperti yang diumumkan Najib kelmarin di Baling.

Kalau hendak dikatakan parti Islam sekadar menolong rakyat beri tanah, saya kira negara yang ada didunia ini semuanya negara Islam.

Hakikat sebaliknya kepada yang tidak mendapat tanah Felda dari kerajaan, bukankah ramai rakyat yang beragama Islam di Malaysia digusur sesuka hati dan merempat di negara dan tanah air sendiri. Seperti kata pepatah anak kera dihutan disusukan anak sendiri mati kehausan.

Itulah hakikat yang sebenarnya berlaku di Malaysia, malah lebih menyayatkan hati apabila kita melihat siri penindasan kepada umat Islam di bumi tercinta ini. Malah pada satu masa beberapa mesjid dan surau disaksikan sebagai objek tindakan perobohan oleh pihak Kerajaan BN.

Kalau ingin disenaraikan dan menghuraikannya tidak berbuka puasalah saya hari, cukuplah saya ringkaskan seperti diatas.

Sekadar ingatan kepada pemimpin UMNO atau PIS jangan lah mengaku yang bukan-bukan seperti yang diucapkan oleh Najib, nanti anak cucu tergelak dan ketawa besar. Macam orang mengaku umurnya lebih tua dari umur bapanya, siapa boleh percaya. Macam itulah Najib engaku UMNO adalah parti Islam sebenar.

21 ulasan:

dol kakirempit berkata...

Salam YB

Jgnlah buat lawak ptg2 puasa ni. Pis tu Parti Islam Semalaysia - ejaan rumi bagi Parti Pas. Ianya sebuah parti yg di tbuhkan oleh bekas ahli Umno yg desprados.

Bila pulak Pm tubuhkan parti baru. Mengdakan benda yg tak ada tu namanya bid'ah ataupun fitnah. Hukum fitnah adalah haram. Seperti makan daging saudara sendiri. Ataupun amalan nya akan hncur trbakar umpama ranting layu dimakan api.

Dosa fitnah tidak akan Allah ampunkan, kcuali org yg difitnah mmaafkannya. Akan belegar-lgarlah di Pdg Mhsyar nnti mmat yg buat fitnah kat Pm untk mmnta maaf. Sbab buat ftnah kata Pm umum parti baru, sdngkan ianya tidak brlaku.

Masalahnya puak2 ni mmg camtu, suka buat kerja mksiat. Brkmpul llaki permpuan yg bkan muhrim. Ada jga yg suka buat fitnah. Mlgnya budak2 kampung ni prcaya tanpa usul preksa. Suka dgr crita fitnah dn maki hamun org lain.

Cubalah sskali dgr cramah anjuran Umno. Langsung tak ada crita fitnah dn umpat keji org lain. Jgn dok dgr crita merapu puak2 ni. Smpai org nk solat trawkh pn payah. Tnggulah masa lain nak buat tzkrah..Rmdhan hanya 30 hari.. bglah pluang jmaah nak buat ibadat.

Tanpa Nama berkata...

Pelik ye..berkopiah tapi buat tulisan macam ni..kenapa bagi bantuan orang miskin boleh buat kamu nak termuntah..tengok Nik Ajis pelok cina DAP lagi rasa nak terjeluak..

samdol berkata...

Alehh dol kakirempit...ko ni mulut manis ekor penuh taikk...Sakit jiwo hang ni...elok la pi berubat...Tu la hari2 dgr ceraamah UMNO kan dah jd penipu...Org suruh ngaji kitab dgn tok guru tak mau, pergi merempit...sekarang kan dah jd setan..maso kecik2 tak mau mati, dah besar menyusahkan orang, makan rasuah...jadi penulis upahan...agaama pun ko jual oiii...Tu yg bilo dgr tazkirah paneh....Sbb Datang solat time bulan pose jo...ari bulan x pose tak nampak batang idung...agomo tu masa bln pose jo ko apo?. insaf le dol oii, esok mati kan susah ...tak do pemimpin UMNO nak tulong ehh...so bulan pose ni bawok2 ler tobat...jgn suko fitnah orang!

mat terab berkata...

