01 Disember 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Masjid Dongsi, Beijing

Hari ini 28 hb November, Hari Raya Korban di China. Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir dalam kalender Hijrah Islam. Hari Raya Korban merupakan salah satu hari raya keagamaan yang paling penting dan disambut dengan meriah oleh semua umat Islam di seluruh dunia.

Walaupun cuaca Beijing dingin sekali pada musim sejuk ini, dan kita boleh melihat sajli yang belum cair di sini sana dan di atas bangunan, tetapi kemeriahan dan kehangatan amat terasa sebaik saja masuk ke Masjid Dongsi Beijing.

Jemaah Islam berturut-turut datang ke masjid untuk bersolat sunat dan sebentar lagi acara korban akan diadakan.


Acara menyembelih akan diadakan beberapa minit lagi. Sudah ramai orang yang berkumpul untuk menghayati dan menyaksikan peristiwa ini dan mengambil daging korban.



Acara menyembelih sedang diadakan dalam masjid.

Jemaah Islam berbaris mengambil daging korban yang diperuntukkan. Mereka kelihatan riang gembira, bukan sahaja kerana mendapat daging korban untuk dibawa pulang ke rumah dan dimasak untuk dinikmati bersama-sama keluarga dan sahabat, malah yang lebih, adalah kerana mereka telah menunaikan ajaran Islam yang penting dan penuh bermakna, iaitu berkorban.

Di sebuah masjid lagi di Beijing, iaitu Masjid Niujie, suasana menyambut Hari Raya Korban juga amat meriah.


Jemaah Islam beramai-ramai bersolat sunat di halaman Masjid Niujie pada Hari Raya Korban ini.


Jemaah Islam bersolat sebelum acara menyembelih diadakan di Masjid Niujie.


Pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Beijing Foreign Stadies Universiti (BFSU) juga bersama-sama datang ke Masjid Niujie untuk menyambut hari raya.

CRI/-


Tiada ulasan: