17 Oktober 2009

Cara Jepun “Mengharamkan” Rokok

Zamri Kecik's

SIM Informasi tentang cara Pemerintah Jepun dalam “mengharamkan” rokok di negaranya. Tidak perlu pakai MUJ (Majlis Ulama Jepun).

Ini menunjukkan bentuk kepedulian Jepun akan kesihatan dan kenyamanan warganya.

* Tahun 2004, Pemerintah Jepun menaikan harga rokok. Dengan dinaikannya rokok, tidak menyebabkan kos pengangkutan, teksi, dll menjadi naik jugak.

* Tahun 2007 akhir, Pemerintah Jepun memasang larangan merokok di semua teksi di Jepun, tidak terkecuali untuk pengemudinya. Kalau di KL kan, penumpang mengalah kepada pemandu teksi yang merokok.

* Tahun 2008, Pemerintah Jepun mengeluarkan kad “Taspo”, yaitu semacam SIK (Surat Izin Merokok), dengan tujuan remaja di bawah umur 20 tahun tidak boleh merokok. Masing-masing perokok wajib terdaftar sebagai perokok dan wajib memiliki kad tersebut. Kad Taspo ini sangat sakti. Mesin penjual rokok atau toko tidak akan menjual rokoknya kepada yang tidak memiliki kad ini.

* Kad ini juga akan mengesan prestasi penggunaan rokok per bulan dalam hitungan grafik, yang berhubungan dengan kesehatan dunia dan sebagainya.

* Rokok di Jepun dibuatkan semacam klasifikasi dari 10 s/d 1. Tujuannya adalah memberikan penyuluhan kepada perokok untuk berhenti secara alami. Klasifikasi tingkat 10 adalah yang paling berat, tinggi kadar tar, nikotin, dll. Setelah itu akan biasakan dengan rokok klasifikasi 9, 8, 7, dst., akhirnya klasifikasi tingkat-1, yaitu rokok yang paling ringan. Kalau sudah terbiasa menghisap rokok klasifikasi-1, tidak merokok sama sekali pun boleh.

* Tempat-tempat merokok disediakan bagi perokok hampir di pusat-pusat kota

* Merokok sambil berjalan boleh didenda 5000 yen/ RM200 di tempat!

* Awal 2009, dikabarkan harga rokok akan naik berlipat-kali ganda, dari 300 yen menjadi 900 yen. Dijamin, gaji akan habis kalau nekad beli rokok tiap hari. Semua karena pemerintah peduli kepada warganya. Tanpa perlu fatwa-fatwa.

16 ulasan:

hafizzuddin berkata...

Org Malaysia patut belajar dgn Org Jepun di samping berdakwah kpd mereka utk menerima Islam,jika ini boleh dilakukan, ISLAM akan lebih gemilang lg, informasi yg bagus.

Tanpa Nama berkata...

jadikan rokok setaraf ganja. perokok n penjual tegar boleh kena 38B. berani ke kerajaan buat?

Tanpa Nama berkata...