Biasalah puak Umno haprak mengaku islam sebenar tapi, makan rasuah, bukak pusat judi, no ekor, dan sebagainay tu islam sebenar ka....? Bunuh orang pakai C4 tu islam sebenar ka.....?

Yb Raz berkata...

assalamualaikum..takda siapa yang kata umno parti islam sebenar..Dato Onn Jaafarpun tak pernah kata demikian..

Tetapi PAS yang dok sibuk laungkan dia parti islam sebenar..sampaikan siapa masuk syurga atau neraka, nik aziz yang boleh tentukan..jadi siapa yang bercakap lebih?

Kalau betul PAS parti islam sebenar, kenapa didalam al quran tak tercatatpun nama PAS..kalau betul PAS parti islam sebenar, kenapa orang PAS tak pergi berjuang bebaskan Palestin dari Israel?

Jangan bercakap berdasarkan emosi politik semata mata..jangan busukkan nama diri serta keluarga hanya kerana politik dunia...

yb Raz berkata...

kelakarnya mat terap..bunuh pakai c4 hahaha..abis yang taliban tu letupkan diri tu islam sangat ke hahahaha

Tanpa Nama berkata...

Pencacai umno jeles dengan blog ustaz sampaikan ada yang buat satu posting untuk promosikan blog ni kat blog mereka..kahkahkah.
Teruskan perjuangan ustaz.

zen_P-69 berkata...

EKELEH.... MACAM BAGUS JE "DOL REMPIT BOY" NI BERCERAMAH. ENCIK DOL, AKU NAK TANYA SATU SOALAN AGAMA SENANG KAT HANG; ADAKAH HANG TAHU HUKUM HUDUD APA HUKUMNYA....??

1.ADAKAH IANYA WAJIB?
2.ADAKAH IANYA SUNAT?
3.ADAKAH IANYA MAKRUH?
4.ADAKAH IANYA HARUS?
5.DAN ADAKAH IANYA HARAM?

SILA BERI JAWAPAN ANDA.....

anakjatiperak berkata...

Islam dibawa oleh Nabi SAW. Isteri Nabi semua tutup aurat. Isteri pemimpin yang kata Parti Islam Sebenar tu macam mana?Dolkakirempit tu buta haper ker?

PM 1 Malaysia dah mengigau siang hari. Mahathir hanya kata Malaysia ni negara Islam.Tapi dia ni ngaku pulak parti dia tu parti islam sebenar.Cuba tanya Ong Tee Keat...apa komen dia. atau tanya Samy Vellu, tentu dia nak tergelak besar ada ketua dah melalut nak ngaku Parti Islam.Kesian.....

Kalau Najib nak kata parti dia parti islam sebenar..ni temana nak bgtau...mengikut penilaian teman majoriti pengikut parti islam sebenar ni di tempat teman tidak menggambarkan ahli parti islam. kalau tengok wanita dan ketua puterinya pun dah dapat nilai adakah dia parti islam. Nanti Barack Obama pun tergelak berminggu-minggu jika dia baca berita tu.

Tanpa Nama berkata...

bloggers2 PR masih beri peluang melaun2 dari ameno kutuk PR dlm blog dia org.SYABAS PR...kalau blog pengampu ameno xde can la komen kite nak keluar.HAPRAK punya org.ye ye nak temuntah gak dengar Tok Najis kata umno pati Islam.setakat nak bagi tanah,tulung buat pondok kat org susah tuu...FIRAUM pun biasa bagi kat bani israel.Lagi pun tanah/dana negara bukan bapak T/NAJIS yg punya.jgn kelentong org PAS laa.yg terhangguk2 mengiakan tu cuma sibahlol2 dari ameno je.

Tanpa Nama berkata...

