17 Oktober 2009

Pemuda PAS Perak bantu ringankan beban satu keluarga berbangsa India yang tinggal di kilang terbiar

Pemuda PAS Perak melalui Naib Ketua Salman Saleh telah memberikan sumbangan kepada keluarga malang tersebut.


IPOH, 16 Okt :- Dewan Pemuda PAS Negeri Perak yang pernah mengadakan program 'Pemuda, dekat dihati...' meneruskan programnya tanpa mengira bangsa.

Kali ini melalui Lajnah Kebajikan dan kemasyarakat dengan kerjasama Lajnah Perpaduan Nasinal telah memberikan bantuan keperluan dapur dan barangan harian kepada satu keluarga berbangsa India yang tinggal di sebuah kilang terbiar di Zon Perdagangan Bebas Jelapang.

Turut di sumbangan wang untuk meringankan beban kepada keluarga tersebut yang mempunyai 5 orang anak yang tidak bersekolah.

Pemuda PAS Perak yang diketuai oleh Naib Ketua Salman Saleh yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan bersama Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Ridzuan Rashid telah ke kediaman mereka yang serba daif tersebut hari ini.

Turut hadir Penolong Setiausaha Safarizal Saleh.


Tiada ulasan: