17 Oktober 2009

Anwar sebagai PM,Umno tiada hak!

KOTA BHARU, 15 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata Pemuda Umno tidak ada hak untuk menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu bukan berada dalam parti itu.

"Kalau Umno nak ikrar, ikrar gilah, Anwar Ibrahim bukan orang Umno.

"Kalau Umno kalah mesti naik orang lain. Kalau Pakatan Rakyat (PR) menang, dia nak buat apa,"katanya.

"Umno nak ganggu orang lain apa kerja? Dia betul orang dia sudahlah. Kat situ pun dah tak kena,"katanya lagi.

Sewaktu ditanya, adakah PAS boleh menerima Anwar sebagai Perdana Menteri, Tuan Guru memberitahu, perkara itu bukan terletak pada PAS sahaja.

"Bukan PAS seorang sahaja, tetapi Pakatan, apabila Pakatan setuju pada satu orang, mahu tak mahu kita terimalah,"tegasnya.

Tuan Guru berkata demikian selepas Majlis Sambutan Ulangtahun Ke 19 Pelancaran Kutipan Derma Akauan Amanah Kebajikan Darul Naim (Tabung Serambi Mekah), di Kelantan Trade Center (KTC), di sini sebentar tadi.

Semalam Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berikrar akan sedaya-upaya menghalang kemaraan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

"Mungkin Anwar telah berjaya dengan helahnya terhadap sebahagian generasi muda yang tidak pernah kenal siapa Anwar yang sebenar � seorang chameleon politik, sesumpah yang berubah warna mengikut musim dan ketika melompat dari pohon ke pohon; makhluk pelbagai alam.

"Tetapi Umno dan Pemuda Umno ingat sejarah sebenar Anwar, dan kami akan memastikan Penglipurlara Lidah Bercabang Dua ini tidak akan sekali-kali sampai ke Putrajaya," kata Khairy dalam ucapan sulungnya dalam perhimpunan pergerakan pemuda semalam._

HarakahDaily.Net/-

4 ulasan:

Awanama berkata...

apa khairy dah gila ke...anwar hak pakatan,buat ape kamu nak menyibuk...ko nak jadi pm ke..apesal tak pertahan bapa mentua kamu dulu tu

Awanama berkata...

khairy dah terdesak..isa yg diperlukan oleh najib utk mencantas...??dah kembali utk mencorakkan mainan politik umno ns.
ucapan khairy adalah satu usaha mendapatkan simpati najib dan umno demi karier politiknya...
apapun jgn lupa badi khairy....senjata makan tuan...sebagai contoh pru 12 semasa khairy menyerang TGNA dan kelantan.
tekad khairy dan pemuda umno utk menghalang anwar mungkin akan membantu mempercepatkan kemaraan anwar dan PR...wallahualam

Awanama berkata...

khairy tu katak...
katak o katak, mengapa ko suka lompat...
macam mana aku tak lompat, umno offer lebih...
khairy...
org tak caya ngan katak...
sebab tu la umno tak bagi ko jawatan besar...
sampai bila2 la ko jadi kaki bodek...

Awanama berkata...

khairy tu ubun2 baru nak keras,,,biaq kat dia la,,nak bodek najib...jadi ketua pemuda pun tak lekat menteri..dapat kat anak mahathir,,,duk kena buli ngan najib ada la,,,he he he