Salam YB,
Kenapa ada golongan beria sangat nak haramkan rokok? Perang terhadap rokok kekadang dilihat lebih hebat dari perang terhadap dadah. Mengapa perang terhadap arak tidak dilakukan secara aggresif? Bukan saya nak pertahankan rokok semata (malah saya pun tidak merokok), tapi kita perlu lebih berhati-hati dalam mengikut rentak setengah golongan yang memerangi rokok.
Bagi saya memerangi rokok punya agenda tersirat.
1. Cuba bayangkan andai rokok di'haram'kan di Malaysia (sekarang pun negara mana yang mengharamkan rokok? tiada), bagaimana nasib penanam tembakau? Majoriti penanam tembakau di negara kita adalah terdiri dari kaum Melayu Islam seperti kebanyakannya di Kelantan, Kedah, Trengganu selain kaum lain di Sabah. Memang ada pilihan untuk mengusahakan tanaman lain, namun tidak berjaya memberi pulangan seperti mana tembakau, kata mereka tanam semusim boleh makan setahun!
2. Bayangkan pula bagaimana nasib pekerja-pekerja kilang tembakau, yang juga majoritinya kaum Melayu Islam? Kemana nak mereka praktikkan kepakaran kerja mereka yang setimpal dengan pendapatan yang mereka perolehi hari ini?
3. Bayangkan lagi bagaimana nasib pekerja-pekerja di sektor pengedaran rokok, yang juga majoritinya Melayu Islam? Pendapatan mereka jauh berbeza dengan syarikat pengedaran barangan konsumer yang lain, bukankah ini mengecilkan pendapatan mereka?
4. Hasil cukai yang dikutip kerajaan sebahagian besarnya dari cukai rokok? Sanggupkah kerajaan hilang punca pendapatan akibat dari pengharaman rokok?
5. Wujudnya rokok haram dan rokok seludup akibat dari kenaikan harga yang melampau atau akibat dari pengharaman rokok secara total. Situasi ini menyebabkan kerajaan sekali lagi hilang punca pendapatan dari cukai yang tidak dibayar.
6. Malah kos makin bertambah dengan bertambahnya kos untuk memerangi pula rokok haram dan rokok seludup oleh pihak penguatkuasa seperti kastam atau kementerian perdagangan dalam negeri.
Cukuplah dulu dengan fakta diatas yang perlu direnungkan, jangan kerana dendam kesumat peribadi (akibat kanser) kaum sendiri menjadi mangsa!
Cuba YB bandingkan rokok dan arak (yang jelas haram disisi Islam).
Mengapa tidak diperangi habis2an. Peminum arak baik orang Islam atau bukan Islam, akan menjerumuskan sipeminum dan orang ramai dengan kejadian jenayah lain. Kemalangan jalanraya banyak berlaku bila sipemabuk arak memandu, malah mengakibatkan orang lain sama. Sipemabuk yang lupa dunia bakal melakukan jenayah lain seperti bunuh,rompak, samun, curi dan rogol. Oleh itu kesannya bukannya kepada pengguna arak itu sendiri malah kepada orang lain! Tapi rokok, pernahkah kita dengar siketagih gila merokok ini kemalangan maut dijalanraya? Tak pernah kita dengar siketagih gila merokok ini merompak?
Usahlah kita lihat kuman seberang laut sedangkan gajah di depan mata kita buta. Di Kelantan seluruh 7-11 tidak dibenarkan menjual arak. Ayuh kita usahakan dulu pengharaman jualan arak di 7-11 d Kedah, negeri yang diperintah PAS PR, negeri yang majoritinya penduduk Islam.
Akhir kalam, jangan kerana rokok kita gadaikan hidup Melayu Islam hingga saudara kita merana. Inilah agenda tersirat yang saya maksudkan. Fikirkanlah.
Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

salam....

Bersama haramkan arak dan juga rokok....yang mana tak bermanfaat tu tak payah lah nak dipertahankan sangat....

Ibnu Ghazali berkata...

alah kalau nak seribu daya,
boleh je cari keje lain.kerajaan sepatutnya memikirkan maslahah ummat.
bknnye xde rokok semua akan mati, xde keje nak buat.usaha la.tanam tanaman lain, keje kt kilang lain.kerajaan kene perluaskan sektor perkilangan bahan2 lain sebagai alternatif untuk mengharamkan rokok.salah satu punca kepada kemusnahan ummah.

Tanpa Nama berkata...

saya dulu perokok tegar. Alhamdulillah boleh berhenti

Abdullah Ngah berkata...

kerajaan banyak habiskan wang melkukan kempen "tak nak" yakni untuk menghalang rakyat merokok, termasuk menaikkan harganya agar perokok tidak boleh membelinya.

Rupa rupanya kempen yang banyak habis wang itu tidak memberi sebarang kesn pun pada perokok, kerana mereka sudah ketagih macam orang ketagih dadah juga.

Begitulah jadinya apabila sudah jadi ketgih satu satu benda, termasuk rokok, apa lagi arak dan dadah.

Boleh dikatakan 90 peratus rakyat di negara ini tidak setuju rokok diharamkan walaupun ada ulama mengatakan rokok adalah haram hukumnya.

Kerajaan juga nampak dengan jelas tidak akan mengharamkan rokok di negara ini, kerana syarikat rokok banyak menyumbang wang, terutama sekali apabila tiba musim pilihanraya umum dan kecil.

Jika kerajaan yang memerintah negara ini mengharamkan rokok sudah tentu akan memberi kesan buruk pada parti UMNO yang mahu berubah itu.

Wang adalah segala galanya apabila tiba musim pilihanraya umum. Wanglah yang boleh membuat parti UMNO boleh tahan memerintah ini hingga sekarang.

Jika wang sikit sudah tentu rakyat tidak akan undi UMNO/BN lagi dalam musim pilihanraya dan akan kalah.

Atas sebab itu kerajaan sedia ada begitu liat untuk mengharamkan rokok, judi (empat nombor ekor ,toto Big sweet dan arak serta perkara yang boleh penyokong menguatkan parti.

Mengharamkan rokok juga memberi kesan buruk pada kerajaan ia juga punca kemarahan rakyat atau dengan kata 90 peratus rakyat akan menghukum kerajaan yang memerintah sekarang.

Inilah fakta kerajan negara ini sangat liat mengharamkan rokok.

Tanpa Nama berkata...