Kasihan nak komen tetapi tak tahu hujung pangkal! Baca balik sejarah perjuangan Ulama dalam UMNO. "Persatuan Ulama' keluar dari UMNO tahun 1951 bukan 'desparados' tetapi kerana tiada prinsip perjuangan Islam dalam UMNO maka ditubuhkan PAS (baca pa ali sinn)Semenjak ditubuhkan UMNO sinonim dengan 'perjuangan kebangsaan'

Tanpa Nama berkata...

saya sebagai wanita berasa amat malu melihat isteri pemimpin yg tak pakai tudung..Dalam umno isteri PM mana yg pakai tudung seperti yg dituntut oleh agama Islam?..Pemimpin wanita mana yang tutup aurat?..Rosmah? Jane? Siti Hasmah? shahrizat?Arwah Endon?..Dorang pakai selendang je tutup sikit depan bila ada function atau pilihanraya masuk kg..sedangkan si suami yg akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti dgn sehelai rambut yg terkeluar..Jadi parti Islam ke UMNO sebenarnya?...

member pencen keramat berkata...

Mantan PM DRM pun tergelak dengan apa yang di sebut oleh PM bahawa UMNO tu parti Islam
Kah kah kah bila pula dipinda undang-undang tubuh parti UMNO ni tiba2 terpacul parti Islam, mungkin dia pi kedah dia rasa disana ramai orang islam maka dia kata umni parti islam kah kah kah.macam sesumpah aja lagaknya.

Tanpa Nama berkata...

YB & Pengunjung Blog Sekelian,

Saya tidak minat politik. Jauh sekali nak dengar ceramah politik atau dengar kaset politik.

Sebagai rakyat Malaysia, saya jalankan tanggungjawab sebagai pengundi. Pangkah pun PAS di Shah Alam.

Tetapi sejak drp PR menang besar di dalam PRU12, berbagai perkara yang saya lihat yang menyebabkan saya terfikir panjang. Kenapa kita orang melayu/Islam perlu nak berpolitik 24 jam? tak habis habis dengan politik. Kerja satu pun tak jalan.

Saya mula berjinak-jinak dengan blog-blog samada pro PR ataupun pro BN utk buat comparison.

Saya adalah pembaca Harakah yg tegar. Kalau tak dpt baca Harakah tu boleh menggigil di buatnya..

Tetapi saya lihat Harakah sudah jauh terpesong drp matlamatnya yg sebenar. Harakah tak sama seperti 10-15 tahun yang lepas.

Saya juga mula baca akhbar seperti Utusan Meloya, Berita Hairan, & lain-lain. Mula membuat perbandingan.

Apa yang saya lihat Harakah adalah akhbar politik walaupun PAS pernah bgtau Utusan Meloya & Berita Hairan adalah suara UMNO.

Terus terang saya katakan yang saya sebenarnya semakin meluat dgn Harakah. Bukan sebab terpengaruh dgn Utusan Meloya ataupun Berita Hairan..tetapi dlm Harakah penuh dengan fitnah & kebencian terhadap sesama Islam. Ini mencabar fitrah saya sebagai Islam kenapa kita perlu membenci sesama Islam.

Dalam keluarga saya rata-ratanya adalah penyokong UMNO & mereka semua tidak berpolitik & bercerita hal politik. Mereka ini aktif kalau ada PRK ataupun PRU sahaja.

Adakah saya perlu jauhkan diri saya dengan keluarga saya? Benci mereka sebab mereka ini tidak mengamalkan ajaran Islam sebenar seperti TG Nik Aziz kata?

Apakah saya perlu memutuskan hubungan kekeluargaan dgn adik beradik saya kerana mereka adalah penyokong UMNO. Come on YB, be rasional.

Kenapa YB nak mempertikaikan keislaman orang orang UMNO? Apakah YB ni wali yg ada mukjizat yg boleh baca amalan seseorang?

