17 Oktober 2009

Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) Menggagalkan Program Pembacaan Kitab Hadis Anjuran PMRAM

http://mujahidazhar.blogspot.com/

Hati ini sedih apabila mendengar khabar dari Mesir, Pengajian Tafaqquh Kutub Sittah telah digagalkan oleh JPMK.. Berita yang saya terima berbunyi :

majlis kutub sittah cuba digagalkan oleh saffrah..dengan sekeping surat bertanda tangan PROF JAMIL b HASHIM dihantar ke syuun dewan ACC dan IMAM AKBAR AL AZHAR SYEIH TANTAWI yang memohon agar program ini tidak diadakan atas beberapa sebab yang telah dinyatakan di dalam surat berkenaan antaranya kerana PMRAM adalah parti politik pembangkang..Apakah kita mahu melihat usaha baik Shabat-sahabat kita bersama para ULAMA" AZHAR untuk menganjurkan program ini dihalang oleh pihak SAFFRAH yang tidak bertanggungjawab?? apakar perasaan kita?? dimanakah sensitiviti kita..ULAMA" telah dipermainkan...mari sama2 kita mendoakan yang terbaik untuk ISLAM

---------------------------------------------------------------------

Ia dihantar dalam bentuk YM. Ringkas, tapi menyedihkan. Dalam masa yang sama, beberapa Azharian Blogger mula menyiarkan artikel dan ulasan mereka, berkenaan pengharaman ini. Sayapun bingung apabila mendengar berita ini. Walaupun saya masih berada di Malaysia, namun, seolah-olah kemurungan ini berlegar di sekitar telinga ini.


Selain itu, di dalam Web PMRAM juga menyiarkan berita...

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam, Selawat dan salam buat junjungan Nabi SAW dan ahli keluarga Baginda yang tercinta, serta seluruh sahabat Ridhuwanullah alaihim Ajma`in.

Dukacita dimaklumkan kepada semua ahli yang telah mendaftarkan diri untuk menyertai Majlis Pembacaan Kutub Sittah (siri pertama) yang akan diadakan pada 17 -20 Oktober 2009 ini telah cuba digagalkan oleh Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK).

Namun begitu PMRAM selaku penganjur program akan berusaha sedaya upaya bagi memastikan program ini akan dapat dilangsungkan seperti yang dirancang.

Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berkaitan program tersebut, sila dapatkan maklumat terkini di laman web rasmi PMRAM, www.pmram.org ataupun di portal rasmi kutub sittah,www.kutubsittah-pmram.blogspot.com . Segala penjelasan dan maklumat terkini berkaitan permasalahan tersebut akan dijelaskan pada hari Khamis ini bersamaan 15 Oktober 2009.

PMRAM memohon segala kerjasama daripada seluruh ahli PMRAM agar bersama-sama berdoa dan bersolat hajat supaya majlis tersebut berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang.


Sekian,

Mohd Adlan bin Mokhtaruddin
Pengarah Majlis Pembacaan Kutub Sittah PMRAM 2009.

------------------------------------------------------------------

Sebelum saya pulang ke tanahair pada 24 Ogos lalu, saya sempat menghadiri Mesyuarat Adhoc Pelaksana Majlis Pembacaan Kutub Sittah. Ketika itu, saya hanya mewakili Ustaz Faqrurrozi sebagai Pengarah PMC untuk berada di dalam mesyuarat tersebut.