Arak dan dadah berbahaya (illicit drugs) sudah jelas hukumnya haram. Tak perlu dipertikaikan lagi.

Saya merokok sejak tahun 1984 dan sudah berhenti buat kerja sia-sia tu sejak 5 tahun lepas. Tak perlu dikenangkan orang Kelantan tanam tembakau. Tok Guru pun masih cuba promote tanaman kenaf untuk gantikan tembakau. Benda sia-sia eloklah ditinggalkan.

Dulu Kerajaan Taliban Afghan telah haramkan tanaman popi yang ditanam di utara negara tu. Memang lumayan, kaya orang Islam Afghan. Tapi apa faedahnya kepada umat Islam Malaysia yang menagih heroin????

Lu pikirlah sendiri....

Encik Fikri berkata...

tanpa nama yang menulis pada :" 10/16/2009 11:27 PM"

kenapa dilancarkan perang pada rokok?
kerana dalam islam telah difatwakan bahawa ROKOK adalah HARAM, iaitu kalau mengikut hukum fiqh boleh disamakan dengan ARAK, iaitu membawa kepada kerosakkan yang lebih besar...
telah diketahui bahawa ROKOK adalah berbahaya pada DIRI sendiri dan ORANG SEKELILING.

ia samalah seperti dadah dan arak, bahayanya bukan pada seorang, tapi juga pada orang sekeliling...

contoh dadah, dah difatwakan haram, diketahui hampir 80% penagih dadah ini mencuri,menculik dan yang lebih kejam membunuh tak kira ahli keluarga atau orang laen

ini juga sama dengan ARAK yang mana boleh menyusahkan orang laen...

ROKOK telah DIFATWAKAN HARAM dibeberapa negara, termasuk MALAYSIA satu ketika dahulu.

mmg adat manusia, BENDA HARAM DIKEJAR2, dan benda HALAL diabaikan...

banyak benda laen yang boleh dilakukan selain merokok yang jauh LEBIH halal daripadanya...

sebagai contoh, seperti JUDI, walaupun sudah tau ianya haram, dah telah tercatat dalam islam bahawasanya ianya haram, orang2 islam tetap bermainnya tanpa kita sedari...

Bagi petani2 yang menanam tembakau... telah diajar dalam islam bahawa kita DILARANG melakukan perkara yang akan membawa kemudaratan... ini sama seperti penjual,pembuat arak... yang dalam islam sendiri telah menyatakan, adalah berdosa untuk seorang islam untuk membuat ataupun menjual arak, walaupun beliau tidak meminumnya..

itu menunjukkan sifat manusia yang sukakan perkara dunia berbanding akhirat..

mengikut kajian yang dijalankan *(sumber saya lupa dimana saya dapat).. hampir 30-36% orang yang bermain judi adalah orang ISLAM itu sendiri.. tidakkah itu pelik walhal telah diketahui JUDI itu haram?

ROKOK telah difatwakan haram, jadi kita janganlah mempertahankan walau apa pun jua, ini kerna jika kita mempertahankannya ia seperti kita mempertahankan JUDI, ARAK dan dadah yang mempunyai kesan yang sama

Tanpa Nama berkata...

Ramai tokoh2 agama baik pihak pemerintah atau bukan,memberi hukum dan alasan yg membolehkan mereka terus merokok. Rokok apapun alasan tidak memberi sebarang faedah pada ummah dan agama.Wahai yg mengaku ahli, YANG HARAM AKAN DIHUKUM DAN YANG HALAL AKAN DIHISAB,kita tidak akan terlepas.

Tanpa Nama berkata...

kita kena cari cara atau kaedah lain supaya perokok berpindah kepada kaedah tersebut. contoh masukkan sesuatu bahan yang boleh mempercepatkan hasil kemudaratan kesihatan kepada perokok. cara begini kelak mereka akan takut untuk merokok. kalau boleh kaedah lebih cepat mati lagi bagus. kalau ditegah mereka ini dengan cara nasihat atau lain kata berlembut mereka tetap engkar.

Tanpa Nama berkata...

hishamudin menteri umno tu pun hisap rokok

Tanpa Nama berkata...

rokok, benda yang tak beri faedah langsung pada diri manusia.. dalam rokok ada ke kalsium, protein, karbohidrat, vitamin, garam mineral? benda yang takde pekdah lagi, nak buat apa dilayan.. tak pernah lagi jumpa sesape memberitahu ada kebaikan dalam menghisap rokok ni..

walaupun kerajaan menghabiskan banyak duit untuk kempen TAK NAK, tapi keuntungan yang dikaut hasil cukai rokok yang naik setiap tahun adalah lebih banyak.. jadi, itu yang menyukarkan kerajaan mengharamkan rokok, kerana bakal menjejaskan kewangan kerajaan..

