01 Disember 2009

Lelaki mabuk ditahan kerana guris gambar Sultan Perak

IPOH: Polis menahan seorang lelaki dipercayai terbabit menguris gambar Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di bangunan Perak Turf Club, di sini dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata lelaki berusia 40 tahun itu ditahan hasil maklumat daripada pengawal keselamatan di kelab tersebut selepas menyedari kejadian itu.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam dan lelaki berkenaan ditahan di rumahnya di sini dua jam kemudian, katanya ketika dihubungi hari ini.

Azisman berkata lelaki itu ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 425 iaitu khianat merosakkan harta awam.

"Kita belum mengetahui motif perbuatan lelaki itu menguris dan merosakkan gambar Sultan dan ketika kejadian lelaki itu baru keluar dari kelab karaoke dan mabuk," katanya.Mstar/-

4 ulasan:

Tok Pambu berkata...

MCA sudah hancur.
MIC sudah berkubur.
Gerakan sudah lenyap.
PPP sudah ranap.

UMNO pasti akan tumbang pada PRU13 nanti.

david ahmad muniandy berkata...

muncul lagi 36 taktik peperangan "orang bijak dan orang cerdik membeli orang pandai".....

Tanpa Nama berkata...

alahai, benda kecik mcm ni pun nak polis nak ambil pot...

byk lagi kes besar bagak depan...

tolonglah....nampak sgt kebolehan polis pd paras rendah....ialah asyik selesaikan dan bangga dgn kes kecik je...

"you cannot force other to respect you neither you can buy it, but you have to earn your respect"

Tanpa Nama berkata...

Ini lah balasannya kalo dah Raja tidak mengikut suara majoriti rakyat. Kalo kat Nepal,Afghanistan,Iran,Kemboja,Indonesia dan seumpamanya (negara yang dulunya ada Raja) dah lama dah Raja tu kena bunuh..