01 Disember 2009

Royalti minyak: Nik Aziz pertahan isu doa

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan bahawa tidak salah dari segi agama Islam jika mendoakan seseorang itu dilaknat Tuhan jika mereka mempunyai niat jahat terhadap seseorang lain.

Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau sanggup berhadapan dengan ulama yang membidas serta mengkritik kenyataannya itu dan mengingatkan beliau bahawa perbuatan sedemikian adalah haram di sisi Islam.

Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz berkata beliau akan berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak betul.

Menteri Besar Kelantan itu turut menjelaskan kenyataannya itu.

"Doa yang dimaksudkan itu (kepada Perdana Menteri) hanya meminta Allah memperbetulkan fikiran Perdana Menteri,(Datuk Seri Najib Tun Razak) iaitu beri (royalti) gas dan petrol kepada Kelantan, kalu tak beri juga, bermakna beliau berniat tak baik.

"Niat tak baik itulah yang saya minta dilaknatkan Tuhan tu...," katanya.

Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria, dalam laporan media hari ini dipetik sebagai berkata umat Islam sepatutnya berdoa dan memohon kepada Allah supaya memberikan hidayah, kesejahteraan serta keselamatan terhadap orang lain, terutama saudara seagama, bahkan kepada orang kafir.

Sementara itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat itu sebagai tidak masuk akal.

Katanya, perbuatan itu sebenarnya menggambarkan kelemahan dalam pemerintahan Nik Aziz sekaligus menunjukkan perpecahan kritikal di dalam PAS.

"Kita di dalam Umno bukan mahu mendoakan PAS berpecah tetapi kita bersyukurbkerana apa yang PAS tuduh, akhirnya perkara itu terkena tempias kepada mereka (PAS) sendiri.

"Mereka (PAS) tuduh Umno menimbulkan perkara yang boleh pecah belahkan PAS, kita (Umno) yang lagakan pemimpin mereka, tetapi bila kita sabar dalam cara kita bawa diri kita, akhirnya tuhan tunjukkan mereka yang terkena tempias mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis korban Umno Bahagian Sembrong dan pembasmian kemiskinan Giat Mara, di Kampung Contoh, dekat Kahang, di Kluang hari ini.- Bernama

malaysiakini/-

18 ulasan:

WUZARA berkata...

iada satu pun negara di dunia hari ini yang mengurus hasil bumi termasuk petroleum dan gas mengikut hukum Islam.Baik royalti mahupun wang ihsan, ia bukanlah bersumber dari hukum Islam. Jadi isu disini bukan kerana ia tidak diuruskan dengan hukum Islam, tetapi kerana kerajaaan pusat tidak memberi royalti.

Dalam Islam, segala galian yang dikategorikan secara fiqih sebagai ma'ul idd (air yang mengalir) dikategorikan sebagai milkiah ammah (kepemilikan umum). Pembahasan hukum milkiah ammah adalah berbeza dengan hukum kepemilikan negara, mahupun kepemilikan individu.

Tanpa Nama berkata...

orang umno ni memang ngok lebih-lebih lagi si auw tu

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum,

Sebenarnya klu nak ikutkan byk lagi doa-doa rakyat M'sia yg mahukan Allah turunkan bala pada pemimpin2 umno-bn yg kejam....dan pemimpin2 umno-bn ini memang tahu perkara itu tapi saja pekak telinga sbb takde kepentingan politik...

tapi bila TGNA begitu berterus terang dlm perbuatannya.....begitu kepoh umno-bn dan balaci2nya macam ayam lepas bertelur...

ketahuilah para pemimpin umno-bn yg kejam, kamu semua memang berhak didoakan sebegini diatas segala kekejaman kamu

Tanpa Nama berkata...

Walaupun hukum galian tak ikut hukum Islam. Masalah sekarang ialah perjanjian tidak ditepati pemimpin-pemimpin MUNAFIK. Macam mana nak jalankan hukum Islam yang dituntut Allah, kalau perjanjian yang dipersetujui bersama tidak ditepati oleh pihak-pihak berkepentingan. Mahunya didoakan si munafik tu tak leh kencing, sebab suka kencing (tipu) orang.

RAJA MUDA REMAN LONG GAFFAR alHasyimi berkata...

Sebagai pemimpin itu adalah tugasnya samada untuk mendoakan kesejateraan atau sebaliknya demi menjaga kepentingan rakyatnya. Itulah tugas seorang pemimpin yang sepatutnya dilakukan berdasarkan Al Quran dan hadis.

