17 Oktober 2009

Majlis Sambutan Hari Raya Dewan Pemuda PAS Perak bersama Parti Politik, Jabatan Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan dan Media meriah

IPOH, 15 Okt: - Majlis Sambutan Hari Raya yang telah di anjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Perak meriah dengan kahadiran oleh tetamu jemputan pada hari tersebut.

Antara tetamu jemputan yang telah hadir adalah Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim yang sudi hadir bersama pada majlis tersebut.

Pimpinan PAS Perak yang hadir adalah Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussien dan Timbalan Pesuruhjaya merangkap Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

Dikalangan pimpinan Badan Bukan Kerajaan yang hadir terdiri daripada ABIM dan juga JIM. Dikalangan pegawai-pegawai Jabatan Kerajaan telah hadir pada majlis tersebut yang amat meriah sekali.

'Untuk makluman semua agensi kerajaan telah kami jemput pada hari ini dan antaranya Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Abdul Rahman Hashim yang tidak dapat hadir bersama' nyata Zawawi Hassan.

Majlis yang meriah tersebut juga menjemput parti politik pemuda seperti Pemuda UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan juga PPP. 'Tetapi semuanya tidak dapat hadir' nyata Raja Ahmad selaku pengerusi majlis.


4 ulasan:

Awanama berkata...

salam...
nk tanya sikit YB
apsal pemuda buat majlis nie kt hotel...
knapa x buat kt kawasan terbuka... kn senang org nmpak....
pelik laa...
sekadar pendapat...

Awanama berkata...

ana tak setuju dengan dasar pemuda negeri buat program dgn org kerajaan.Lepas ni ana tak nak joint lagi program pemuda pas perak... oh..bila nak sokongan buat kempen pemuda suruh kita org konvoi lah.. buat itu ini.. tapi bila bab jamuan hari raya buat kat hotel... kenapa tak ajak pemuda-pemuda seluruh perak dan remaja-remaja dekat dengan pemuda pas .... itu belum lagi ada jawatan dlm kerajaan..lepas ni tak tau lah...

Awanama berkata...

Assalamu'alaikum,
Saudara tanpa nama 6:15am
Sabo dulu yeop, belajole sikit tentang ilmu stratiji politik, jangan kighe nak balon je, tengok dulu hasilnya, kemudian baru kemen, jangan mengeloh, itu tanda iman mule nak menipis, sabo ye! Ok, assalamu'alaikum.

Awanama berkata...

salam...
sepatutnyerr pemuda PAS tumpukan bagaimana nk dekati golongan pemuda
strategi yg disebutkn kt atas tue biarlaa pimpinan utama yang buat...
xkn nk dahului pesuruhjaya