13 Disember 2009

Kes ragut: Sudah tiba masanya hukum hudud dilaksanakan

Anak Manjong

Salam Sejahtera,

Negara kita Malaysia nampaknya hak rakyat untuk hidup aman sejahtera dah semakin pupus akibat aktiviti jenayah yang semakin hari semakin meningkat.

Pihak polis dengan mudah mengatakan semua kejadian tersebut adalah disebabkan kerana pengaruh dadah, apa pun jawab mereka rakyat semakin sengsara, bini kematian suami dan sebaliknya, anak kehilangan penjaga, semua ini masaalah ini dipikul oleh rakyat jelata, pemimpin masih macam biasa, hidup mereka dikawal selia, mereka tak perlu risau bab ini semua, yang dok risau rakyat.

Sekejap tadi dalam berita NTV7, ia paparkan mangsa ragut yang kematian suaminya akibat jatuh dari motor menerima sumbangan khairat kematian dari socso, dan seterusnya mangsa dan anaknya layak dapat pencen socso sebanyak RM330.oo sebulan, untuk anak sehingga umur 21 tahun jika belajar hingga ke IPT. Ok lah itu yang ada perlindungan socso, bagaimana yang tak ada perlindungan seperti bekerja sendiri, peniaga atau pemandu teksi, sapa nak sara walau pun RM300.00.

Kemudian Pengerusi Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye mencadang hukuman yang lebih keras buat pesalah ragut iaitu hukuman mati bagi membendung kes ragut.

Pemberita pun pergi tanya kepada orang ramai yang bukan ahli hukum agama, apa jawab mereka! semuanya setuju.. senang sungguh menjawab kerana nak melepas geram kepada penjenayah tersebut,

Tetapi sedarkah mereka hukum Islam (Hudud) yang telah sedia ada kenapa tidak dilaksana, apakah dengan hukuman mati jenayah ragut dapat dikurangkan, kita boleh lihat bagaimana hukuman keatas pengedar dadah, walaupun hukuman mati dilaksanakan, kes pengedar tetap tak berkurangan, manusia yang ada tak akan takut dan gerun dengan hukuman ciptaan manusia melainkan hukuman Allah.

Peragut yang melakukan kerja-kerja ragut apa yang mereka ingat sebelum mereka membuat kerja tersebut hanyalah hidup atau mati, jadi kalau tertangkap kena hukuman mati, bagi mereka tak ada apa-apa hal bagi mereka, yang malangnya ialah mangsa ragut, jikalau hukuman hudud potong tangan, sekurang-kurangnya menjadi pengajaran terhadap peragut, selain dari itu hukuman yang diterima didunia dapat melepaskan hukuman Allah di akhirat, jikalau hukuman mati, diakhirat nanti pesalah itu akan menerima lagi hukuman atas kesalahan yang dilakukan, bukankan ini berlakunya tindakan zalim.

Dalam waktu beginilah pihak yang berautority seperti majlis Fatwa, Jakim mengambil kata sepakat bahawa hukuman hudud sesuai dilaksanakan keatas pesalah ragut, Seminar, simposium mengenai hukuman hudud boleh diwarwarkan, dengan secara tidak langsung rakyat dapat memahami hukuman Islam.

HarakahDaily.net/-

15 ulasan:

david ahmad muniandy berkata...

"Kemudian Pengerusi Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye mencadang hukuman yang lebih keras buat pesalah ragut iaitu hukuman mati bagi membendung kes ragut."

apa yang ah thye cakap tentang kenyataan diatas aku mesti ingat selama-lama. tunggu dan lihat kejujuran umno/bn boleh pergi sampai setakat mana.

bagi aku lebih elok hukum bunuh mendatori bagi semua penjenayah dan juga pendatang tanpa izin, kalau humban penjenayah ke dalam penjara dan hantar pulang pendatang tanpa izin pun tak guna habis duit rakyat untuk beli beras seolah-olah sara hidup seseorang pembunuh penjenayah dan termasuk kos-kos mengenai wang ringgit yang banyak untuk begitu sia-sia sahaja sara hidup himpun tempat tinggal dan hantar pulang pendatang tanpa izin adalah tak masuk akal, lebih elok melaksanakan undang-undang yang ketat seperti singapura.

Budak Perak berkata...

Salam, maaf lari dari tajuk..
Minta jasa baik YB untuk khabarkan kepada sahabat seperjuangan di selangor..

Selongkar sampah demi sesuap nasi - kerajaan Selangor perlu bertindak segera.

Jangan sampai kera di hutan disusukan anak diriba mati kelaparan..

kerajaan rakyat bertindak untak kepentingan rakyat..

RAWANG: “Saya terpaksa memberanikan diri menyelongkar tong sampah mencari tin minuman terpakai pada waktu malam untuk mencari rezeki menyara keluarga yang serba daif ini,” kata ibu tunggal, Sarizah Kamaruddin, 33.
Menurut Sarizah, selepas berpisah dengan suami, Osman Abdullah, dua tahun lalu, dia memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga bagi menyara anak, Siti Nur Balqis, 18 bulan, bapanya yang uzur, Kamaruddin Bisa, 70, bersama dua adik iaitu Sharifah Hernani, 29, dan Sharidatul Nadiah, 28, serta kakak tiri, Zaleha Mohammad, 47, yang semuanya cacat penglihatan.

