Selepas datuk dan ayah Wa Fa mati dibunuh oleh pemilik hamba yang zalim dan tamak di Dataran Tinggi Pamirs, dia menjadi yatim dan hidup dengan hanya ditemani seekor burung hering peliharaan datuknya. Burung itu sangat pandai berburu. Pergerakannya sangat pantas dan dua matanya sangat terang sehingga binatang yang berada di tempat yang jauh pun tidak mampu mengelakkan diri daripada ketangkasannya walaupun ia sudah berusia lebih 100 tahun. Kononnya, burung hering itu dapat mencekau dan mengoyak seekor beruang hitam dengan paruh dan cengkaman kukunya yang tajam. Kerana ketangkasannya itu, ia digelar "Raja Burung Hering" oleh golongan pemburu di dataran tinggi.
Wa Fa terpaksa terus memburu binatang untuk pemilik hamba itu dan tidak putus-pustus merindui mendiang datuk dan ayahnya. Dia selalu mengeluh di hadapan burung hering itu mengenai keperitan hidupnya yang sukar mendapat keselesaan walaupun sedikit.
Kesedihan yang berbau kebencian menyebabkan Wa Fa acuh tak acuh memburu untuk pemilik hamba itu. Buruan yang diserahkannya semakin kurang sehingga pemilik hamba itu memerintahkannya menyerahkan burung hering itu.
Wa Fa sangat marah ketika mendapat perintah pemilik hamba yang mahu merebut satu-satunya kawan yang dia ada. Lalu dia berkata kepada burung heringnya:
"Hamba keturunan Tajik, tidak boleh tutup mata walaupun mati; Pemilik hamba, hatinya sejuk seperti puncak ais gunung Mushita. Adakah hidup kami akan kekal selama-lamanya seperti bintang yang jatuh pada hujung bumi?" Suaranya tersekat-sekat kerana menahan kesedihan.
Dengan tidak semena-mena, burung hering yang berada di sisi Wa Fa itu bersuara. "Wa Fa, jangan sedih. Cepat bunuh saya dan buat sebatang seruling dengan satu tulang besar pada sayap saya. Awak akan menjadi bahagia dan tiada keperitan lagi selepas mempunyai seruling itu."
Wa Fa terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut burung hering itu. Tetapi dia tidak mahu membunuh burung hering yang sangat dikasihinya itu. Burung hering itu terus mendesak, "Wa Fa, cepat bunuh saya. Kalau tidak, saya akan dirampas pemilik hamba itu. Cepat!" Wa Fa tiada pilihan, dengan berat hati dia membunuh burung hering itu sambil menangis. Dia kemudian mengambil sebatang tulang yang paling besar pada sayap burung itu dan membuat seruling helang yang pertama bagi orang Tajik.
Pemilik hamba itu sangat marah selepas menyedari perkara tersebut dan mengarahkan orang membunuh Wa Fa. Melihat orang datang untuk membunuhnya, Wa Fa mengambil seruling helang yang dihasilkannya.
Dia meniup seruling itu. Tidak lama kemudian sekumpulan burung hering terbang menuju ke arah pemilik hamba itu untuk mencekaunya. Keadaan ini menggemparkan pemilik hamba itu dan dengan ketakutan yang amat sangat, dia bertelut sambil merayu Wa Fa agar menyelamatkannya daripada serangan burung hering tersebut.
Akhirnya, sebagai balasan melepaskannya daripada bala, pemilik hamba itu bersetuju memberi 10 ekor kambing, 10 ekor lembu dan 10 ekor unta kepada setiap keluarga Tajik di dataran tinggi. Selepas persetujuan dicapai, kumpulan burung hering beransur-ansur terbang jauh.
Selepas itu, kehidupan orang Tajik semakin senang dan menjalani penghidupan yang bebas. Mereka mempunyai seruling helang hingga ke hari ini.CRI

1 ulasan:
seruling ni patut ada kepada rakyat perak dan malaysia, baru BN dan UMNO tak berani menzalimi rakyat
Catat Ulasan