01 Disember 2009

Keadaan Trafik Di Lebuhraya Utara-Selatan Sesak

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Keadaan trafik di beberapa bahagian di Lebuhraya Utara-Selatan pada hari Ahad sesak berikutan ribuan warga kota mula kembali ke ibu negara selepas cuti sempena perayaan Aidiladha Jumaat lepas.

Jurucakap Plus Expressways Sdn Bhd (PLUS) berkata kesesakan berlaku di Plaza Tol Pedas-Linggi ke kawasan Rawat dan Rehat (R & R) Seremban di KM266 sejak pukul 4 petang tadi.

"Trafik turut sesak di kawasan Gurun, Kedah, berikutan terdapat satu kemalangan di KM57. Begitu juga di Kuala Kangsar menuju ke R & R Sungai Perak kerana terlalu banyak kenderaan berhenti rehat di situ dan tidak dapat menampung jumlah kenderaan.

"Dekat terowong Menora antara Kuala Kangsar ke Ipoh Utara (kawasan Jelapang) juga sesak kerana kenderaan bergerak perlahan berikutan lorong mendaki di situ," katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurutnya kenderaan bergerak secara perlahan dari Gua Tempurung menghala Slim River disebabkan banyak kenderaan memasuki R & R Tapah.

"Warga kota mula pulang ke ibu negara setelah menghabiskan cuti Aidiladha kebanyakan dari arah utara. Bagaimanapun selepas persimpangan Slim River trafik bergerak lancar," katanya.

Beliau berkata pengguna yang ingin mengetahui maklumat trafik semasa bagi membantu mereka sebelum memulakan perjalanan boleh menghubungi Plusline dengan menelefon 1800-88-0000 yang beroperasi 24 jam.

-- BERNAMA

6 ulasan:

armouris berkata...

elak kemalangan, jangan SMS ketika memandu! - Bahaya SMS (Ketika Memandu)

Tanpa Nama berkata...

kesesakan di PLUS adalah kerana sikap pemandu sendiri. Contoh dari Pedas-Linggi ke Seremban..byk kenderaan yg mesuk ke h/way dari Seremban mengakibatkan kenderaan dlm h/way memperlahankan kenderaan. Seterusnya kenderaan dari selatan akan bergerak perlahan. Ditambah lagi sikap pemandu yg tidak sabar telah menggunakan laluan kecemasan dan jadilah h/way 4-lanes ke KL. Bila tiba di susur keluar dari Seremban terdapat pembahagi jalan yg menyebabkan lorong kecemasan itu tiris. Maka kenderaan yg ikut laluan kecemasan akan kena masuk semula ke lorong kanan dan membentuk satu "bottle-neck". Bilangan kenderaan yg banyak menjadikan keadaan lagi teruk.

di TOL pula, masih ramai yg tidak menggunakan kemudahan TnGo / SmartTAG. TnGO amat mudah didapati, ia boleh dibeli dimana2 kedai yg jual top-up untuk prepaid. Satu kad berharga RM20 dan terus ada nilai rm10 utk terus digunakan. Utk tambah nilai kemudahan ada di mesin ATM (especially Maybank). Harap adakan kempen utk galakkan TnGO/SmartTAG

Tanpa Nama berkata...

touch n go? jahanam dgn projek bengong umcino.. bagi duit buta jer kat umno.. bila tak guna bukannya dia bagi faedah keuntungan pun, ye lah duti terperap dlm tu.. dah tu pulak kalu jem bukan dia nak announce awal-awal sebelum masuk tol yg laluan sedang jem.. dah tu kalu jem bukannya ada diskaun pun.. jahanam dgn plus, tabungan 'cash' umcino.

Tanpa Nama berkata...

mmg pun...g mampos ngan plus n umno

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Pd hari2 sesak spt ahad dan public holiday(time org bduyun2 blk ke arah KL) knp plus x wat tidal flow (contohnya)?

Maybe blh kurangkan kesesakan.

Plus patut bertanggungjawab jg dan lakukan sesuatu dlm hal ni.

Jgn biarkan pengguna jln raya teraniaya..

Dah la kene bayar, service entah hape-hape.

Sampai bila nak jd camni, bilangan pengguna dan kenderaan makin bertambah, sedarlah wahai PLUS..

Unknown berkata...

PLUS peduli apa semua tu, janji masyyyuuukkkk... kasi sama kroni diaaa yg duk nganga saja tuuuu