Tanpa Nama berkata...

Saya Zharfan, penyokong Idham Lim

Saya canggah artikel diatas kerana realitinya tiada yang berlaku dan hanya tinggal sehelai nota amaran.

Jepun masih ketinggalan berabad tentang larangan rokok berbanding Malaysia.

Saya canggah artikel diatas sebab realitinya memang tak ada kecuali TASPO (Tabako Pasupoto) untuk mencegah remaja membeli rokok dari mesin automatik sahaja bukan untuk kedai runcit.

Harga rokok di Jepun masih murah iaitu 300 Yen dan tak ada kenaikkan berbanding Malaysia iaitu RM 9.30.

Jepun hanya mengenakan larangan merokok dengan alasan keselesaan kan keselamatan bukannya kesihatan. Berbanding Malaysia iaitu demi kesihatan.

Di Tokyo, merokok sambil berjalan adalah salah sebab api rokok terkena kanak-kanak, bukannya sebab asap merbahaya kepada orang lain.

Semua drama Jepun malah kartun kanak-kanak Jepun ada agedan merokok berbanding Malaysia hanya filem berunsur gangsterisme ada agedan merokok.

Merokok memang sudah menjadi budaya Jepun sejak dari dahulu lagi. Hampir semua rakyat Jepun merokok. Bagi orang Jepun, tidak merokok adalah perkara pelik dan hairan.

Jepun masih membenarkan iklan rokok dan kerajaan mengalakkan merokok.

Kalau nak mengharamkan rokok. Cuba ikut Bhutan.

Bhutam memang amat-amat tegas mengharamkan rokok serta mengimport rokok dikira sebagai mengimport dadah.

Tanpa Nama berkata...

Saya Zharfan sekali lagi.

Kedai di Bhutan langsung diberi amaran daripada kerajaan supaya dilarang menjual dan menyimpan rokok sama sekali.

Warganegara asing yang melawat Bhutan juga tidak dikecualikan untuk merokok di Bhutan dan rokok akan dirampas serta-merta di kastam walaupun sebatang pun.

Sesiapa seludup rokok ke Bhutan untuk penjualan akan dikenakan hukuman serupa seludup dadah ke Bhutan.

Saya rasa, elok juga perokok tegar bercuti di Bhutan untuk berhenti merokok dan menikmati udara segar Himalaya di Bhutan.

Sambung pasal rokok di Jepun.

Setiap kali saya mecuba kereta terpakai dari Jepun atau pernah dimiliki oleh orang Jepun, pasti ada bau rokok amat kuat sehingga meloyakan tekak. Saya ada sebuah kereta terpakai dari Jepun, ada puntung rokok dalam kereta dan bau rokok sehingga saya terpaksa buka tingkap untuk jemur di bawah matahari dan meletak arang untuk menyahkan bau rokok. Orang Malaysia yang merokok dalam kereta pun tak ada bau rokok dalam kereta mereka.

Di Jepun, kerajaan Jepun memonopoli industri tembakau bernama JT(Japan Tobacco) manakala di Malaysia tidak. Sebab itu rokok di Jepun sentiasa murah dan kerajaan tak berani naikkan harga rokok kerana bila tiada orang membeli rokok, maka rugilah ekonomi Jepun serta meruntuhkan ekonomi Jepun yang tenat.

TASPO yang saya bidaskan adalah kad elektronik untuk mencegah bawah umur dari beli rokok dari mesin jualan automatik SAHAJA. Bawah umur boleh beli rokok di kedai biasa dan TASPO tak sah di kedai biasa sebab bawah umur Jepun sudah biasa dengan tabiat bapa dan datuk menghisap rokok dan menyuruh anak dan cucu membeli rokok untuk mereka dan ianya menjadi perkara biasa serta diterima oleh masyarakat Jepun. Berbanding di Malaysia, bawah umur tidak dibenarkan membeli rokok walaupun untuk orang tua mereka.

Seperti saya katakan, Jepun masih berabad-abad ketinggalan tentang kesedaran bahayanya rokok terhadap kesihatan berbanding Malaysia manakala Bhutan ialah paling kehadapan tentang kesedaran rokok sehinggakan rakyat Bhutan yang terpencil tak tahu apa itu rokok.

Tanpa Nama berkata...

ada lesen atau x ......rokok dan arak tetap datangkan penyakit , jadi.......x payah nk sibok2 cakap pasal rokok dan arak seludup , yg lawaknya , rokok arak yg x de cukai ...di gelar haram , yg ada cukai pulak mcmana .......halal ke ? Aku harap supaya rokok seludup jgn sampai putus kat malaysia ....sebab , inilah masanya rakyat malaysia nk kumpul duit .....hidup rokok seludup !!