Kenapa sebagai umat Islam kita perlu berpecah belah? Sepatutnya PAS kena jadi penasihat kepada kerajaan bukan setakat jadi pembangkang sahaja.

Tetapi, YB terus nak bangkang apa yg kerajaan buat. semua tak kena. semua salah. semua tak betul. semua tak islamik.

Bukan setakat YB sahaja, tetapi juga drp kalangan YB-YB PAS yang lebih cenderung menghentam kerajaan sesuka hati.

Mcm isu arak di Shah Alam, kenapa PAS takut? itu yang buat saya semakin tawar hati dgn PAS. Tetapi, PAS hanya tahu salahkan UMNO. Itu salah UMNO. Ini salah peninggalan UMNO. ooohh..PAS kena cuci taik-taik..seperti isu kuil..

salahkan UMNO sebab tak selesaikan isu kuil di seksyen 19..

Saya tak nak ulas panjang. Rata-rata di kawasan perumahan saya di shah alam, lebih separuh yg tidak bersetuju. YB kena ingat. Mereka-mereka ini adalah silent voter seperti saya.

Silent Voter adalah penentu kemenangan sesebuah parti.

Majoriti orang Shah Alam adalah penyokong UMNO. Tetapi mereka-mereka ini nak tukar selera dlm PRU12 lalu. Ada yg dah mula mengeluh..tetapi suara-suara mereka ini tidak kedengaran dlm blog-blog.

Fikir-fikirkan lah..

Tanpa Nama berkata...

sesiapa yang menolak hukum ALLAH yang telah disebut dalam Al-Quran.. maka dia bukan islam.. sesiapa yang menyokong pemimpin zalim, maka bersedialah ke neraka dengan pemimpin tersebut.. semuanya telah tertulis dalam kalam ALLAH...

putera berkata...

yang saya tahu dalam islam tak ada parti islam wa'ima arab saudi dan mekah sekali pun... yang ada adalah akidah islam..wallahu a'lamm.

Jeepers Creepers berkata...

adoii bila masa blogger pro umno tak siarkan kenyataan penyokong pr..blogger pr pun memang x keluarkan komen blogger umno..sama je korang berdua..

blog aku open..korang boleh bagi komen anytime tapi kalau setakat caci maki baik tak payah..korang simpan je lah dosa korang untuk diri sendiri..

saya bersetuju dengan pendapat seorang anon disini..sebenarnya politik pas semakin bercelaru..sehinggakan boleh menentukan siapa yang layak masuk syurga atau tidak..siapa kafir atau tidak malah menggunakan ayat al quran ditempat tak sepatutnya.

orang islam yang benar benar baik ilmunya tidak akan menyokong mana mana pihak sebaliknya akan menegur sesiapa sahaja walaupun orang itu menggelarkan dirinya ulama dan tok guru.

kadang kadang orang yang mengaku dirinya banyak ilmu itulah yang boleh menyebabkan dirinya tergelincir daripada akidah..

Tanpa Nama berkata...

buatlah kerja.. jangan asyik nak berpolitik saja.. kutuk sesama islam.. islamkan diri sendiri tu dulu YB yer.. PAS sudah terpesong.. terimalah kenyataan.. PAS sudah mabok kuasa.. nak tolong rakyat pun kena buat tabung amal.. PAS xdak duit ka? semua minta kt rakyat..

Tanpa Nama berkata...

bangangnya tanpa nama 5.35 AM di atas, hang tak tau ke kerajaan pun bergantung kepada rakyat, apa salah kalau adun mohon sumbangan untuk bantu orang miskin. yang hangpa songlap duit kerajaan dan 52 tahun tk apa..... sampai nak bayar bonus pun tak ada duit, top2 bagi rm 500tu pon 2 kali bayar, hampeeeeeeehhhh

ganu kite berkata...

salam semua...jgn layan pengampu2 ni....teruskan usaha ustaz...sy sokong ustaz...takbir

Tanpa Nama berkata...

Pas cakap tak serupa bikin