http://idrisahmad.wordpress.com
Pada 1975, ketika Allahyarham Tun Abd Razak bin Hussein Al-Haj masih menjadi Perdana Menteri satu perjanjian telah ditandatangani oleh Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dengan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berhubungan dengan sumber minyak Kelantan.
Menurut terma perjanjian itu, Kelantan diberikan royalti sebanyak 5 peratus setahun dan dibayar tunai dua kali setahun untuk hasil minyak yang ditemui di kawasan pantai dan pesisirnya.
Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan Kelantan mula mengeluarkan minyak sejak 2004 dan Laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, menyebut bahawa anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan adalah RM2.5 bilion setahun.
Berdasarkan laporan itu kerajaan negeri Kelantan mengutus surat rasmi menuntut sebanyak RM1 bilion dari Kerajaan Persekutuan bagi jumlah royalti dan kerugian yang tidak pernah dibayar sejak 2004.
Tuntutan royalti minyak kelantan ini turut disokong oleh Ketua Pembangkang DUN Kelantan dari Umno, Datuk Md Alwi Che Mat pada julai lalu dan berharap agar Kerajaan PAS Kelantan mengemukakan bukti dan dokumen-dokumen berkaitan untuk menuntutnya.
Malangnya, Dato’ Seri Najib anak kepada Tun Razak menderhakai perjanjian yang buat di zaman pemerintahan ayahnya dan enggan membayar royalti seperti yang telah dipersetujui sebagai respon kepada kekalahan teruk BN di Kelantan pada PRU Mac 2008. Tindakan beliau jelas mengkhianati amanah perjuangan ayah beliau yang pastinya tidak akan tenang dalam kubur dengan kezaliman yang dilakukan pada hari ini terhadap rakyat Kelantan.
Seorang anak yang baik akan menyelesaikan segala hutang piutang dan janji arwah bapanya kepada sesiapa sahaja dengan harapan bapanya akan mendapat keredhaan Allah. Namun Najib tidak bertindak demikian, malah memungkiri wasiat yang telah dipersetujui di zaman pemerintahan bapanya.
Inilah contoh anak derhaka yang juga zalim kepada rakyat demi kepentingan politiknya. Idea wang ehsan ditimbulkan bagi mempengaruhi pemikiran rakyat sebagai menunjukan sikap bermuka-muka beliau, walhal rakyat lebih jelas dengan isi perjanjian Petronas-Kelantan 1975.
Idea wang ehsan ini bermula dizaman Tok Guru Najib iaitu Tun Mahathir yang ketika itu tertekan dengan kemenangan mengejut PAS di Terengganu. Bagi membalas tindakan rakyat Terengganu yang menolak Kerajaan BN, maka Mahathir menarik balik wang royalti minyak Terengganu dan mengantikannya dengan wang ehsan. Maka bermulalah sejarah wang ehsan iaitu satu pakej yang dibuat oleh BN khusus untuk negeri-negeri yang dikuasai oleh Parti bukan BN.
Keadaan ini berbeza dengan negeri Sabah yang diperintah oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) dari tahun 1985-1994. Walaupun ketika itu Sabah tidak dikuasai BN, namun royalti minyak tetap diberikan bukannya wang ehsan.
Maka jelaslah bahawa BN yang kini dipimpin Najib sengaja untuk menzalimi rakyat Kelantan dan menderhakai wasiat bapanya.
HarakahDaily.Net/-

8 ulasan:
masaalahnye minyak tidak digali di pantai atau persisiran pantai kelantan. mcm mana hendak bayar royalti kepada kelantan.
tanpa nama 6.49
Hei ngok....negeri lain yang dapat royalti tu minyak tak digali di pantai atau persisiran pantai negeri tu gok.
Kalau tidak Kelantan tentulah dalam negeri lain tetapi tetap dalam Malaysia lah !!!
Adakah dalam Malaysia tetapi tidak terletak dalam mana mana negeri???
Perjanjian yang sain tu carigali kat mana pulak???
"MAT SAMAN BIN MAT JAMIN"
kpd tanpa nam di atas..jgn komen kalau tak tau fakta sebenarnya...setakat dok baca utusan meloya tu..fikiran beku mcm ais
habis...apasal tok najib tu beriya-iya sgt nak bg wang ehsan kalau takde minyak yg digali di pantai kelantan...kalau takde minyak, tak payah bayar apa2 la kan..bodoh sangatkah beliau atau ahli putar belit..kpd tanpa nama di atas...lu pikir la pakai kepala otak..jgn pakai kepala lutut
SDR TANPA NAMA dll,
1) JIKA TIDAK DIKELANTAN, DIGALI DINEGERI MANA?
2) ADAKAH DIDALAM MALAYSIA INI TIDAK TERLETAK DIATAS MANA MANA NEGERI ?
3) PERJANJIAN YANG KELANTAN TANDATANGAN ITU, CARIGALI KAT MANA?
4)YANG BAGI DUIT EHSAN TU, TIDAK DIGALI DIKELANTAN.....????????
mat saman b mat jamin
Dizaman British
Hasil mahsul dibawa keEngland
Setelah Merdeka,
Hasil negeri dibolot kePusat
"Pusat" Ganti "England" ?
Ayahandanya buka DARA, buka JENGKA
Anakandanya tutup
Zaman Ayahandanya Tandatangan Carigali diKelantan
Zaman Anakandanya tidak diKelantan pulok dah
Zaman ayahandanya "BALIK kePEKAN"
Zaman anakandanya "PERGI kePEKAN"
Catat Ulasan