Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa bimbang terhadap situasi semasa di negeri ini yang didapatinya meletakkan agenda politik mengatasi agenda pembangunan negeri.
Persolannya kepada siapakah sebenarnya titah itu ditujukan. Saya rasa semua pembaca dapat mengagak kepada siapakah ucapan itu ditujukan.
Adalah tidak wajar saya menulis dalam ruangan yang terbatas ini mengenai pandangan saya siapakah yang ditujukan dalam ucapan itu. Yang penting secara asasnya setiap ucapan yang dikeluarkan oleh Sultan Selangor adalah mempunyai asas yang sangat kuat dan realitinya berlaku di negeri Selangor.
Baginda bertitah perkara-perkara kecil di negeri Selangor kadangkala dihebah dan diperbesarkan sehingga melampaui batasan dan menyebabkan rakyat di negeri itu menjadi keliru. Justeru, baginda mengingatkan semua pimpinan tertinggi negeri Selangor agar jangan banyak bercakap sahaja malah melaksanakan perkara-perkara yang berfaedah kepada rakyat di negeri itu.
"Beta percaya rakyat pada masa sekarang ini lebih selesa berbincang dan bercakap mengenai pembangunan dan kesejahteraan daripada bertelagah mengenai soalsoal politik. "Oleh yang demikian, beta mengingatkan bahawa kerajaan Selangor pada masa kini adalah bertanggungjawab membina dan membuat landasan bagi keharmonian dan kesejahteraan rakyat pada masa akan datang," titah Sultan Sharafuddin pada Istiadat Penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor sempena ulang tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-64 di Istana Alam Shah di sini hari kelmarin.

5 ulasan:
Secara ringkasnya sejak PKR memerintah, Tuanku merasa amat kurang selesa hingga kedudukan Sultan sebagai Simbol Ketuanan Melayu, Ketua Agama Islam dipertikaikan oleh kerajaan yang memerintah.
orang yang banyak memainkan isu politik ialah UMNO dan BN. Mereka sengaja membuat isu, melontar batu sembunyi tangan.
sultan selangor mesti hanya baca utusan melayu..orientasi teguran tu pon seolah2 nk menyalahkan PKR dan Kerajaan negeri..xkn sultan selangor xtau nk pikir sape yg nk buat kacau sbnrnye? atau sultan sendiri pon scr snyp2 kot 'redha' kalo UMNO buat kaco di selangor mcm di perak..sultan selangor sejak 8 mac kalo kluarkan komen xpnh support kerajaan negeri baginda sndr, xmcm sultan kedah, jelas profesionalisme baginda..sultan selangor pun UMNo kot..
from: Greenboy
Dalam hal ini apa yg Sultan katakan itu ada benarnya. Politikus skrg banyak sangat yg bercakap tetapi kurang berkerja. Banyak mencari salah org tapi salah sendiri tidak di perbetulkan dahulu. Khususnya buat Selangor, memang benar apa kata Sultan tu, jadi tak payah nak melenting. Buat kerja dan tunjuk kan keputusannya. Janji perlu di kotakan. Hormat kepada Sultan wajib di teruskan tapi ini tidak bila dah berkuasa dah cuba nak tunjuk lagak.
Macam juga di Perak dimana bekas MB agak kurang ajar bila berbicara dengan Sultan. Tidak rasa hormat lansung hanya yg di fikirkan akan perut nya aje. Berbeza dengan Kedah di mana MB nya amat menghormati Sultan. Sebab itulah kedah akan mengikut Kelantan dimana ia nya akan di perintah agak lama.
Buat MB Kedah teruskan usaha mu yg murni agar terus memimpin Kedah ke era yang lebih gemilang.
aku sbg anak perak, nk bertanya, ape yg kurang ajar nye MB plhn aku sbg rakyat perak? hnya krn smbah derhaka tu ke? ni nk ckp skit, sembah derhaka tu dh guna dr zmn melaka lg dh, xpnh timbul isu kurg ajar bile gune sembah derhaka tu..ni semua provokasi UMNO-BN je..rakyat yg jahil politik mmg akan tertipu, mmg itu yg UMNO nk pon. nizar fight utk bubar dun je, bkn utk trus berkuasa..bkn cm zambri yg mmg nmpk nk berkuasa.
from: anak perak
Catat Ulasan