08 Januari 2010

Berita Ds. Nizar Kemalangan : Dari cedera ringan, ada kata parah ada kata mati ?

21 Muharram 1431H

Penyokong bertali arus ziarah sejak pagi tadi.

Berita mengenai kemalangan yang dialami oleh MB Pakatan Rakyat Perak, Ds. Nizar Jamaluddin benar-benar menjadi berita utama yang mengejutkan banyak pihak pada hari ini.

Kemalangan yang hanya mengakibatkan Ds. Nizar-mengalami kecederaan ringan dan sehingga ke saat berita ini ditulis beliau dalam keadaan stabil dan memuaskan.

Kerana itu saya membantah sms yang tidak bertanggungjawab yang mengatakan beliau cedera parah dan ada yang menghantar sms yang mengatakan dia meninggal dunia.

Disamping itu sejak pagi tadi para penyokong dan teman bertali arus datang menziarahi beliau yang ditempatkan di Hospital Tuanku Bainun Ipoh itu.

Nampaknya beliau yang sepatutnya berehat sejak kemalangan pagi tadi terpaksa melayan tamu yang tidak putus-putus hadir sejak pagi tadi.

Oleh itu saya menasihatkan supaya kita mendoakan Ds. Nizar cepat sembuh dan kembali bertugas seperti biasa. Biarlah dia diberi rehat dan bersama keluarga terdekat. Susah payah para sahabat dan penyokong saya amat hargai namun kita perlu juga faham bahawa beliau dimasukkan ke hospital untuk berehat dan cepat sembuh.

Saya mewakili Pakatan Rakyat dan PAS Perak mengucapkan terima kasih dengan kunjungan yang dilakukan dan menyeru supaya semua penyokong mendoakan Ds. Nizar cepat sembuh, diberikan kesabaran dan kembali bertugas seperti biasa.

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

harap Datuk Seri Nizar cepat sembuh..amin

Muhammad berkata...

Assalamu Ala Man Ittaba'a al-Huda

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan KITA semuanya akan kembali kepadaNYA.

Semoga DS Nizar cepat sembuh. Dinaikkan taraf dan darajatnya di sisi Allah swt. Dan semoga perkara ini akan menjadikan setiap rakyat lebih sedar bertapa perlunya berhati-hati setiap saat.

Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah swt dan semoga segala kesalahan kita akan dimaafkan oleh Allah swt.
Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

ini adalah ujian kemenangan..kejayaan YB Nizar semakin hampir menjelma....

anak komando rej 1 berkata...

semoga Yb Nizar tabah dan cepat pulih. Rakyat perlukan anda....

mdikhqoi berkata...

Respon kepada kenyataan Blogger UMNO yang menyatakan kemalangan Nizar disebabkan UMNO

Kenyataan saya berkenaan Iktibar daripada kemalangan YB Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin
(http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24074:iktibar-daripada-kemalangan-nizar&catid=27:surat-pembaca&Itemid=46
Respon kepada moderator blog yang menyalahtafsir kenyataan saya

1.www.pisau.net
(http://www.pisau.net/2010/01/nizar-kemalangan-di-sebabkan-umno.html)

2.Panglima Perang Cyber
(http://penembak-tepat.blogspot.com/2010/01/edisi-hangat-kemalangan-nizar-dirancang.html)

Dalam surat yang saya hantar kepada harakahdaily.net mengulas kemalangan YB Dato Seri Ir Mohammad Nizar yang berlaku pada 7 Januari 2010, tiada mana-mana prasa atau ayat yang mengaitkan kejadian ini dengan perbuatan khianat UMNO ataupun bermotifkan politik.

Masyarakat mengetahui punca kejadian adalah disebabkan YB Dato Seri cuba mengelak daripada sebuah kereta Volvo yang datang dari arah bertentangan. Cuba kebetulan kejadian itu berlaku berhampiran Bangunan UMNO Perak dan Hotel Casuarina.

Dalam hal ini, saya hanya mengulas daripada sudut peri-pentingnya menjaga keselamatan YB Dato Seri daripada sebarang ancaman, bahaya dan malapetaka. Dan tanggungjawab itu perlu dipikul secara amnya kepada Pakatan Rakyat Perak dan khususnya kepada kepimpinan PAS Negeri, Pusat Khidmat Masyarakat Dun Pasir Panjang dan Parlimen Bukit Gantang.

Kecelakaan yang menimpa Prof Dato Zulkifli Mohamad juga diketahui mencetuskan polimek yang hebat ketika itu sehingga memaksa Almarhum Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan di Dewan Parlimen yang menafikan sebarang unsur khianat yang berlaku dalam kejadian itu.

Disini sekali lagi saya tegaskan, saya menafikan sekeras-kerasnya yang menyatakan Kemalangan YB Dato Seri Ir Mohamad Nizar bermotifkan politik apatah lagi didalangi oleh UMNO

Sekian, terima kasih.
Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
Mantan Setiausaha PAS Jalan Yadi Sungai Udang

Tanpa Nama berkata...

Pas tak nak minta kerajaan tubuh suruhanjay bebas ke sebab takut kerja umno?

abuhusnie berkata...

kami rakyat perak khususnya di bukit gantang sentiasa mendoakan kesejahteraan dato' seri...

manplus berkata...

Salam,
Saya dah melawat DS Nizar jam 01.30 ptg tadi di Wad 8C Hospital Tuanku Bainun Ipoh. Syukur Alhamdulillah, Dato' Seri sihat cuma luka ringan di siku kanan sedikit.

Tanpa Nama berkata...

Rakyat Perak semoga DS Nizar cepat sembuh.

Tanpa Nama berkata...

Semoga Dato' Seri Nizar cepat sembuh dan bertugas seperti biasa,Allah sentiasa bersama dengan pejuang2 Islam,kami dari "BFJ" pelajar Universiti Mu'tah Jordan sentiasa mendoakan Dato'Seri,Syafahullah:-)

anakjatiperak berkata...

jam 6.00 ptg, ana melawat dan dato seri melayan dengan mesra dan tidak ada halangan dari pihak keluarga dato seri. datin seri sentiasa berada disebelah.ana cukup kagum dengan dato seri yang tidak menghampakan rakyat datang melawat.

Tanpa Nama berkata...

Saya dan ahli keluarga mendoakan agar Dato Seri Nizar Jamaludin cepat semboh dari kecederaan yang dialami semuga Allah sentiasa merahmati dan memberkati perjuangan mu... pada ahli keluarga berbanyak sabar menghadapi dugaan musibah yang mendatang . Pada pandangan saya Dato Seri memang hebat berpidato menyebabkan dicemburui olih pihak lawan dan kawan

al-Aziz berkata...

hari ini 8/01/10 hari jumaat aku sembahyang jumaat berimamkan DS Nizar..semalam dia kemalangan tp hari ini mmpu jd imam sembahyang jumaat kat masjid greentown...mukanya masih bercahaya.

Tanpa Nama berkata...

pas patut menuntut kerajaan menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat punca kemalangan DS Nizar!!!!!!