17 Oktober 2009

Berebut adakan rumah terbuka minggu terakhir Syawal

KUALA LUMPUR, 16 Okt: Pelbagai pihak mengambil kesempatan hari minggu terakhir bulan Syawal tahun ini, iaitu Sabtu dan Ahad ini, untuk mengadakan rumah terbuka masing-masing.

PAS Pusat akan mengadakan hari terbukanya petang Ahad ini selepas mengadakan mesyuarat AJK PAS Pusat pada sebelah paginya.

Majlis itu akan diadakan di Dewan Datuk Fadzil Nor, Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar iaitu mulai jam 2 hingga 5 petang.

Semua para pemimpin PAS dijangka akan menjadi tuan rumah majlis ini termasuk Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Pada tahun-tahun yang lepas, majlis lebih awal diadakan namun oleh kerana pilihan raya kecil Bagan Pinang, majlis ini terpaksa ditunda hingga ke hari minggu terakhir bulan Syawal.

Esok, 17 Oktober, anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali juga mengadakan hari terbuka untuk penduduk kawasannya.

Ia akan diadakan mulai jam 2 - 5 petang di Laman Parkir, Taman Tasik Ampang Hilir. Dr Lo' Lo' menjemput semua penduduk Titiwangsa untuk menjadi tetamunya di majlis ini.

(Gambar:Lemang menjadi juadah utama hari raya. Petugas PAS Bandar Tasik Puteri membakar lemang untuk hari terbuka mereka Ahad ini)

PAS Kawasan Selayang juga mengambil kesempatan hari minggu terakhir ini untuk mengadakan rumah terbuka esok (Sabtu).

Menurut Yang Dipertua PAS Selayang, Haji Mohamad Abdul Rahman, majlis yang dibuat dengan kerjasama MTD Dun Templer itu akan diadakan di Jalan 2/16 Bandar Baru Selayang mulai 7.30 malam - 11 malam.

MTD Dun Kuang di bawah Parlimen Selayang juga mengadakan majlis esok iaitu mulai jam 9.00 pagi hingga tengahari.

PAS Cawangan Bandar Tasik Puteri, salah satu cawangan PAS di Selayang juga mengadakan hari terbuka hujung minggu ini.

Ia diadakan di Puteri Centre Park, Bandar Tasik Puteri Ahad, 18 Oktober ini mulai jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Berpuluh-puluh batang lemang mulai dibakar untuk majlis ini.

Selain badan-badan politik, turut mengambil kesempatan di hari minggu terakhir ini adalah pelbagai pihak lain termasuk individu.

Ia menjadi tradisi sambutan hari raya yang dibuat di bandar-bandar iaitu melalui konsep rumah terbuka di sepanjang bulan Syawal.

Mereka yang terpaksa menunda sehingga selepas Syawal tetap menamakan hari terbuka mereka sebagai bulan Syawal. Misalnya, 38 Syawal walaupun Syawal sebenarnya sudah berlalu.

Esok dijangka hari paling sibuk kerana selain Syawal, turut dirayakan adalah Depavale bagi penganut agama Hindu. Harakahdaily/-

Sementara itu PAS Perak pula pada 18 Oktober juga menganjurkan rumah terbuka yang akan diadakan di Arena Squre Batu gajah dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bertembung dgn Program PAS Negeri..Jadi YB tak ader ler di Tmn Melewar nanti.. Nona Ratana Chulaborn.

Tanpa Nama berkata...

Kebanyakan blog pakatan rakyat tidak memaparkan ucapan hari deepavali.Kalau nak undi cari mereka tapi nak ucap susah.......macamana kita nak menang