17 Oktober 2009

MENGENAL MADU ASLI

Hadi Arief

1. Semut bukan tak makan madu tetapi semut tu akan mati sebab madu tu panas melainkan semut tu dapat minum air cepat, Jadi biasanya instinctnya tak minum madu.

2. Madu tak akan basi selama-lamanya.

3. Warna madu berubah ikut musim bunga pokok. Ada madu yang gelap dan ada agak cerah sedikit [ gelap sedikit dari warna minyak kelapa ]

4. Kemanisan madu bercampur seditit rasa masam dan bila minum rasa ada berkuap / pressure dan 'panas sikit' ketika melalui kerongkong.

5. Ada madu yang pekat [ tua ] macam minyak pelincir [50-79w]. dan ada yang kurang pekat.[15-25] Tidak ada madu yang cair seperti air.

6. Kalau simpan terlalu lama mungkin ada sedikit lapisan sediment iaitu bermacam mineral dan ash yang ada dalam madu. Ia tak kan berbekas pada container kacteramat nipis saja.

7. Buih madu tidak putih tetapi kekuningan [ kalau putih tu gula ]

8. Benda terapung tu biasanya lilin dari sarang lebah.

9. Madu tidak menyerap kertas. Kalau sapu kat rokok, rokok masih menyala kerana tembakaunya kering.

10. Tidak mudah mengambil madu apa lagi madu lebah liar / hutan. Kalau dijual sebotol 1kg RM 200 pun boleh beli kerana banyak sekali khasiatnya.

11. Yang biasa dijual tu madu lebah bel / ternak. Diberi makan air gula dan masih ada juga madu bunga-gunga yang boleh didapatnya. Kira boleh lah berbanding air gula.

12. Madu Asli banyak gunanya selain kesihatan badan boleh guna jika ada penyakit kulit, kudis, sakit mata. Boleh makan dengan telur dan banyak lagilah khasiatnya. Telur tu boleh masak hanya dicampur madu.

PENIPUAN

Biasanya penipuan dilakukan dengan menggunakan air gula batu dimasak dengan nenas masak hingga rupanya kemerahan gelap macam madu asli. Mereka masukkan sedikit madu asli dan sarang lebah agar menimbulkan aroma madu...Bila simpan gula akan mendap dan nampak dengan jelas. Merbahaya jika diamalkan boleh kena diabetes sedangkan madu boleh mengubati diabetes.

Sekianlah maklumat yang saya tahu sebab arwah abpa saya dahulu kerjanya mencari madu lebah hutan.

Nota: Saya hairan madu ni kalau kita makan badan yang panas [ internal heat ] akan jadi normal. Badan yang sejuk akan jadi panas [ normal ] Baik sekali untuk wanita kerana ada wanita / isteri yang 'bahagian penting' nya rasa 'sejuk' akan hangat membara.

Cuba baca Surah an Nahl. Disana ada cerita lebah..Dapat diibaratkan lebah ni macam 'Doktor' yang Tuhan utus untuk pengobatan manusia. Lebah ni macam kilang yang membuat ramuan dan menghasilkannya dalam bentuk madu untuk munafaat manusia.

Wallahu'lam.

10 ulasan:

Kekacang berkata...

Ini hanya untuk Madu Asia Tenggara. Untuk madu Negara lain, lain pula sifat fizikalnya.
Yang hairannya, Mengapa di Negara yang dimiliki oleh Orang Islam, penjualnya kuat menipu.
Di Negara Barat, etika perniagaan lebih dipatuhi.
Tidaklah hairanlah Negara Umat Islam lebih banyak bala, kemiskinan, penghijrahan penduduk, mungkin bala dan peringatan dari Allah.

david ahmad muniandy berkata...

