IPPOH,16 Okt:-Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat terkejut dengan banting-banting yang telah di naikkan di sekitar Bandar Ipoh berkaitan Pelancaran 1Malaysia pada 18 Oktober ini di Stadium Perak, Ipoh oleh Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang tertera logo UMNO / Barisan Nasional (BN).
DPPN Pk melihat bahawa pelancaran ini jelas menunjukan bahawa penganjuran sebenar 1Malaysia ini adalah program khas UMNO / BN untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa. DPPN Pk amat kesal kerana peruntukan kewangan kerajaan dan rakyat yang disalurkan untuk pelancaran ini di salahgunakan oleh UMNO / BN.
DPPN Pk mempertikaikan tujuan pelancaran ini diadakan kerana ianya bermotif politik UMNO / BN sahaja. DPPN Pk juga amat kesal kerana wang rakyat dibazirkan untuk kepentingan politik UMNO / BN sahaja. DPPN Pk mendesak penjelasan segera daripada Kementerian Penerangan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri Perak berkaitan pelancaran ini yang dikaitkan secara jelas dengan UMNO / BN.
DPPN Pk juga meminta seluruh ahli Dewan Pemuda PAS Negeri Perak supaya tidak hadir ke pelancaran tersebut kerana ianya adalah jelas bertujuan untuk politik UMNO / BN sahaja. Pelancaran ini jelas memperalatkan rakyat dan juga tidak mengutamakan kepentingan wang rakyat di dalam menjalankan amanah untuk mentadbir kerajaan negeri.
SALMAN SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak
6 ulasan:
DS Najib coined the idea of 1Malaysia.....but the states in Malaysia under the Opposition are treated like 'step-sons'.... Pelik tapi Benar ..!!!
Tanda2nya memang sudah jelas, DUN Perak akan dibubar bila-bila masa sahaja, apabila BN sudah mendapat respon positif sokongan rakyat Perak telah Kembali kepada BN, PM1MALAYSIA ini akan mengarahkan ZAMBRY MB HARAM mengadap Tuanku mohon perkenan pembubaran DUN, itupun kalau berani la...
semua sekolah yg memiliki bas diarahkan untuk menghantar 40 org pelajar ke sambutan tersebut sedangkan pada keesokannya, para pelajar tersebut akan pergi ke sekolah untuk hari persekolahan mereka. jadi, siapa pergunakan siapa?
minta rakyat perak yg tak da apa-apa hal pergi ramaikan stadium supaya umno/bn sangka rakyat dah terima mereka , jadi akan cepat bubarkan dun..
BN tak berani bubar DUN bimbang kalah teruk!!! Insyallah UMNO/BN tumbang PRU13.
minta suma penyokong pr jgn takabbur...ingat cakap sj xguna.. kalu xda gerak kerja yg baik. pikir2 lah.
Catat Ulasan