Hati ini semakin runsing apabila dapat tahu tarikh majlis yang mulia ini diadakan ketika saya berada di Malaysia. Rasa rugi yang teramat sangat apabila tidak dapat mengikuti program seperti ini. Saya tidak ingin mengulas lebih panjang tentang perkara ini, bagi seluruh rakyat Malaysia yang ingin mengetahui tentang Majlis Pembacaan Kutub Sittah anjuran PMRAM sila klik pada address di bawah..

http://kutubsittah-pmram.blogspot.com/

http://www.pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=696:pmram-optimis-menjayakan-majlis-pembacaan-kutub-sittah&catid=1:pmram&Itemid=63

http://www.pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=694:makluman-majlis-pembacaan-kutub-sittah&catid=6:pengumuman&Itemid=68


Ulasan

Telinga ini sering terngiang-ngiang tuduhan yang dilemparkan kepada Mahasiswa al Azhar. Ada yang kata kita ni tido memanjang, malas ngaji, kuliah tak pegi, duk Mesir bertahun-tahun tapi ilmu hapak, berniaga ngalahkan businessman .. dan bermacam-macam lagi.

Semua yang buat tuduhan ini, bukanlah mahasiswa al Azhar pun. Bahkan Mesir pun tak pernah dijejakkan kaki. Sumber mana depa dapat entahlah. Tetapi, yang peilknya, sepanjang beberapa bulan berada di Malaysia ini, tiada seorang pun yang bertanya tentang perkara ini.

Bahkan, ramai yang bertanya kepada saya tentang kebajikan mahasiswa kita yang berada di sana. Ramai juga yang bersemangat memberi sumbangan dan sebagainya. Ha.. perkara yang paling melucukan, apabila ada yang mengatakan mahasiswa al Azhar tak pandai berbahasa arab. Tercuit hati ini apabila mendengar komen seperti itu.

Soalan saya untuk mereka yang berkata demikian, mahasiswa Melayu yang belajar di universiti di Malaysia pun, banyak juga salah bercakap dalam Bahasa Melayu. Mahasiswa Malaysia di UK contohnya, ada juga yang tidak pandai berbahasa Inggeris. Contoh lagi, orang India atau China, yang lahir di Malaysia, masih ramai yang tidak fasih berbahasa Melayu. Bahkan peperiksaan Bahasa Melayu dalam SPM pun, ada juga yang tidak lulus.

Bukanlah niat ini untuk memburukkan sesiapa, jauh sekali untuk menghina bangsa lain. Tetapi cuma mengumpamakan sebuah contoh yang boleh difikirkan bersama. Saya sendiri yang belajar di Mesir, masih ramai warga Mesir yang tidak fasih berbahasa Arab! Kadangkala apabila kita bercakap Bahasa Arab (Baku), ada yang tidak memahaminya.

Ini baru satu. Yang lain-lain tu, boleh fikirkan sendiri. Hati ini berniat mengulas tentang usaha menggagalkan pengajian yang dilakukan oleh pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah. Sampai sekarang, saya masih lagi mengumpulkan sebanyak mungkin sebab JPMK berbuat demikian. Tetapi apabila sudah berjuta-juta kali berfikir, sebabnya hanya satu... iaitu politik.

Dari dulu lagi PMRAM dituduh sebagai parti politik. Saya pun tak faham. Kalau PMRAM itu sokong pembangkang sekalipun, takkanlah Majlis Pembacaan Kutub Sittah ini hendak dibatalkan juga. Adakah tenaga pengajarnya di kalangan Parti Pembangkang? Tak juga... Syeikh-syeikh yang mengajar semuanya berbangsa Mesir.

Dato Hamid Othman, dulunya adalah Badan Pengurus PMRAM. Sebenarnya ramai lagi, cuma saya yang tidak tahu. Saya terfikir juga, mungkin disebabkan keselamatan... Tapi, apa yang tak selamatnya. Syeikh-syeikh yang mengajar bukannya Ikhwanul Muslimin pun. Bahkan PMRAM sendiri merujuk Kementerian Kemasyarakat Mesir sebelum merancang untuk melaksanakan apa-apa program.

Bertambah pelik apabila tidak kelihatan pun usaha JPMK atau seangkatan dengannya, untuk meningkatkan prestasi pembelajaran mahasiswa al Azhar. Tetapi kenapa ya, pengajian ini pula yang digagalkan oleh mereka. Apa salahnya untuk mengaji dengan masyaikh Azhar?