bukannya apa itu dipanggilkan tamak...berniaga pun boleh rasa tamak, dunia ini siapa tak tamak...contohnya masak kuah laksa kurang rempah iaitu kurangkan ramuan resipi tetapi jual mahal maka laksa tu tak sedap...sebab itu berniaga tak boleh kedukut dan tamak...benda macamni selalu berlanda di asia tenggara sebab manusia hidup dalam kesederhanaan dan miskin yang kaya terlalu kaya...sehingga dana zakat dan fitrah sanggup simpan dalam tidak menghulur bantuan kepada orang Islam dan juga bukan Islam...sebab zakat tak kira umat Islam itu kaya atau miskin tetap dapat juga.
Lihat negara Arab bersatu orang kaya pun dapat zakat sebab bertindak adil.

kekacing berkata...

nak heran apanya, nama je islam, tapi tak amal pun cara hidup islam, kalu kita faham makna islam sebenarnya ialah cara hidup yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. bukan setakat sembahyang, bayarzakat n haji saja.

Tanpa Nama berkata...

SAYA DULU JUAL MADU. NAK KENAL SENANGJE ASLI KE TAK. 1.AMIK BATANG MANCIS CELUP PADA MADU, KALAU GORES MENYALA MAKA ASLILAH. KALAU TAK DAH TENTU CAMPUR PUNYA. 2. LETAK PADA KUKU,KALAU GOLEH XJATUH MAKA ASLILAHTU. 3.TARUK DLM BALDI DIA TERUS BERKUMPUL DIBWAH X HILANG MAKA ASLILAH

Tanpa Nama berkata...

salam YB....

madu, ada beribu hikmat didalam kandungannya, dari zaman firaun hingga hari kiamat ia takkan berubah akan khasiatnya, ia tmaktub dalam surah AN NAKHLI,

aroma dan rasa madu mengikut persekitaran nektar dambil,lebah dMalaysia tdiri dari lebah tualang, lebah madu, lebah lalat, walau bagaimana pun khasiat madu tetap sama,

saya pernah menerajui pnternak lebah peringkat negeri perak, Insaalah serba sedikit tentang lebah dan madu bolihlah dkangsi bsama,

jago B>D

Tanpa Nama berkata...

Senang saja kalau nak tau madu tu asli.
Semasa nak beli katakan kepada penjual tu. kalau madu ni tak asli saya tak halalkan duit saya tu dunia akhirat, cepat-cepat tukang jual akan mengaku ada campur sikit gula ka apa ka.

Elgoog

fitri pengamal madu asli berkata...

nak teror lg try makan madu asli ngan tembikai... kenapa orang yang jual madu tak bagi makan ngan tembikai? kan semulajadi asli... biasanya bende semulajadi ni takder mudarat (tmbikai kan asli)... kecuali dicampur dengan bahan asing seperti kapur dsbgnya... madu yang tidak asli bila di makan dengan tembikai khususnya menyebabkan mabuk (pengalaman saya makan sendiri tembikai yang dicicah dengan madu asli, alhamdulillah takder apa2 - haaa ADA BERANI?) mcm jugak kat hospital, stigma masyarakat ubat tak boleh dicampur dengan buah-buahan... apa maknanya... buahan terutama tembikai membuktikan keaslian sesuatu bende yang kita makan....

Tanpa Nama berkata...

madu+tembikai=maut
btol ke statement sy nie...sbb ade orng kter la, bukan sy yang kate

Firdaus berkata...

pengalaman saya ambik madu diutara.madu dipokok napier.bile simpan dlm botol sangat cair.hampir semacam air pergerakannya.pesan saya.setiap madu berbeza walaupun asli.pekat bukan penentu asli.ade hubungkait musimn dihasilkan.sumber bunga.persekirataran tempat.belajar kenal madu kalau x kenal siapa penjual tu.ade yang masam skit.ade yang kelat skit.last skali saye test dlm frezer.kalu x beku asli.kalu die campur.campuran saje beku.madu tetap x beku.kalau sangka madu akan rosak test sikit.

Tanpa Nama berkata...

MADU YANG ASLI, KALAU BAWA BALIK KERUMAH, TUNJUK PADA ISTERI..KALAU ISTERI MENGAMUK, ASLI LA MADU TU...HEHHEHE..