Rasulullah s.a.w. adalah contoh terbaik, kerana dialah rasul terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT dan diturunkan Al Quran kitab terakhir bagi memperlengkapkan kitab-kitab terdahulu yang berupa wahyu yang diwahyukan melalui perantaraan jibrail a.s. untuk disampaikan kepada umat manusia supaya faham, mengerti, memahami, menghayati dan mempergunakan segala yang diwahyukan berdasarkan firmanNya dan hadis-hadis Nabi untuk dipergunakan secara berakal dan berilmu.
Berdasarkan Al Quran dan hadis maka doa-doa yang dipertikaikan itu jelas tidak menyalahi atau bertentangan dengan Al Quran dan Al sunnah sekiranya mereka benar-benar orang-orang yang beriman
Oleh itu,sesiapa saja yang menentang bermakna tanpoa mereka sedari mereka telah menentang Al Quran dan Hadis. Titik!

Tanpa Nama berkata...

lepas ni aku nak doa jugalah pada orang PAS yang jahat2.....boleh gitu...

Ingat orang PAS ni baik belako ko?

Tanpa Nama berkata...

Isu doa laknat sedang rancak dimainkan oleh media perdana. Tiap-tiap hari keluar. Ramai pemimpin UMNO memberikan komen masing-masing dan ianya telah diperbesarkan dan diputarbelitkan sehingga Nik Aziz digambarkan sebagai sesat. Rakyat Malaysia semakin bijak dan biarlah rakyat yang menentukannya. Pada media perdana, teruskan kokokan semoga ada yang mendengar..

sirat al-mustaqim berkata...

salam...
ini pendapat saya tntg isu ini...sebenarnya,walaupun tok guru x mendoakan supaya laknat d turunkan kpd perdana menteri sekalipun,sunnatullah laknat itu pasti akan menimpa org2 yg zalim..ini janji ALLAH...ALLAH jamin siapa yg buat zalim pada orang,sunnatullahKU pasti akan jadi..ini ketetapan ALLAH..jadi,mufti2 yg nak kenyangkan perut sendiri,dengarlah...ALLAH itu maha mengetahui..maha melihat..siap sedialah untuk menjawab pertanyaan d akhirat kelak..orang alim yg fasik akan terjun dahulu ke neraka berbanding orang awam..ingatlah

Tanpa Nama berkata...

YB,rasa nya The Star lebih adil dlm memberi liputan kpd statement Tok Guru di Kota Bharu.Akbar berbahasa Melayu masih mengamal serkap jarang dan jahil dr sudut pemberitaan nya.Saya kasihan Tok Guru tapi lebih kasihan pd wartawan berkenaan.Sempat kah mereka menyiarkan ralat pd pembhongan yg dibuat.Hanya masa akan menentukan! Nona Ratana Chulaborn

Tanpa Nama berkata...

Takut pulak umno ni dgn doa org PAs yer...naper nak takut??? korang kan ada polis, askar, bomba , spr , sprm...

Tanpa Nama berkata...

doa org yg dizalimi makbul...
da berapa lama umno menzalimi dan memfitnah tgna...
sama2 kita berdoa supaya Allah memberi hidayah kat umno2 supaya bertaubat...
tidak kira apa pangkat kita sekalipon, saiz kubur ttp sama...

LEBAIKAMPONG berkata...

KEPADA ENGKAU AKU SEMBAH
KEPADA ENGKAU AKU MINTA TOLONG
TUNJUKKAN AKU JALAN YANG LURUS
JALAN YANG ENGKAU BERI RAHMAT
BUKAN JALAN YANG ENGKAU LAKNAT

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak berapa tahu taksaklah nak komen2.
Cerdik takleh ikut
Bodoh takleh ajar
Bodoh sombong namanya

Tanpa Nama berkata...

kan lagi bagus dan adil kalau ucapan tgna nie siarkan di tv....sepenuhnye....supaya semua orang ...faham...isu kandungnye...harussani nie pun satu...jumpa dan muzakarah lah dgn tgna tu...ini tak...tau2 komen dia je yg tersiar di akbar....ada ka patut.

Tanpa Nama berkata...

utz harussani....bawak la muzakarah dgn tgna....

Tanpa Nama berkata...

salam..
baru tok guru kata nak doa..takot gak najib ni dgn doa orang alim...

BUJANG SUSAH berkata...

harus sana sini.. penyapu sorang ni klau suruh bagi komen menyebelahkan umngok laju jer dia... ni la namanya ulamak hanjing...!!!

Dr Bristz berkata...

ALLAH tidak pernah berfirman" doakan la musuhmu masuk neraka atau dilaknat, melainkan; ALLAH berfirman "kasihi la musuhmu..