Dengan kata lain, inilah antara tanda akhir zaman. Ilmu itu disekat daripada tersebar. Institusi ulama diganggugugat dan dipermainkan. Tak tahu lah saya, apakah suara hati syeikh-syeikh yang mengajar, apabila mendapat tahu berita penggagalan ini.

Akhir sekali, berita ini yang disiarkan di dalam web PMRAM..

PMRAM Optimis Menjayakan Majlis Pembacaan Kutub Sittah

Kaherah, 13 Oktober - PMRAM sekali lagi mengadakan pertemuan bersama Ketua Pengarah ACC , yang merupakan tindakan lanjutan daripada usaha pihak JPMK untuk menggagalkan program Majlis Pembacaan Kutub Sittah.

Pemangku Presiden PMRAM, Saudara Shahrizan Mohd Hazime bersama Pengarah Program, Saudara Mohd Adlan Mokhtaruddin telah berkunjung ke dewan tersebut meminta penjelasan dari pihak pengurusan ACC. Ini merupakan kunjungan kali ketiga pihak PMRAM ke dewan ACC setelah mendapat makluman usaha membatalkan program ini oleh pihak JPMK. Usaha ini akan diteruskan oleh PMRAM sehingga terlaksananya Majlis Pembacaan Kutub Sittah ini dengan jayanya.

Di samping itu, pihak PMRAM sentiasa menghubungi pihak JPMK untuk meminta penjelasan dan mengatur pertemuan. Namun begitu maklum balas yang diterima sangat mendukacitakan.

Pihak PMRAM selaku penganjur sekali lagi memohon jasa baik semua pihak untuk terus berdoa supaya usaha untuk menggagalkan majlis ini tidak berjaya.


13 ulasan:

david ahmad muniandy berkata...

universiti al azhar adalah paling baik sekali di dalam dunia ini, itu cuma zahir sahaja...secara batinnya universiti di timur tengah amat banyak....tetapi tanya diri adakah diri sendiri tekun belajar dan mencari ilmu dan mencari rahsia yang Allah bagi kat diri sendiri....

Tanpa Nama berkata...

jamil hashim rektor kuin tu umno ka?klu umno sungguh,habaq kt ust.azizan la...dia yg lantik!!!
ataupun puak umno tu saja yg kacau...takut apa...buat ja di masjid al-azhar...ataupun sewa dewan...ala...jgn pening2 sangat,kita pejuang islam kena la bijak,puak umno kapiaq ni memang selamanya tak suka pd islam,,,biasala tu
mesir bukan tanah ayaq umno,takut apa...belasah ja...

Tanpa Nama berkata...

Apa yang saya diberitahu dari sumber yang dipercayai, taraf kualiti Universiti Al-Azhar adalah seperti berikut:

Sarjana muda di Al Azhar = Master bagi bidang akademik di IPT Malaysia.

Master di Al Azhar = PhD di IPT Malaysia.

Taraf PhD di Al Azhar = tak tercapai oleh kita di Malaysia. Mampukah kita nak menerima hakikat apabila gagal satu matapelajaran pada tahap ini, kita perlu mengulang kembali semua matapelajaran dari awal, apabila gagal lagi diulang semula untuk 'semua matapelajaran', berterusan walau pun hanya gagal di dalam satu pelajaran diambil. Sebelum seseorang itu dapat dinyatakan sebagai cendiakawan Islam.

* Mereka yang pernah belajar di Al Azhar, mohon komen anda berhubung kebenaran perkara ini.

Islah berkata...

yg lain ana setuju, tetapi azhari@ah mmg xmahir berbahasa arab fushah..jgn bandingkan dengan pelajar yang lemah BM dlm SPM tapi nisbahkan antum dengan graduan Jordan.

