Ipoh, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Perak, Ustaz Misbahul Munir, menyatakan bahawa, beliau amat bersetuju dengan cadangan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang ingin berdakwah di pusat-pusat hiburan bagi menyampaikan risalah Islam kepada pengunjung-pengunjung pusat hiburan.
Beliau menyatakan hasrat murni seperti ini harus diberi sokongan oleh semua pihak terutama para ahli ilmuan Islam dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri, IKIM, Pusat Islam dan sebagainya, cadangan ini adalah menepati dengan sasaran dakwah yang sebenar. kerana antara ciri-ciri dakwah itu ialah pendakwah, upendekatan berdakwah, seruan untuk didakwah dan orang yang hendak didakwah.
Menurut beliau, sasaran dakwah mestilah sesuai dengan isi dakwah yang ingin disampaikan, kalau pendakwah ingin menyampaikan dakwah yang berkaitan dengan menjauhi maksiat judi, minum arak, berdangdut hingga ke pagi, berkaraoke atau berdisko kepada anak-anak muda atau orang awam yang lain, di mana sasaran yang sebenar? Sudah tentulah antaranya pusat-pusat hiburan yang dikunjungi oleh orang awam ini , kerana di situlah mereka menghabiskan masa dengan menari, berjudi, berpelukan dengan pasangannya, minum arak dan sebagainya. Ketika inilah para pendakwah mengunjungi tempat tersebut untuk memberi nasihat dan teguran dengan penuh lemah lembut dan bijaksana.
Tambah beliau lagi, selama ini kebanyakan ilmuan Islam hanya berdakwah melalui masjid, surau atau memenuhi jemputan-jemputan samada di pentas awam, pejabat-pejabat kerajaan, sekolah-sekolah atau pusat-pusat pengajian tinggi. Kebanyakan para pendengarnya pula mereka yang sememangnya ahli masjid atau mereka yang berminat dengan ceramah-ceramah agama.
Menurut beliau lagi, ada juga penceramah yang menggunakan medium ini untuk menghentam mereka yang terlibat dengan maksiat, berbuih mulut mereka mengutuk pelaku-pelaku maksiat ini. Pada hal para pendengarnya seorang pun bukan kaki judi, kaki minum, kaki perempuan atau kaki dangdut. Begitu juga mat-mat rempit dihentam dan dikutuk sebegitu rupa dalam ceramah-ceramah agama di masjid atau surau, sama juga, tidak seorang pun mat rempit yang hadir mendengar ceramah tersebut.
Apa yang menjadi masalah selama ini, para ilmuan dan ahli agama kurang turun ke lapangan dakwah yang sebenar, mat-mat rempit tidak pernah didampingi oleh mereka, pengunjung-pengunjung kasino, kelab malam dan dangdut juga tidak pernah didekati untuk diperdengarkan nasihat-nasihat agama, jelas beliau.
Tambah beliau lagi, pengunjung-pengunjung kelab malam dan pusat-pusat
maksiat yang lain bukan ahli masjid atau ahli agama, bahkan saya
percaya mereka bukan pengunjung atau peminat ceramah-ceramah agama.
Mereka jarang sekali mendengar kuliah-kuliah agama apatah lagi
mengunjungi majlis-majlis dakwah seumpama itu.
Beliau juga mengingatkan, antara kerja dakwah As Syahid Imam Hassan Al Banna adalah mengunjungi kasino, bar dan pusat-pusat hiburan. Peringkat awal dakwahnya beliau dikecam oleh ahli masyarakat, lama kelamaan pendekatan ini diterima dan ramai pengikut-pengikutnya terdiri dari pengunjung-pengunjung kasino dan bar. Uslub dan penekanan dakwah As Syahid Imam Hasaan Al Banna cukup memikat para pendengar, yang akhirnya mereka meninggalkan maksiat dan menjadi pengikut setia anggota ikhwan, sifat inilah yang wajib dicontohi oelh para ilmuan Islam kini.
Memetik kata-kata beliau, ” Kita sebagai pendakwah kena mengambil contoh dari akhlak dan sifat baginda Rasulullah S.A.W, dalam satu riwayat Rasulullah S.A.W. pernah mengunjugi pasar Ukaz, iaitu tempat berkumpulnya para penyair yang handal-handal dari pelusuk tanah arab, masing-masing akan memperdengarkan syair-syair mereka, kebanyakan syair ketika itu bertemakan memuja dan memuji manusia, wanita, atau alam. Dalam pesta syair di pasar Ukaz, acaranya bukan sahaja pementasan syair semata-mata, malahan acara-acara lain yang berunsurkan syirik dan maksiat juga diadakan ”.