Katanya, dia perlu mencari rezeki sehingga awal pagi setiap hari selepas anaknya tidur dan dijaga ahli keluarga lain di Taman Bersatu di sini.

“Saya bersyukur diberikan Tuhan kekuatan semangat dan tenaga serta mampu mencari rezeki halal waktu malam. Tin minuman dikutip dijual dengan harga RM3.80 sekilogram di pekan Rawang pada pagi esoknya.

“Ayah yang juga bekas buruh Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah uzur dan menghidap penyakit buah pinggang memerlukan perhatian sepenuhnya daripada kami yang serba kekurangan ini,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.

Dia berkata, hasil penjualan bekas minuman diperoleh kira-kira RM10 hingga RM20 setiap hari digunakan untuk membeli susu anak dan keperluan harian untuk menyara keluarga.

“Saya tidak menerima sebarang bantuan daripada agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS). Hanya kakak, Zaleha menerima sumbangan JKM sebanyak RM80 sebulan dan ayah pula dibantu LZS RM200 sebulan.

“Kemiskinan yang mencengkam ini memaksa kami mencatu makanan setiap hari, tetapi bersyukur mampu meneruskan kehidupan dengan penuh kesabaran,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pusat Khidmat Masyarakat Matahari dan Bulan, M B Raja, bersama pemilik Restoran Ali Maju cawangan Rawang, Asbar Ali Mohd Naheeb serta wakil Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) cawangan Rawang, Makbul Ahmad menghulurkan bantuan keperluan makanan harian ketika berkunjung ke rumah keluarga itu, semalam.

Raja berkata, beliau akan berusaha membantu keluarga berkenaan dan bersedia mengajukan segala permohonan mereka kepada jabatan berkaitan seperti JKM dan LZS untuk menilai semula bantuan yang diberikan.

“Saya mahu keluarga ini diberi perhatian sewajarnya oleh agensi berkenaan dan memberi bantuan sewajarnya kepada mereka.

“Semua pihak serta jabatan bertanggungjawab perlu memandang serius kedaifan keluarga ini untuk dibantu,” katanya.

Mereka yang ingin membantu keluarga berkenaan boleh menghubungi Sarizah di talian 017-3404766

david ahmad muniandy berkata...

zaman akan datang semakin moden sistem yang ada di Malaysia akan jadi semakin berundur, negara jiran bersuara Malaysia akan jadi kecut dan takut...Malaysia seumpama seperti Arab Saudi takut terhadap negara jiran...bagaimana pula nasib rakyat palestin?

jangan salahkan saya walaupun saya salah seorang rakyat Malaysia yang biasa dan tak berapa kenal pun...tetapi kata-kata bebas itu untuk satu kesedaran untuk kebaikkan negara.

Kalau pergi ke Amerika Syarikat kita lihat setiap taman mesti ada pentas dan pentas itulah memberi rakyat yang biasa untuk kebebasan berceramah untuk melepaskan tekanan untuk beri kritikan kelemahan seseorang menteri yang lemah untuk tadbirkan negeri dan kerajaan Amerika Syarikat terima kritikan supaya kaji tahap mana kelemahan seseorang menteri itu supaya berubah sikap hidupnya. tidak serupa dengan Malaysia kerajaan malaysia harini pemikiran masih sempit masih bermanja-manjakan diri, rakyat bersuara maka ISAlah.

Tanpa Nama berkata...

keselamatan BN menjadi keutamaan menjadikan rakyat mangsa ragut dan jenayah...

Tanpa Nama berkata...

pemimpin BN tak menjadi mangsa ragut, hanya rakyat menjadi mangsa

Tanpa Nama berkata...

peragut tak bimbang kerana tahu rakyat tak terbela keselamatan oleh BN

Tanpa Nama berkata...

yang menjadi mangsa dan mati hanya rakyat

Tanpa Nama berkata...

pemimpin BN dan UMNO tak ambil peduli keselamatan rakyat

Tanpa Nama berkata...

jawatan menteri besar dan speaker perak juga telah diragut BN, bagaimana nak selamat dibawah pemerintahan BN????

Tanpa Nama berkata...

keselatan rakyat bukan keutamaan UMNO

Tanpa Nama berkata...

nak atasi ragut kena tumbangkan BN PRU13

Tanpa Nama berkata...

dah ramai rakyat mati kena ragut, pemimpin UMNO dan BN masih boleh tidur lena...

Tanpa Nama berkata...

kerajaan pusat dibawah pemerintahan BN menjadi punca utama kes ragut berleluasa kerana peragut tak bimbang untuk melakukan kegiatan mereka selagi BN perintah malaysia.

Tanpa Nama berkata...

peragut tahu mereka tak akan kena ISA, kerana mereka bukan pemimpin politik pembangkang.

Tanpa Nama berkata...

sudah tiba masanya rakyat menumbangkan BN dan UMNO, sebagaimana peragut menumbangkan mangsanya...