Tanpa Nama berkata...

saya pelajar perubatan di Mesir, kami disini diugut untuk tidak menyertai PMRAM.. kami diugut akan disekat biasiswa jika menyertai PMRAM.. kat sini, pihak kedutaan xde kuasa sangat..segala urusan berkaitan keselamatan dan kebajikan pelajar banyak diuruskan oleh pihak PMRAM berbanding kedutaan kat sini..urusan kami dengan kedutaan hanyalah untuk mengesahkan keputusan peperiksaan sahaja..jgn terkejut,penduduk mesir xleh bercakap dalam bahasa arab fushah (bahasa rasmi AL-QURAN), dorg guna bahasa arab pasar jer..kad keahlian PMRAM lebih popular dalam kalangan pihak keselamatan di Mesir..polis dan tentera Mesir kat sini xlayan lau tunjuk kad kedutaan..kenapa kita mesti bermusuhan walaupun sesama warganegara Malaysia??cubalah berlaku adil demi kepentingan kita bersama di perantauan..JANGAN memperbodohkan pelajar-pelajar kat Mesir..kami bakal menjadi pengundi xlama lagi..walaupun kami jauh dari tahan air, tapi setiap peristiwa yang berlaku kat Malaysia kami tahu..walaupun kami sibuk dengan belajar,kami ambik tahu setiap perkara penting kat Malaysia..pasal semua pilihanraya kecil, politik kat Perak,perhimpunan agung UMNO,ranking rasuah Malaysia dalam dunia..kami ada butiran setiap ucapan perwakilan..kami ambik tahu politik Malaysia, sebab kami SAYANG Malaysia..kami tahu sape betul sape salah, kami baca semua artikel dari pihak kerajaan dan pembangkang..kami akan hukum pihak yg salah bila kami mengundi nanti..

Tanpa Nama berkata...

nadi umno republik arab mesir tu apa pulak? kelab bela biawak ka??? kalau bukan pertubuhan politik???

ketuakakibangku berkata...

saya nk wat pembetulan sikit t'hadap komen 'tanpa nama'...

Raktor KUIN tu bukan Jamil Hashim ye..tp Prof. Dr. Jamil Osman...bekas Dekan Kulliyyah Ekonomi UIAM..

sbelum bagi komen,pastikan anda betul2 tau apa yg anda cakapkan.blh timbul fitnah nnt.

wassalam

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) berkata...

masya-Allah, sampai ke mesir ye mereka melaksanakan keditaktoran umno. sungguh saya tak sangka sebab saya tak pernah ke luar negara.

patut laa bersungguh2 mempertahankan AUKU.

setinggi-tinggi bintang di langit, sampai masa supernovanya, tetap akan meletup lah ia menjadi lubang hitam sehina tong sampah saja perilakunya nanti.

huh, tak guna punya penyokong diskriminasi & anti demokrasi ini!

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya Kedutaan Malaysia telah diperalatkan oleh kerajaan umno Malaysia. Mereka bimbang pelajar-pelajar yang belajar kat sana balik sokong pembangkang. Kenapa nak disalahkan kepada pelajar yang menyokong parti pembangkang khususnya PAS kerana apa yang mereka belajar disana adalah bersumberkan Alquran dan Hadith. Apa yang mereka belajar adalah yang selari dengan perjuangan PAS. Iaitu dasar perjungannya ialah bertunjangkan Al-quran dan Al-sunnah. Berbeza dengan UMNO mereka adalah parti sekular yang secara terang menolak Alquran dan Al-sunnah.

Oleh itu saya berpesan kepada sahabat2 saya di bumi ambiya' jangan takut dengan sekatan dan ugutan dari mereka yang cuba nak hapuskan cahaya kebenaran ALLAH nescaya mereka tidak akan berjaya menyekat kebangkitan Islam yang semakin hari mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia untuk sama-sama menegakkan Daulah Islam di bumi malaysia. Ingatlah segala perancangan mereka akan digagal dan dihancurkan oleh Allah SWT.Cuma kita wajib beristiqamah dalam perjuangan ini sehingga hari Qiamat dan jangan berputus asa merempuhi rintangan dan halangan dalam memperjuangkan Islam.

Tanpa Nama berkata...

pelajar mesir tido dan tak gi kulliah,tu memang ada dan agak ramai gak.Tak lulus? dengan jugak ramai.Asyik bisness memang ada,duk bertahun juga ada,berbanding antara keluaran timor tgh..dari segi kualiti bahasa jugak ilmu...azharian memang agak kebelakang(tak nafi ada yg hebat).Asyik duk kelahi je korang kat sana,takleh ke jalin kerjasama?

Isu diatas kena selidik duduk sebenar dan punca jd gitu..maafla,sy kurang percaya sekalipun azharian yg timbulkan hal ni

Tanpa Nama berkata...

salam..YB Idhamlim..apa alamat rumah YB?saya orang perak nak pergi ziarah...insyaallah..saya mahasiswa al-azhar yang sedang bercuti dan akan pulang ke mesir..insyaallah..

Idham Lim (林川興) berkata...

saya tinggal di parit buntar, tel saya 0194807051 kita atur ziarah yang direncanakan....

ibnumohd berkata...

aherah, 17 Oktober - Majlis Pembacaan Kutub Sittah anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir berjaya dilangsungkan dengan jayanya. Berkat usaha gigih serta doa daripada semua pihak, Allah mengizinkan majlis pembacaan hadis Rasulullah s.a.w daripada kitab Sahih Bukhari dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang gangguan dan masalah yang tidak diingini.

Sesi pendaftaran para peserta bermula seawal jam 8.00 pagi dan majlis perasmian disempurnakan oleh al-Allamah Syeikh Dr. Usamah al-Azhari. Para peserta terpegun dan bersemangat dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh Syeikh Dr. Usamah. Turut bersama dalam majlis perasmian adalah al-Allamah Syeikh Dr. Jamal Farouq.

Majlis pembacaan hadis Rasulullah s.a.w daripada kitab Sahih Bukhari dimulakan pada jam 1.15 petang secara bergilir-gilir oleh al-Allamah Syeikh Dr. Jamal Farouq, al-Allamnah Syeikh Dr. Yusri Rushdi Sayyid al Hasani dan al-Allamah Syeikh Dr. Usamah al-Azhari. Sekitar jam 2.45 petang, majlis berhenti rehat seketika dan sesi pembacaan Sahih Bukhari kembali diteruskan pada jam 3.45 petang oleh al-Allamah Syeikh Dr. Jamal Farouq sehingga waktu maghrib. Pada hari pertama program, dianggarkan lenih daripada 630 peserta yang hadir bagi menjayakan majlis pembacaan hadis tersebut.

Majlis pembacaan diteruskan seusai solat maghrib oleh al-Allamah Syeikh Dr. Rifa'at Fauzi Abdul Mutalib ditemani al-Allamah Syeikh Dr. Yusri Rushdi Sayyid al Hasani. Sepanjang majlis berlangsung, para masyaikh telah membaca Sahih Bukhari bermula daripada hadis yang pertama pada Kitab Bad el Wahyi sehingga hadis yang ke 186 pada Kitab al Wudu'. Majlis berakhir sekitar jam 8.30 malam.

Semoga usaha murni Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir yang menganjurkan Majlis Pembacaan Kutub Sittah bersama para masyaikh Al Azhar dilimpahi keberkatan, rahmat dan mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t serta dapat diteruskan sehingga keakhirnya. Majlis tersebut akan diteruskan sehingga ke hari terakhir pada 20 Oktober 2009. Segala maklumat lanjut, bolehlah merujuk terus kepada laman blog rasmi Majlis Pembacaan Kutub Sittah di alamat