” Rasululllah S.A.W pernah mengunjungi tempat tersebut, kehadirannya turut mengejutkan pemuka-pemuka Quraish termasuk Abu Jahal dan Abu Lahab. Lantas Rasulullah S.A.W ditegur oleh mereka bertanyakan tujuannya datang ke situ, mereka tidak terfikir Rasulullah S.A.W akan mengunjungi pesta yang penuh maksiat itu. ”
Beliau menjelaskan kebijaksanaan Rasulullah S.A.W ini wajib dicontohi oleh para alim ulama’ kini, kesempatan pasar Ukaz digunakan oleh Rasulullah S.A.W dengan mengatakan beliau juga mahu bersyair lalu membaca ayat al Quran dari surah Al Qariah. Ayat al Quran yang dibaca oleh Rasulullah S.A.W. mengagumkan seluruh ahli-ahli syair termasuk pemimpin-pemimpin Quraish. Sebelum ini mereka tidak pernah mendengar bait-bait syair seumpama itu, bukan sahaja susunan ayat dan bahasa yang cukup menarik dan indah, bahkan ianya mengandungi maksud yang cukup menggetarkan dan menggerunkan para pendengarnya.
Menurut beliau lagi, selama ini hanya orang yang beriman sahaja yang mendengar ayat-ayat seumpama itu, mereka tidak pernah mendengar kalimah-kalimah al Quran, kerana mereka tidak pernah hadir ke majlis-majlis anjuran Rasulullah S.A.W. Mulai saat itu, ada di kalangan mereka yang cuba mencuri-curi mendengar ayat-ayat al Quran dibacakan oleh Rasulullah S.A.W. Ada yang tertarik dan akhirnya menerima Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.
Beliau menyatakan lagi, bahasanya beliau tidak nampak sedikitpun para ilmuan Islam yang berdakwah di kelab-kelab malam terasa terhina dan dihina dengan pendekatan ini. Beliau juga percaya kalau peluang ini digunakan, para ulama dan para pendakwah akan menggunakan pendekatan dakwah yang sesuai dan penuh bijaksana, bukannya terus melontarkan ucapan-ucapan liar yang boleh menjauhkan pendengar-pendengarnya.
Beliau juga turut menyarankan supaya, jabatan -jabatan Agama di seluruh Negeri sewajarnya berterima kasih kepada Dr. Asri dan para ulama lain yang mahu berdakwah ke pusat-pusat hiburan tersebut, kerana mereka sanggup mengambil alih tugas yang sepatutnya dibuat oleh pegawai-pegawai agama di Jabatan Agama masing-masing.

9 ulasan:
berdakwah tidak memerlukan bertempat dan tauliah, asalkan kebenaran dan hak pada jalan allah.
BN dan UMNO yang memulakan tauliah, kawasan dan permit hasil dari warisan penjajahan british, tolak BN...
Ikhwan Muslimin mesir dan Hassan albanna pernah melakukan perkara yang sama.... hasilnya menyebabkan kerajaan mesir bimbang orang ramai makin mendekati islam
menjatuhkan kerajaan BN yang rasuah dan tidak adil dalam PRU13 juga dakwah, mengajar orang undi kearah kebaikan
they know what you did last 'summer', 'dr.'!!
mendakwah dan beri risalah ajaran agama di pusat-pusat hiburan termasuk rumah ke rumah, agama kristian lebih awal daripada kita...kita umat Islam sampai harini 13hb disember 2009 baru nak bergolak langkah buat begitu, apa-apa pun sebelum hendak buat kena berdoa dulu lepastu baru mendakwah. Kaji cara-cara bagaimana orang kristian mendekati dengan orang awam dan cara tutur bahasa termasuk dari segi kesopanan pemakaian. Kalau memakai jubah simpan janggut panjang2 menggunakan celak lebih elok tidur dalam rumah sahaja. kalau keluar orang nampak mereka akan jadi takut mendekatinya.
Tanpa Nama berkata...
they know what you did last 'summer', 'dr.'!!
12/12/2009 8:36 AM
maka buka pintu untuk persatuan agama kristian melayu untuk menyebar berita baik kristian kepada orang melayu islam supaya murtad keluar dari agama Islam...jangan lupa malaysia ada undang-undang IFC.
kembali kepada dakwah zaman rasullallah s.a.w, tak mengira tempat, darjat dan sebagainya
Salam, alhamdulillah dengan niat murni..tapi jangan perlu ada 'udang disebalik mee'...i
Catat Ulasan